Saturday, December 13, 2008

MEMANCING GANTI AKTIVITI BERBASIKAL



Pada hari Jumaat 12/12/2008 yang lalu, aku dan geng telah ke Lukut untuk mencuba nasib memancing di Sungai Lukut. Maklumlah sekarang ini musim hujan, agak menyukarkan sedikit untuk mengayuh tambahan pula geng-geng basikal tidak kudengar berita membuat kayuhan.

Kebetulan pula pada hari Jumaat air pasang penuh lebih kurang jam 6.00pm. Setelah semua persediaan dilakukan, aku dan geng telah membeli perumpun sebagai umpan untuk pertarungan kami nanti. Seperti biasa, aku membeli sedikit bekalan iaitu kuih muih di Pekan Lukut dan tepat jam 5.45pm barulah kami sampai ke lokasi memancing.

Semasa kami tiba di sana, telah pun terdapat 2 group pemancing mengambil tempat. Tanpa menghiraukan mereka, group aku telah memilih port yang dirasakan ada kemungkinan rezeki akan memuncak pada petang ini.

Dalam temph 15minit pertama, rakanku telah berjaya menaikkan ikan semilang dan sekali gus meerupakan orang pertama yang mendapat 'lesen' pada petang itu. Kemudian seorang lagi rakanku mendapat anak kerapu hantu yang kecil dan dilepaskan kembali.

Akhirnya aku sendiri telah berjaya menaikkan tetanda kecil,dan melepaskan kembali ke habitat asalnya kerana masih agak kecil.
Apabila hari mula mencecah maghrib, aku telah berjaya mendapat seekor senangin! Wah, memang aku happy betul kerana sudah lama tidak menaikkan senangin. Dengan hanya berbekalkan joran Daiwa dan kekili Daiwa, aku melayan tarikan senangin tersebut. Namun memang takdir telah menentukan bahawa aku telah berjaya memenangi pertarungan dengan senangin tersebut.

Sementara itu, aku terpaksa menghidupkan api dengan menggunakan bekas telur memandangkan kawasan tempat aku memancing ini memang terkenal dengan nyamuk dan agas. Mujur pada kali ini aku ada membawa jeket wind breaker adidas kesayanganku. Dengan jeket itu, dapaatlah sedikit aku menghadapi serangan nyamuk dan agak yang memang menggila.

Aktiviti aku pada hari ini ditamatkan jam 8.45pm apabila tarikan ikan telah mula kurang. Aku sendiri telah mula merasa bosan apabila tiada getuan ikan langsung. Namun apa yang amat gembira ialah aktiviti kali ini memang tidak menghampakan. Mungkin minggu hadapan, aku akan kembali bertarung di sini dengan umpan yang lebih menarik lagi.








Posted by Picasa

Wednesday, December 10, 2008

Hujan gugat aktiviti berbasikal group aku

Sejak seminggu ini, hujan begitu lebat mencurah-curah di Lembah Klang tempat kediamanku ini. Pagi ke petang, siang ke malam hujan begitu rancak mencurah turun di bumi bertuah ini. Bagi sesetengah orang, keadaan cuaca yanbeg berterusan begini memang tidak selesa bagi mereka. Namun bagi aku, inilah satu daripada nikmat Ilahi yang perlu disyukuri.

Memang aku ini seorang insan yang amat mencintai hujan. Malahan kalau hujan benar-benar lebat, aku akan mengambil kesempatan bermain dengan anugerah tuhan ini bersendirian. Malahan aku ada mengumpulkan gambar-gambar yang berkaitan dengan hujan.

Sudah hampir seminggu lebih aku tidak berbasikal kerana rakan-rakan yang lain mungkin tidak selesa berbasikal di dalam hujan. Oleh kerana itu aku teruskan sahaja berbasikal berseorangan diri dalam hujan lebat di Setia Alam.

Memang aku ada memerhatikan beberapa orang yang memandang aku dengan penuh kehairanan. Tapi ah, jangan perdulikan itu semua, kayuh tetap kayuh. Walaupun tanpa teman-teman lain, namun aku tetap puas. Mungkin kalau keadaan mengizinkan, aku akan berkayuh sekali lagi dalam hujan lebat hujung minggu ini.

Ya Allah, berikanlah hujan pada hujung minggu ini......

Bolasepak Malaysia Memalukan!

Petang 10/12/2008, bertempat di Satadium Sarakul, pasukan bolasepak telah kembali berjaya mempamerkan aksi bodoh dan memalukan apabila tewas di tangan Thailand 0-3 dalam Kejohanan Piala Suzuki AF.
Dalam akhbar Berita Harian 11/12/2008 di muka 54 terpampang tajuk Darby tagih janji tertunggak RM100,000.Puncanya? Gaji yang dan lain-lain emoulemen yang tidak dibayar oleh pengurusan pasukan Perak.
Cukuplah sudah sandiwara yang telah jemu didengar. Balik-balik kalah,kalah,kalah dan kalah. Meluat sungguh rasanya membaca tulisan wartawan sukan apabila pasukan Malaysia menghentam Laos. Macamlah Mlaysia telah menang Piala Dunia mengalahkan Brazil! Tetapi semuanya hanya hampeh.
Minggu lepas turut dimuatkan berita Malaysia mungkin menarik diri dari kejohanan itu kerana masalah perpindahan stadium dari Phuket. Ribut betul pengurusan Malaysia seperti merekalah gergasi bolasepak dunia. Menyampah!!!!!
Percayalah, selagi basic bolasepak negara tidak diperbetulkan dan diperkemaskan, janganlah berharap negara ini akan mencium bau Piala Dunia, piala Sukan SEA pun kita masih merangkak bodoh.
Lihatlah skil pemain pasukan negara. Langsung tidak meransangkan. Hantaran -hantara yang dibuat tidak tepat, gabra, hilang pertimbangan dan blank tidak tahu apa hendak dibuat!

Semua pihak sekarang ini harus terlibat membetulkan permainan bolasepak di peringkat akar umbi. Lupakan dulu dahan dan pucuknya, mulakan dari bawah. Betulkan di mana yang silap, kilatkan di mana yang pudar.
Tapi persoalannya, adakah kita sanggup berubah?

Sunday, December 7, 2008

AKTIVITI BERBASIKAL-Rakyat Malaysia Boleh Contohi Semangat Berbasikal Warga Indonesia

Salam Aidil Adha. Catatan aku pada pagi ini tidak lain hanyalah sebagai memenuhkan masa di pagi yang dihiasi dengan rintikan hujan ini.Semalam aku ke Jeti Koperasi Kuala Lukut untuk memancing,tapi hampeh...hanya dapat memancing ketam bunga, itu pun hanya seekor sahaja yang dapat.
Cadangan aku pada pagi ini sebenarnya untuk mengayuh selepas solat sunat Hari Raya tapi kerana cuaca tidak mengizinkan, terpaksalah aku membatalkannya.Petang ini kalulah cuaca mengizinkan, aku akan melaksanakan dua aktiviti, mengayuh dan memancing. Tetapi keutamaan aku berikan untuk mengayuh basikal dan kemudiannya barulah memancing.

Semalam semasa aku dalam perjalaan dari Klang ke Port Dickson melalui jalan lama Banting-Sg Pelek, banyak akli aku terserempak dengan warga Indonesia yang berbasikal, bukan perlumbaan tetapi basikal digunakan sebagai elemen pengangkutan. Memang aku akui bahawa mungkin kerana jimat belanja@murah tetapi yang aku respek ialah tidak kira lelaki atau perempuan , tua atau muda, mereka kelihatan bersahaja berbasikal dalam mengharungi kehidupan seharian mereka.
Di sepanjang perjalanan itulahg juga aku bertemu dengan 2 kumpulan berbasikal iaitu kumpulan pertama 3 lelaki melayan road bike di Bukit Tinggi , Klang dan 1 kumpulan 3 lelaki dengan mountainbike di Banting. Aku tabik kepada mereka.

Aku juga seronok melihat warga Indonesia di Setia Alam, Shah Alam berbasikal ke sana ke sini tanpa masalah. Kadang-kadang aku kerinduan juga ingin melihat rakyat tempatan berbasikal seperti mereka, tetapi mungkin hanya tinggal harapan sahaja kerana mungkin rakyat tempatan sudah berada dalam kemewahan lantas tidak lagi mahu membuang tenaga mengayuh basikal!

Namun begitu, aku tetap akan berbasikal, kerana bagiku aktiviti berbasikal adalah keperluan untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Ayoh, mari berbasikal......