Setiap hari kita mendengar berita-berita tentang jenayah yang berlaku di sekeliling kita tanpa tanda-tanda reda. Malahan boleh dikatakan penjenayah yang terlibat amat sukar untuk ditangkap tambahan pula dengan sikap masyarakat yang dingin untuk membantu pihak Polis menangani isu ini. Rata-rata masyarakat kita amat lemah dalam asspek ini.
Seperti mana biasa amat jarang sekali kita lihat ada orang-orang perseorangan atau pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang bangkit berkempen supaya masyarakat sedar dan bertindak terhadap isu-isu yang berkaitan dengan jenayah ini. Memburukkan lagi keadaan ialah bila ada individu-individu tertentu menggunakan platfom politik untuk menyelar Polis dan cuba menanamkan perasaan simpati dalam diri masyarakat untuk bersimpati kepada penjenayah dari kaum tertentu. Bila ada penjenayah dari kaum lain, contohnya Melayu yang ditembak polis, mereka ini tiada langsung akan menyentuh hal ini di media-media. Inilah sikap 'dajal' ahli politik tertentu yang menjadi ancaman terhadap kestabilan negara ini.
Oleh kerana menyedari betapi penting dan seriusnya keadaan jenayah hari ini, kita sebgai masyarakat yang sayangkan negara dan mahukan keamanan yang berkekalan, langkah sepatutnya sudah bermula. Kita perlu menggembelingkan tenaga dan apa sahaja yang termampu untuk mula memerangi dan mengisytiharkan perang kepada penjenayah. Jangan biarkan rasa simpati terhadap penjenayah ini menjadi halangan kepada kita untuk terus mensejahterakan negara yang kita sayangi. Bantulah Polis dalam memerangi jenayah.