Monday, October 19, 2009

WHY MAMAK RESTAURANT?

When I'm in lepak mood, mamak stall or mamak restaurant is always the place to go. This is because the atmosphere here and in fact, these mamaks are very innovative. You can find roti pisang, roti tisu, roti naan and also tom yam!!! Haa ha ha... Aku memang tidak berapa suka dengan gerai atau restoran Melayu kerana beberapa sebab. Aku rasa mungkin ramai antara kita pernah "terkena" semasa berada di gerai-gerai kepunyaan Melayu. Ini bukan bermaksu aku anti Melayu. Aku ni anak Melayu...tetapi aku juga rasa geram terhadap peniaga-peniaga Melayu kerana masih gagal membuat pembaharuan dalam perniagaan mereka.

Antara masalah digerai Melayu adalah lambat melaksanakan servis. Kalau ke gerai atau restoran Melayu, aku kerap melihat pinggan mangkuk yang telah digunakan masih bergelimpang di atas meja. Pekerja-pekerja kedai pula seolah-olah tidak melihat pinggan mangkuk yang bergelimpangan itu. Apabila pelaqnggan duduk sahaja di keja tersebut, maka akan datang pelayan kedai bertanyakan order terlebih dahulu sedangkan sepatutnya mereka perlu mengemaskan meja dan barulah mengambil order.

Kekadang, pelanggan sendiri terpaksa memanggil pekerja untuk membersihkan meja dan memesan makanan yang mana sepatutnya pekerja kedai sendiri yang patut mendekati pelanggan untuk memberikan servis. Namun rata-rata masalah ini masih tidak dapat diperbetulkan oleh peniaga-peniaga makanan Melayu.

Setelah selesai makan, satu lagi masalah timbl, untuk membayar. Memang agak sukar untuk menyuruh seorang pelayan kedai Melayu mengira harga makanan. Malahan anda antara pekerja yang tolak menolak antara satu sama lain untuk mengira harga makanan. Apa masalahnya di sini? Adakah kerana kelemahan mereka dalam matematik atau memang mereka tidak diberi kuasa oleh taukeh kedai untuk mengira harga makanan?


Satu lagi masalah di kedai Melayu ialah untuk memesan makanan ketika waktu puncak atau ketika pelanggan kedai begitu ramai sekali. Kelam kabut dibuatnya. Keadaan ini menyebabkan lain yang dipesan, lain yang dapat, malahan pelanggan yang terlebih dahulu memesan makanan akan mendapat pesanan lewat daripada orang yang datang terkemudian daripada mereka.

Ini hanyalah sekelumit masalah daripada kedai-kedai makanan Melayu pada hari ini. Sememangnya banyak lagi masalah yang masih membelenggu kedai-kedai makanan Melayu tetapi apa yang diutarakan ini hanyalah beberapa masalah biasa sahaja. Correct me if I'm wrong....

Wednesday, October 14, 2009

KEMBALI TERDENGAR SUARA RAKANKU

Semalam, 14/10/2009 aku menghadiri jamuan makan malam di Port Dickson. Entah macam mana aku telah menghubungi rakanku Asri untuk bertanyakan khabar berita kerana aku tidak sempat bertemunya semasa Hari Raya Aidilfitri lalu.

Dalam kerancakan kami berdua berbual menerusi telefon, aku ada bertanya tentang rakan-rakan lama kami semasa di Kelantan. Mujur beliau ada menyimpan nombor telefon seorang daripada kenalanku bernama Ismail.

Sebaik sahaja selesai jamuan, aku terus menghubungi Cikgu Ismail. Aku tidak perlu menunggu panjang kereana panggilan aku telah dijawab oleh satu suara yang memang aku kenal dan tidak banyak berubah. Ah! Begitu seronok aku dapat berbual dengan rakanku itu bertanya khabar tentang keluarga dan sebagainya. Memang inilah saat yang amat menggembirarkan setelah tidak bersua lebih kurang 22 tahun!!!

Aku amat berbangga kerana mendapat tahu bahawa 2 orang anak rakanku itu sedang mengikuti pengajian di kolej dan akan bergelar guru tidak lama lagi. Aku tumpang gembira kerana walaupun tidak mengenali anak-anak beliau , tetapi aku dapat bayangkan satu kegembiraan yang luar biasa kerana mereka itu ialah anak kepada rakanku.

Setelah mengucapkan salam kepada Cikgu Ismail, aku menghubungi pula Cikgu Hassim yang juga berada di Johor. Apabila panggilanku dijawab, aku tidak memberitahu siapa diriku ini sebaliknya hanya memberikan hint supaya dia sendiri yang dapat menangkap siapa diriku. Memang agak sukar untuknmya mengingati diriku sehinggalah aku bertanyakan soalah, INGAT TAK PEMAIN TRUMPET SEMASA DI KOLEJ?

Sebaik mendengar soalan itu, dia lantas terus menyebut nama aku. Wah!!! Tergambar kegembiraan dari nada suaranya. Maklumlah sudah lebih kurang 20 tahun aku tidak bersua dengan Cikgu Hassim. Seronok juga aku mendengar berita dia telah mempunyai 4 orang anak.

Sesuatu yang menjadi pengajaran untuk kita semua, jangan putuskan persahabatan. Cubalah sedaya upaya untuk menjejaki rakan-rakan lama kita yang telah lama tidak kita temui. Memang ada kemanisannya jika kita dapat menghubungi mereka malahan lebih manis lagi kalau dapat menatap wajah mereka. Apa pun, persahabatan itu pasti akan kekal sehingga akhir hayat andai kita tidak memutuskannya. Kepada para sahabatku, andalah jiwa saya....Semoga kita semua diberkati.