Tuesday, October 7, 2008

BILA HARGA BARANG HENDAK TURUN?

Pagi ini, selepas selesai sembahyang subuh, aku termenung seketika.....Dalam benakku terlontar soalan, harga minyak sudah diturunkan 2 kali, tetapi kenapa harga barang masing tidak turun-turun. Teringat aku, pagi semalam aku ke pasar Klang ,mak ooiiiiii...harga peha ayam RM9.00 sekilogram!!!

Ini sudah melampau. Bila harag minyak naik sahaja, walaupun 1 sen, harga barang akan berduyun-duyun naik. Apa lagi kalau harga minyak naik berganda-ganda. Tapi bila harga minyak turun, harga barang-barang langsung tiddak turun. Apakah alasan kaum peniaga @ kaum kapitalis berhubung masalah ini. Memang yang menjadi teruknya ialah kehidupan golongan bawahan terutama mereka yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kerajaan perlu melihat permasaalahan ini dengan teliti dan segera. Aku dah muak dengar perkataan 'pantau, pantau, pantau....', habuk pun tarak!!!

Aku melihat isu harga barang ini leih menguntungkan peniaga-peniaga kaya yang mana rata-rata mereka ini mendapat laba yang besar hasil dari kenaikan harga barang-barang. Pak Menteri yang berkaitan juga mungkin tidak merasa kesan kenaikan harga barang ini tetapi bayangkanlah orang yang makan gaji, penoreh, kuli, posmen, pengawal keselamatan, polis, tentera dan sebagainya. Sengsara yeop!

Sehingga saat ini aku masih tidak nampak usaha-usaha positif dilakukan untuk mengekang kenaikan harga barangan ini. Pihak-pihak yang berkaitan masih mendiamkan diri. Adakah mereka perlu menunggu sehingga harga sekilo ikan kembong menjadi RM18.00? Atau harga daging beku import menjadi RM20.00? Anda yang berada di atas sana perlu turun ke bawah melihat kesengsaraan rakyat yang menanggung padah kenaikan harga barang yang langsung tidak terkawal ini. Turunlah ke bawah, tunjukkan sikap prihatin anda, jangan tunggu musim pilihanraya sahaja baru anda hendak tunjukkan keprihatinan anda.

Monday, October 6, 2008

SELAMAT HARI RAYA IDILFITRI 2008


Alhamdulillah, setelah agak lama berdiam diri maka pada hari baik dan bulan baik ini, jari jemariku mula menari-nari di atas keyboard komputerku. Aku ingin coretkan Selamat Hari Raya Idilfitri, maaf zahir batin ,khusus ditujukan kepada semua waris Lebai Kemala tidak kira di mana sahaja mereka berada.
Tidak lupa juga ingin aku memberitahu kalian semua bahawa jika tiada aral melintang, pada tanggal 28 Disember 2008 ini, satu lagi pertemuan bersejarah keluarga waris Lebai Kemala akan diadakan di Tasik Raban, Lenggong. Di sini aku ingin mengambil kesempatan menjemput kalian semua untuk menghadirkan diri di perjumpaan kali ke 2 yang bakal diadakan itu.
Gambar di atas adalah gambar kenangan yang aku rakamkan di rumah Paklang Isa iaitu anak kepada Tok Wak Majid, di rumah Paklang di Kg Bukit Nangka, Lenggong pada Hari Raya ke 2 yang lalu. Subjek yang berada di hadapan sekali (bercermin mata) itu ialah anak Paklang ,Borhan atau mesra dipanggil Abang Bob.Manakala di belakang beliau pula ialah Kak Mala, bersebelahan Kak Mala ialah Paklang Isa, Maklang, Kak Da, Sabrina (anak Idan) Tira, Fairuz, Idan dan anak lelakinya Irshad.
Duduk dari kiri ke kanan ialah Bustamim (anak Paklang) Abang Zul (ha ha ha, lu reallah macam Dato Mufti Bukit Nangka!) AKU sendiri, anak Abang Zul (Adoi..lupa nama plak..sorry) dan Abang Bob.
Posted by Picasa

Wednesday, September 10, 2008

PENIAGA MAKANAN TIADA ETIKA

Bermulanya Ramadhan pada 01 September 2009 menandakan bermulanya episod perniagaan bermusim oleh sebahagian peniaga-peniaga kecil bumiputera. Mereka ini umpamanya cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Walaupun tumbuhnya peniaga-peniaga kecil ini adalah satu perkara yang baik terhadap perkembangan semangat perniagaan orang Melayu tetapi masih terdapat lagi sifat tidak memperdulikan kualiti atas pendek kata asal siap sahaja.
Episod malang ini saya alamai sendiri pada dua tiga hari lepas. Semasa saya ke pasar Ramadhan Seksyen 17 Shah Alam pada petang 08/09/08, saya telah membeli beberapa jenis kuih muih untuk dibuat hidangan berbuka puasa.Antaranya ialah karipap, kuih badak guling, tepung pelita dan mee rebus. Tanpa sebarang jangkaan buruk, saya telah balik ke rumah dan menyediakan makanan yang telah dibeli tadi untuk berbuka puasa.
Sebaik sahaja berbuka puasa, saya terus menjamah makanan tersebut tanpa ragu-ragu, maklumlah makanan buatan tangan orang Islam. Namun apabila waktu bersahur, saya telah mengalami cirit birit. namun semangat saya untuk berpuasa masih kuat.
Selepas menunaikan sembahyang subuh, saya terus berangkat ke tempat kerja.Sebaik sahaja sampai di pejabat, saya telah mula cirit birit sekali lagi. Sehingga ke waktu petang, dalam perjalanan balik ke rumah, tidak kurang sepuluh kali saya telah cirit birit. Bayangkan betapa siksanya saya menanggung keadaan itu tambahan pula saya mempunyai masalah gastrik. Namun saya terus bertahan.
Selepas berbuka puasa, keseluruhan badan saya telah menjadi lembik dan tidak bermaya.Akhirnya pada 10/09/08 saya telah tidak datang ke pejabat kerana keadaan saya yang amat tidak bermaya itu. Namun saya tetap berpuasa kerana semangat saya masih kuat.
Dari pengalaman tersebut, saya dapat simpulkan bahawa ramai peniaga kita masih kurang kesedaran tentang pentingnya kualiti barang-barang jualan mereka. Malahan saya percaya ada di antara barang makanan yang dijual itu adalah bahan makanan yang tidak habis jualan semalam dan dipanaskan untuk mengelakkan kerugian. Orang yang menanggung adalah pembeli atau pengguna itu sendiri. Janganlah hanya memikirkan keuntungan sahaja tanpa memperdulikan keadaan orang lain. Itulah nampaknya apa yang berlaku di kalangan peniaga-peniaga Melayu pada hari ini. Bilakah mereka akan berubah?

Wajarkah Kita Berdiam Diri Melihat Kesalahan Di Depan Mata?

Satu persoalan yang menarik untuk difikirkan. Apakah reaksi kita melihat sesuatu kesalahan yang berlaku di depan mata?
A. Tidak memperdulikan
B. Merungut kerana tidak ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa.
C. Meluat melihat keadaan itu dan meluahkan kepada rakan.
D. Melaporkan kepada pihak berkuasa.

Jawapan di atas terpulang kepada diri masing-masing! Saya sendiri banyak kali terserempak dengan kejadian pelanggaran undang-undang berlaku di depan mata. Memang sungguh menyakitkan hati melihat pelaku - pelaku terbabit dengan penuh rasa bangga terasa diri mereka besar dan hebat kerana pelanggaran undang-undang tersebut.
Namun bagi sebahagia besar kita, kita mestilah bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu agar keselamatan masyarakat lebih terjamin. Disiplinkanlah diri kita agar negara jadi lebih selamat untuk semua.

Penjenayah Warga Asing Menggila!

Tragedi yang menimpa satu keluarga di Taman D' Kayangan , Shah Alam pada 09/09/08 telah memberikan impak yang besar terhadap kesedaran kita semua tentang jenayah yang dilakukan oleh warga asing di negara kita.
Rata-rata boleh dikatakan bahawa warga Indonesia mendahului senarai penjenayah yang paling aktif melakukan jenayah di negara kita sekarang ini. Antara jenayah yang melibatkan mereka ialah samun isi rumah, samun mangsa keluar dari bank, ragut, bunuh , seluk saku dan jenayah seksual.
Memang tidak dinafikan bahawa kebanjiran mereka di negara kita sekarang sudah menampakkan trend yang tidak terkawal lagi. Malahan rakyat tempatan sendiri merasa kurang selesa dan tidak selamat berada di tempat sendiri.
Kita tidak boleh mendiamkan diri dan perlu bertindak, namun sehingga ke hari ini nampaknya masih belum ada tanda-tanda satu tindakan drastik diambil untuk menangani masalah ini. Sampai bila ia harus berterusan?
Apakah kita hanya harus melihat dan membisu seribu bahasa. Kita tidak mahu negara kita menjadi seperti negara Indonesia! Masalah ini telah menjadi barah yang semakin merebak. Mampukah kita menangani gejala ini. Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan, pihak berkuasa atau masyarakat?

Sunday, August 31, 2008

Selamat Datang Ramadhan

Hari merupakan hari pertama kita berpuasa Ramadhan 2008. Ramadhan itu datang ketika negara kita tengah rancak dengan pergolakan politik antara golongan yang inginkan pembaharuan dan golongan yang ingin mengekalkan kekuasaan.

Pergolakan yang sedang melanda ini turut mengheret kita bersama sama untuk memikirkan rumusan terbaik untuk mengatasi masalah yang sedang ribut itu. Ini turut mengajak pimpinan sekarang agar lebih bertanggungjawab dan menghormati suara-suara rakyat yang telah berani membidas dan menegur perkara yang difikirkan tidak memanfaatkan rakyat majoriti dan negara. Golongan yang membidas ini ingin seluruh rakyat keluar dari kepompong lama yang telah sekian lama membelengu dan inginkan suasana kehidupan yang lebih baik.

Masalahnya sekarang ialah mengapakah pimpinan sekarang masih enggan menerima anjakan paradigma yang meronta-ronta itu? Inilah yang membingungkan banyak pihak yang mengintai suasana politik negara sekarang ini.

Apapun, kita amat berharap sesuatu perkembangan positif akan berlaku dalam tempoh terdekat agar keadaan akan menjadi jernih kembali.

Selamat berpuasa.....

Wednesday, August 20, 2008

Iktibar Dari Peninju Thailand

Thief hints at Games 'robbery'
19 August 2008 (14:26)
Amnat Ruenroeng felt sorry for his friends in prison who watched him bow out of the Beijing Olympics on Tuesday.
Ruenroeng, who was locked up for a street robbery but released early, faulted the judging as he went down 5-2 to Mongolia's Serdamba Purevdorj in the light-flyweight quarterfinals.
"I know everyone in jail will be sad when they saw that," said the tattooed Amnat, 28.
"I did my best today. I made a lot of hits but didn't get any points, so no matter how hard I tried I still lost."
' The former kick-boxing champion was released on a special pardon for king Bhumibol Adulyadej's birthday last year after being jailed in 2004.
He described his criminal behaviour as a dark period in his life and said he was delighted to be free and fighting again.
"I stole a necklace but then I turned myself in to the police. It was better for me to live in jail at that time," he said.
"I'm really happy to be here after jail. It's great to have all my fans back."
Amnat had thought his fighting career was over when he was jailed. "I didn't think about boxing any more. I cut it out of my mind," he said.
But he was persuaded by the head prison guard to join a boxing programme, and won last year's Thai amateur championship while still behind bars.
"I was in prison for two-and-a-half years and released for the king's birthday," he said. "My boxing and good behaviour were the main reasons (for the early release)."

He said he was happy with his fight against the Mongolian and couldn't understand why he wasn't scoring any points.
"I felt good and my performance was great. It was just as I had expected. But the points didn't go up after the first round," said Amnat whose tale is a familiar one in Thailand where prisons have a close affinity with boxing.
Last year, convicted drug dealer Siriporn "Samson" Taweesuk won her freedom by winning a WBC light-flyweight title fight held at Klong Prem prison, known as the "Bangkok Hilton."
The tale had a Hollywood ending when she sold her story to an American film producer.

http://www.supersport.co.za/Boxing/article.aspx?id=266343

Begitulah hebatnya peninju Thailand sehingga merasakan ia amat bersalah terhadap rakan-rakannya hanya kerana kegagalannya dalam perlawanan tinju menentang lawan dari Mongolia di kejohanan Olympic Beijing .
Ini adalah satu cabaran kepada athlit-athlit Malaysia. Adakah mereka benar-benar rasa bertanggungjawab memikul maruah negara di temasya sukan terbesar dunia itu. Adakah athlit kita masih lena diulit mimpi?