Wednesday, July 9, 2008

BELAJARLAH BERADAB SEPERTI ORANG THAI

Dua orang penjual makanan di hadapan Talad Zoo, Nakhon Si Thammarat

Bukanlah niat hati aku untuk memperkecilkan adat resam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini. Apatah lagi nilai-nilai lemah lembut yang diamalkan oleh orang-orang Melayu turun temurun. Sememangnya aku tabik kepada budaya bangsaku sendiri yang begitu tinggi nilai-nilai kelembutannya.
Namun penulisan ini hanyalah sebagai perbandingan positif supaya nilai-nilai positif ini dapat kita kongsi bersama untuk menjadikan bangsa dan negara kita dipandang mulia di mata masyarakat antarabangsa.
Sejak aku dan rakanku memijak bumi Negara Gajah Putih ini, kami amat terpegun dengan keramahan masyarakat Thai yang aku rasa perlu dijadikan teladan oleh kita semua. Tidak hairanlah kepada aku selama ini keramahan penduduk Thai menjadi buah mulut masyarakat di seluruh dunia. Malahan tidak janggal kalau aku katakan bahawa keramahan mereka itu boleh menyebabkan seseorang itu 'rebah' dengan sopan santun dan tutur kata mereka.
Cubalah bayangkan, setiap kedai makan yang kami singgahi, walaupun ada di antaranya yang bermasalah dari segi bahasa, tetapi dari lontaran senyuman sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di kedai mereka adalah umpama gam yang menghalang kami untuk keluar dari kedai tersebut. Dengan senyuman manis tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, itulah antara daya tarikan di kedai-kedai atau mana-mana tempat yang menjadi tarikan orang ramai.
Sebaik sahaja kaki dijejakkan di kedai mereka, pertama tamanya pelanggan akan dihidangkan dengan air kosong atau teh 0 nipis tanpa gula yang wangi (dicampur dengan daun pandan). Bukan setakat secawan dua, tetapi mereka akan dihidangkan dengan satu teko kecil. Kemudian, dengan penuh bahasa meredah diri dan disertai dengan senyuman, barulah pelanggan akan ditanya apakah menu yang mereka kehendaki.
Di sini sahaja sudah menunjukkan perbezaan dengan sebahagian besar peniaga di negara kita. Malahan saya sendiri pernah bertengkar beberapa kali dengan peniaga-peniaga tempatan kerana meluat dengan muka mereka yang kelat, masam dan menyampah! Kadang-kadang mereka memandang pelanggan yang masuk ke kedai mereka seperti hendak meminta hutang lagaknya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan air kosong atau air suam yang kita minta di Malaysia juga akan dikenakan bayaran, tidak kurang dari 30 sen! Relakah peniaga kita berbuat sepertimana peniaga di Thailand?
Selain daripada itu, sesuatu yang amat saya terperanjat ialah apabila saya sengaja bergurau dengan mengatakan makanan yang telah saya pesan itu tidak berapa sedap. Bila mendengar sahaja apa yang saya katakan itu, pelayan kedai itu terus mahu mengambil makanan tersebut dan menawarkan menu lain sebagai gantinya. Saya kemudiannya berkata kepada pelayan itu bahawa saya hanya bergurau sahaja.
Ini berbeza dengan pengalaman saya kira-kira tiga tahun dahulu di sebuah kedai makan melayu di Taman Sungai Kapar Indah, Klang. Sudahlah muka isteri taukeh kedai itu macam orang tertelan tahi lembu, makanannya lebih kurang sama dengan mukanya. Sedang saya menikmati makanan di kedai itu, tiba-tiba terjumpa rambut dalam makanan tersebut. Saya terus berhenti makan dan menerangkan kepada perempuan tadi bahawa saya telah terjumpa rambut dalam makanan yang dihidangkan kepada saya. Saya terus berhenti makan dan minta dikira harga makanan yang lain-lain. Tapi perempuan tersebut telah mengira termasuklah makanan yang t4elah dicemari dengan rambut. Selepas membayar, saya telah bersyarah kepada perempuan itu dihadapan pelanggan yang lain. Saya juga menegaskan bahawa inilah kali terakhir saya akan makan dikedainya memandangkan peristiwa yang telah berlaku tadi. Dia hanya buat muka selamba macam tiada apa-apa yang telah berlaku sebentar tadi.

Selain daripada itu, dari pengalaman saya semasa di Thaland, saya dapati petugas hotel di sana juga sangat lemah lembut dan tidak kedekut dengan senyuman. Ini amat berbeza dengan apa yang terdapat di negara kita. Kekadang saya juga berfikir apakah sebabnya yang menjadikan kebanyakkan daripada orang kita kedekut dengan senyuman. Terus terang saya katakan, memanglah amat terkenal bangsa kita dengan lemah lembutnya, tetapi kalau difikirkan semasak-masaknya, yang memuji itu ialah diri kita sendiri. Bukannya orang lain. Ibarat masuk bakul angkat sendirilah!

Oleh itu saya dapat merasakan bahawa kalaulah negara kita cuba mengatasi negara Thai dari segi pelancongannya, memang masih banyak kita ketinggalan berbanding mereka. Terlalu jauh. Bukan menghinan, tetapi itulah hakikatnya. Ambillah iktibar dari orang Thai.....

Posted by Picasa

Wednesday, June 25, 2008

CATATAN PERJALANAN KE THAILAND (DAY 4 ) Makan Malam Yang Sukar

Inilah gerai masakan muslim yang terletak di hadapan Ibu Pejabat Polis Nakhon Si Thammarat
Time: 2320hrs @ 13/06/2008
Loc: Ratchadamnoen Road
Event: Makan Malam
Selesai sahaja mandi dan tidur sebentar kerana keletihan, aku dan rakanku terus keluar dengan menaiki motosikal untuk mencari tempat makan yang boleh kami singgah untuk mengalas perut. Mungkin kerana hari sudah larut malam, maka agak sukar bagi kamu untuk mencari kedai makanan muslim ketika itu. Akhirnya aku dan rakankui telah dapat mencari sebuah gerai menjual makanan kepunyaan seorang muslim yang terletak betul-betul di hadapan Pejabat Polis NST.

Setelah lokasi dijumpai, kami menghadapi masalah pula untuk memesan makanan kerana pemilik gerai tersebut tidak tahu berbahasa Melayu apalagi berbahasa Inggeris. Bagi mengatasi masalah itu, aku kemudiannya menunjukkan ke arah periuk nasi dan kemudiannya memberi isyarat goreng kepada perempuan pembantu gerai berkenaan. Perempuan itu kemudiannya mengangguk tanda faham kemudian dia bertanya lagi dalam bahasa Thai. Aku kemudiannya telah meminta tom yam untuk dimakan bersama dengan nasi goreng tersebut. Rakanku Ari pula kemudiannya telah meminta papprik.
Aku kemudiannya mengambil kesempatan untuk melihat-lihat ke kawasan sekitar dan kemudiannya pergi ke arah sebuah kedai 7-Eleven untuk membeli kad telefon.
Seperkara yang menjadikan aku hairan ialah apabila aku melihat keadaan jalan raya yang lengang pada waktu tersebut. Cubalah bayangkan macam mana keadaan hura hara di Kuala Lumpur pada saat bergitu.

Setelah hidangan kami sampai, tanpa membuang masa, kami berdua telah melahap bahan makanan yang telah kami pesan tadi sepuas-puas hati. Setelah selesai menikmati nasi berkenaan, kami berdua terus balik ke hotel penginapan kami untuk tidur setelah penat berjala.
Posted by Picasa

CATATAN PERJALANAN KE THAILAND ( DAY 4) Nakhon Si Thammarat-A Glimpse Into Thailand's History

Time: 1907hrs@13/06/2008
Loc: Nakhon Si Thammarat
Distance: 208 km From Hatyai
Event: Selamat sampai ke Ligor
Siapa yang tidak kenal Nakhorn Si Thammarat(NST), wilayah bersejarah di Thailand. Nakhon Si Thammarat is best described as an absorbing place, where adventureous travelers can linger and enjoy the historical selics and cultural sights at their own pace. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa NST amat terkenal dengan wat Buddha terutamanya Wat Pra Maha That Waromaha Wihan yang terletak di Ratchadamnoen Road.

Nakhon Si Thamarat (NST) is the anchor of superlative Buddhism during the Srivijaya Period. According to Indian History NST was once called Tarmporn ling, Tamalingkharm or Tarmpornlingaesnan whereas n Ceylonese legend it was called Chawaka, Siritharm Nakhon or Sitharmarat. Ancient Chinese used to name this town Tangmaling, Holing or Tanmaling connoting its location which used to be famous seaport where foreign traders came fot barterig and trading their products.
Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke NST ini, aku terus mengambil peluang bergambar sepuas-puasnya kerana inilah antara wilayah yang paling aku ingin lawati sejak sekian lama. Ini adalah kerana aku terlalu meminati sejarah dan memandangkan NST adalah antara tempat bersejarah yang unggul di Thailand, maka aku teramat sangat mencintai tanah bersejarah itu.

Sebaik sahaja aku berhenti berhampiran dengan City Wall, aku terus bersama dengan rakanku mengambil gambar di sekitar kawasan tersebut. Dalam pada itu aku terus meninjau kawasan sekitar dan terpegun melihat ketenangan banda tersebut. Pada waktu petang sebegini, ramai penduduk tempatan kelihatan sedang jogging dan ada juga yang melakukan aktiviti senamrobik.

Semasa aku dan rakanku astik melihat kawasan sekitar, kami telah disapa oleh seorang lelaki yang memberi salam. Aku agak terperanjat dan menjawab salam tersebut. Rupa-rupanya, beliau ialah seorang penduduk sejati NST beragama Islam. Aku kemudiannya berjabat tangan bersalam dengan beliau sebagai tanda persaudaraan sesama islam walaupun dipisahkan oleh batasan politik dan geografi. Beliau ialah Mr. Thammanoon Kozem, seorang teknisyen telekommunikasi dengan CAT Telecom Public Company Limited. Beliau memberitahu bahawa ia tinggal tidak jauh daripada Masjid Pusat NST.

Setelah asyik berbual dan bertukar-tukar alamat, beliau telah meminta izin untuk pulang ke rumah untuk solah Maghrib. Alhamdulillah, masih ada lagi saudara seagamaku masih mengekalkan cara kehidupan islam walaupun dikeliliggi oleh budaya dan sosial yang berbeza, Maha Besar Allah.

Setelah selesai meninjau kawasan tersebut, aku dan rakanku mengambil keputusan untuk mencari penginapan untuk kami berdua pada malam ini. Kami terus menghidupkan enjin motosikal kami dan terus menuju ke pusat bandar. Aku terus membawa mesinku, Aprilia Pegaso Strada menghala ke jalan menuju ke Surat Thani dan kemudiannya berpatah balik kerana tersesat jalan. Akhirnya aku dan rakanku telah berjaya mencari Grand Park Hotel di Paknakhon Road, hanya di belakang Pasaraya Carrefour.
Posted by Picasa

Monday, June 23, 2008

CATATAN PERJALANAN KE THAILAND (DAY 4 ) Visited To Thaksin University

Bergambar kenangan di hadapan pintu masuk ke Thaksin University
Time: 1545hrs@13/06/2008
Loc: Thaksin University, Phatthalung.
Event: Singgah di Universiti Thaksin.
Distance: 130.6km From Hatyai
Sebaik sahaja selesai menghabiskan masa di Phatthalung, pada jam 1518hrs, aku telah meneruskan perjalanan menuju ke Nakhorn Si Thammarat. Perjalanan kali ini amat indah kerana melalui kawasan perkampungan yang bertanah pamah. Langsung tiada gangguan lalu lintas atau dari ternakan yang dibiarkan bebas.

Semasa melalui kawasan bertanah pamah itu, aku telah mengambil kesempatan untuk singgah sebentar di Thaksin Universiti, Phatthalung. Kampus utama Universiti Phatthalung ialah di Songkhla.Thaksin Universiti telah diasaskan pada tahun 1968 sebagai sebuah kolej perguruan. Namun pada tahun 1974 ia telah dijadikan sebagai kampus kawasan (wilayah) untuk Universiti Srinakharinwirot dan akhirnya pada tahun 1998 telah menjadi sebuah universiti yang bebas.

Terdapat 22 binaan bangunan dalam kampus universiti ini dan kawasan yang dibangunkan ialah seluas 96,254 sq. m dan anggaran kos projeknya ialah sebanyak 1,171.4 juta bath.




Sebaik sahaja sampai di pintu hadapan universiti berkenaan, kami berdua telah meletakkan motosikal kami dan kemudiannya menemui pengawal keselamatan yang bertugas di pintu hadapan tersebut. Kami memberitahu mereka bahawa kami ialah dari Malaysia dan kemudiannya berbual dengan mereka. Walaupun agak sukar berkomunikasi, mereka tetap ramah mesra dengan kami berdua. Sambil berbual itu, kami telah dihidangkan dengan kopi panas.
Kemudiannya kami berdua telah dibawa melawat ke sekitar kompleks kampus universiti oleh ketua pengawal di situ. Memang agak luas kawasan universiti itu jika hendak dibandingkan dengan universiti di negara kita sendiri. Sesuatu yang agak menarik ialah pelajar-pelajar universiti di sini semuannya memakai pakaian seragam putih dan berseluar panjang hitam. Nampak macam anak-anak sekolah.
Setelah melawat kawasan sekitar tersebut, pada jam 1643hrs kami telah dibawa pula ke mess pengawal keselamatan yang terletak tidak jauh luar dari kawasan kampus. Kami telah dijamu oleh Cif Sekuriti, Mr Sao Tong.Daripada pengamatan saya, saya dapati pengawal keselamatan yang bertugas di universiti ini dibekalkan dengan senjata api, mungkin kerana keadaan di selatan Thailand yang bergolak menyebabkan mereka terpaksa dibekalkan dengan senjata api tersebut.

Di mess tersebut saya dapati walaupun mereka hanyalah pengawal keselamatan, tetapi mess mereka ada dilengkapi dengan karaoke, alatan muzik, tv , mini bar dan ini adalah amat berbeza sekali dengan apa yang terdapat di negara kita. Memang orang Thai amat kreatif.

Pada jam lebih kurang 1650hrs, kami mengucapkan selamat tinggal kepada Mr Sao Tong atas jasa baiknya dan keramahannya sebelum meneruskan perjalanan ke Nakhorn Si Thammarat.
Posted by Picasa

CATATAN PERJALANAN KE THAILAND (DAY 4) Lawatan Ke Hatyai Shooting Sport Society

Bergambar kenangan di hadapan kelab
Time: 1124hrs
Loc: Hatyai Shooting Sport Society
Event: Latihan Tembak
Hari ini 13/06/2008. Sebaik sahaja kami check out daripada hotel penginapan kami, aku terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hatyai di Phetkasem Road. Bukanlah tujuan kami untuk bertemu sesiapa di balai polis berkenaan tetapi adalah kerana rakanku terlalu ingin mencuba nasib menembak di lapangsasar yang terletak di hadapan Balai Polis Hatyai. Di sini, lapang sasar berkenaan dibuka kepada orang awam atau sesiapa sahaja yang ingin mempelajari cara-cara menembak dan mengendalikan senjata api pistol atau revolver.

Kedatangan kami telah disambut oleh seorang jurulatih air pistol yang kebetulan sedang menjalani latihan tembak senjata .22. Setelah persiapan seperti papan sasaran diletakkan dan penerangan ringkas oleh jurulatih di lapang sasar tersebut, Ari telah diberikan sekotak peluru 9mm bersama senjata pistol Smith & Wesson Semi Auto.
Sepanjang tempoh latihan itu, rakanku telah berjaya menembak ke arah sasaran sejauh 15 metre dengan agak baik. Maklumlah ini kali pertama ia belajar menembak di Thailand. Setelah selesai melaksanakan latihan tembak tersebut kami terus keluar daripada lapang sasar itu dan menuju ke arah Hatyai Police Station untuk bergambar.
Selesai sahaja bergambar di hadapan Balai Polis Hatyai, kami berdua telah ke kedai makan Kakak Noi di Ban Home untuk makan tengah hari dan seterusnya mengucapkan selamat tinggal kepada mereka sebelum kami berlepas ke Phatthalung dan Nakhorn Si Thammarat. Kami meninggalkan bandar Hatyai tepat pada jam 1308hrs setelah selesai memenuhkan tangki minyak motosikal masing-masing. Selamat tinggal Hatyai.
Posted by Picasa

CATATAN PERJALANAN KE THAILAND (DAY 3) Diraikan OLeh Rakan Baru di KISS KARAOKE

Bergambar bersama rakan-rakan baru di hadapan Kiss Karaoke. 3 perempuan dalam gambar itu ialah dari kiri Pare, Kakak Noi dan Koi
Time: 2300hrs@12/06/2008
Loc: Kiss Karaoke
Event: Diraikan oleh rakan kenalan baru
Setelah aku dan Ari selesai manda dan berkemas, pada jam lebih kurang 2200hrs, kami berdua telah bermotosikal ke kedai Kakak Noi di Raj Uthip Road. Sampai sahaja kami berdua di kedai makan tersebut, kami telah disambut oleh Kakak Noi, Pare dan rakannya Koi. Mak oi senangnya menyebut nama mereka kerana ringkas. Setelah mereka selesai bersiap, kami semua telah ke karaoke tersebut yang terletak tidak sampai 1km dari kedai makan mereka.
Ketibaan kami berdua disambut oleh rakan -rakan mereka yang lain. Memang agak meriah juga sambutan yang diberikan kepdaa kami walupun kami hanya baru mengenali mereka tidak sampai 24 jam yang lalu. Memang kami tabik kepada mereka. Suasana di dalam bilik karaoke itu juga menyenangkan dengan dekorasi yang manarik.
Sepanjang tempoh berkaraoke, aku menyanyikan lagu-lagu Inggeris yang memang aku minati seperti Delilah, Lady, Knife, Soldier Of Fortune dan sebagainya. Aku juga tidak melepaskan peluang menyanyikan lagu Thai yang aku ketahui terutamanya lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Labanoon.
Mereka semua amat terhibur dengan nyanyian aku yang tak seperti mana tetapi kerana menghormati rakan-rakan baru, aku membuang segala rasa malu dan bergembira bersama mereka. Memang tidak aku sangka sama sekali bahawa pertemuan aku dengan rakan-rakan baruku itu amat bermakna dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Walau kami semua mempunyai masalah komunikasi tetapi itu bukan penghalang untuk kami berkawan.
Program kami pada malam itu berakhir hingga jam 2.00am waktu Thai atau 3.00am waktu Malaysia. Selesai sahaja kami berkaraoke, aku dan Ari terus menuju ke hotel penginapan kami untuk melelapkan mata dengan rasa gembira dan puas hati.

Sunday, June 22, 2008

CATATAN PERJALANAN KE THAILAND (DAY 3) Hujan Rahmat

Berposing di hadapan kedai basikal di Sripoovanart Road, Hatyai.


Time: 1050hrs@12/06/2008
Loc: Sripoovanart Road, Hatyai.
Event: Pusing - pusing

Sebaik sahaja selesai check-out dari Hotel Mayflowe, aku dan sahabatku Ari meneruskan perjalanan untuk bersiar-siar sekitar bandar Hatyai sebelum kami ertolak ke Nakhorn Si Thammarat. Aku masih mendahului perjalanan ini dengan diikuti oleh sahabatku kerana aku ini mempunyai keistimewaan boleh mengingati laluan yang telah ditempohi.
Sepanjang melalui Sripoovanart Road, aku kemudiannya telah berhenti di hadapan sebuah kedai menjual basikal kerana inigin melihat mountain bike yang dijual di situ. Aku ini memang amat meminati mountain dan mempunyai sebuah basikal jenis Cannondale F7 yang kerap aku gunakan untuk ditunggang sebagai tungangan reakreasi di Shah Alam.
Semaa di kedai basikal inilah aku sempat berkenalan dengan seorang lelaki tua yang berumur dalam lingkungan 60an. Lelaki terwebut bertanya aku sesuatu dalam bahasa Thai. Apabila aku menjawab dalam bahasa Inggeris, beliau lantas lebih mesra denganku mungkin kerana repectnya kepada seorang pengembara sepertiku. Menurut lelaki ini beliau pernah berbasikal hingga ke China hanya atas dasar minatnya terhadap aktiviti berbasikal. Bagi aku, tauladan ini boleh dijadikan sebagai ikutan rakyat Malaysia memandangkan kenaikan harga minyak serta membantu dalam menyihatkan fizikal dan mental.
Daripada pemerhatian aku, aktiviti berbasikal mendapat tempat di hati rakyat Thai kerana beberapa kali aku bertembung dengan be berapa orang penunggang mountain bike yang sedang berkayuh di tengah bandar Hatyai yang sibuk.Hal ini tidak mungkin akan kita temui di negara kita.


Kedai makan tempat kami berlindung di Ban Home, berhadapan Hotel Marina, No 90, Raj Uthit Road, Hatyai.
Foto dirakamkan ketika hujan masih lebat melanda seluruh banda Hatyai.Manakala gambar bawah pula ialah tuan kedai bernama Noi bersama dengan pembantunya Pare yang banyak membantu dan ramah yang akhirnya menjadi teman baik kami di Hatyai.


Time: 1250hrs @ 12/06/2008
Loc: Raj Uthit Road
Event: Raining!Raining! Raining!
Sebaik sahaja selesai aku bergambar di hadapan kedai basikal di Sripoovanart Road, kami telah mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan kami ke Phattalung dan Nakhorn Si Thammarat. Aku terus menyusuri jalan untuk ke Phetkasem Road, namun secara tiba-tiba hujan telah turun seolah-oalah seperti mahu menghalang perjalanan kami pada hari tersebut. Aku kemudiannya telah mencari perlindungan di sebuah kedai makan di Raj Uthit Soi 8.
Sebaik sahaja memberhentikan motosikal, kami berdua telah masuk ke dalam kedai makan berkenaan dan meletakkan beg dan topi keledar kami di atas meja di dalam kedai berkenaan. Kami kemudiannya telah dihampiri oleh seorang anak gadis dan bertanyakan soalan dalam bahasa Thai. Kami tidak dapat menjawab dan aku memberitahu bahawa kami dari Kuala Lumpur dan tidak tahu berbahasa Thai. Kemudiannya gadis berkenaan terus menghidangkan sepinggan ulam dan 2 gelas air batu kosong. Aku dan sahabatku kemudiannya telah memilih beberapa lauk pauk untuk hidangan makan tengah hari kami.
Sambil kami menikmati hidangan tengah hari, aku sempat berbual dengan pemilik dan pembantu kedai tersebut dengan bahasa rojak kerana Pare boleh berbahasa broken English. Aku menceritakan tentang pengembaraan kami ke Thailand dan destinasi seterusnya yang akan kami tujui.
Sesuatu yang amat menarik tentang mereka ini tetamu ialah mereka amat berbudi bahasa dan ramah dengan tetamu seperti kami. Memang agak jarang kita temui di negara kita sendiri orang yang masih berbudi bahasa tinggi dan menghormati tetamu. Malahan rata-rata penduduk Thai yang kami temui sepanjang pengembaraan kami ini amat sopan dan muli budi pekerti mereka. Mereka sanggup membantu sekiranya kita meminta bantuan daripada mereka ini.
Inilah sesuatu yang perlu kita pelajari sekiranya kita mahu menandingi negara Thai dalam tourism. Mereka memang amat kaya dengan senyuman.Pergilah ke mana-mana di Thailand, anda pasti akan terpesona dengan senyuman dan budi bahasa mereka yang amat tinggi.
Sehingga ke jam 1615hrs, barulah hujan menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Aku mula berbincang dengan sahabatku samada kami mahu meneruskan perjalanan ke Phattalung dan Nakhorn Si Thammarat kerana keadaan hari telah petang dan agak tidak sesuai lagi untuk perjalanan jauh. Manalah tahu kalau-kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini, agak sukar mendapatkan bantuan jika hari telah pun gelap. Akhirnya aku membuat keputusan untuk bermalam sehari lagi di Hatyai.
Tuan kedai, Kakak Noi dan Pare kemudiannya mempelawa kami bersama-sama mereka berkaraoke di sebuah karoake milik sahabat mereka tidak jauh dari kedai tersebut pada malam ini anggaran jam 2300hrs. Aku dan rakanku Ari kemudiannya menyatakan persetujuan dan akan menemui mereka di kedai makan mereka malam ini.
Aku bersyukur kerana hujan pada hari ini benar-benar telah membantu kami berkenalan dengan rakan baru di Thailand yang bukan saja amat mesra dan ramah, tetapi juga terasa seperti adik dan kakak sendiri walaupun kami berlainan bangsa dan ugama. Ugama dan bangsa bukanlah penghalang sesuatu persahabatan. Hanya kita manusia sahaja yang sengaja mengadakan halangan untuk persahabatan berlandaskan kepada fahaman sempit dan tidak rasional sedangkan tiada mana-mana agama pun yang menghalang penganutnya daripada menjalinkan persahabatan sesama manusia yang berlainan ras dan fahaman keugamaannya.
Posted by Picasa