Monday, October 19, 2009

WHY MAMAK RESTAURANT?

When I'm in lepak mood, mamak stall or mamak restaurant is always the place to go. This is because the atmosphere here and in fact, these mamaks are very innovative. You can find roti pisang, roti tisu, roti naan and also tom yam!!! Haa ha ha... Aku memang tidak berapa suka dengan gerai atau restoran Melayu kerana beberapa sebab. Aku rasa mungkin ramai antara kita pernah "terkena" semasa berada di gerai-gerai kepunyaan Melayu. Ini bukan bermaksu aku anti Melayu. Aku ni anak Melayu...tetapi aku juga rasa geram terhadap peniaga-peniaga Melayu kerana masih gagal membuat pembaharuan dalam perniagaan mereka.

Antara masalah digerai Melayu adalah lambat melaksanakan servis. Kalau ke gerai atau restoran Melayu, aku kerap melihat pinggan mangkuk yang telah digunakan masih bergelimpang di atas meja. Pekerja-pekerja kedai pula seolah-olah tidak melihat pinggan mangkuk yang bergelimpangan itu. Apabila pelaqnggan duduk sahaja di keja tersebut, maka akan datang pelayan kedai bertanyakan order terlebih dahulu sedangkan sepatutnya mereka perlu mengemaskan meja dan barulah mengambil order.

Kekadang, pelanggan sendiri terpaksa memanggil pekerja untuk membersihkan meja dan memesan makanan yang mana sepatutnya pekerja kedai sendiri yang patut mendekati pelanggan untuk memberikan servis. Namun rata-rata masalah ini masih tidak dapat diperbetulkan oleh peniaga-peniaga makanan Melayu.

Setelah selesai makan, satu lagi masalah timbl, untuk membayar. Memang agak sukar untuk menyuruh seorang pelayan kedai Melayu mengira harga makanan. Malahan anda antara pekerja yang tolak menolak antara satu sama lain untuk mengira harga makanan. Apa masalahnya di sini? Adakah kerana kelemahan mereka dalam matematik atau memang mereka tidak diberi kuasa oleh taukeh kedai untuk mengira harga makanan?


Satu lagi masalah di kedai Melayu ialah untuk memesan makanan ketika waktu puncak atau ketika pelanggan kedai begitu ramai sekali. Kelam kabut dibuatnya. Keadaan ini menyebabkan lain yang dipesan, lain yang dapat, malahan pelanggan yang terlebih dahulu memesan makanan akan mendapat pesanan lewat daripada orang yang datang terkemudian daripada mereka.

Ini hanyalah sekelumit masalah daripada kedai-kedai makanan Melayu pada hari ini. Sememangnya banyak lagi masalah yang masih membelenggu kedai-kedai makanan Melayu tetapi apa yang diutarakan ini hanyalah beberapa masalah biasa sahaja. Correct me if I'm wrong....

Wednesday, October 14, 2009

KEMBALI TERDENGAR SUARA RAKANKU

Semalam, 14/10/2009 aku menghadiri jamuan makan malam di Port Dickson. Entah macam mana aku telah menghubungi rakanku Asri untuk bertanyakan khabar berita kerana aku tidak sempat bertemunya semasa Hari Raya Aidilfitri lalu.

Dalam kerancakan kami berdua berbual menerusi telefon, aku ada bertanya tentang rakan-rakan lama kami semasa di Kelantan. Mujur beliau ada menyimpan nombor telefon seorang daripada kenalanku bernama Ismail.

Sebaik sahaja selesai jamuan, aku terus menghubungi Cikgu Ismail. Aku tidak perlu menunggu panjang kereana panggilan aku telah dijawab oleh satu suara yang memang aku kenal dan tidak banyak berubah. Ah! Begitu seronok aku dapat berbual dengan rakanku itu bertanya khabar tentang keluarga dan sebagainya. Memang inilah saat yang amat menggembirarkan setelah tidak bersua lebih kurang 22 tahun!!!

Aku amat berbangga kerana mendapat tahu bahawa 2 orang anak rakanku itu sedang mengikuti pengajian di kolej dan akan bergelar guru tidak lama lagi. Aku tumpang gembira kerana walaupun tidak mengenali anak-anak beliau , tetapi aku dapat bayangkan satu kegembiraan yang luar biasa kerana mereka itu ialah anak kepada rakanku.

Setelah mengucapkan salam kepada Cikgu Ismail, aku menghubungi pula Cikgu Hassim yang juga berada di Johor. Apabila panggilanku dijawab, aku tidak memberitahu siapa diriku ini sebaliknya hanya memberikan hint supaya dia sendiri yang dapat menangkap siapa diriku. Memang agak sukar untuknmya mengingati diriku sehinggalah aku bertanyakan soalah, INGAT TAK PEMAIN TRUMPET SEMASA DI KOLEJ?

Sebaik mendengar soalan itu, dia lantas terus menyebut nama aku. Wah!!! Tergambar kegembiraan dari nada suaranya. Maklumlah sudah lebih kurang 20 tahun aku tidak bersua dengan Cikgu Hassim. Seronok juga aku mendengar berita dia telah mempunyai 4 orang anak.

Sesuatu yang menjadi pengajaran untuk kita semua, jangan putuskan persahabatan. Cubalah sedaya upaya untuk menjejaki rakan-rakan lama kita yang telah lama tidak kita temui. Memang ada kemanisannya jika kita dapat menghubungi mereka malahan lebih manis lagi kalau dapat menatap wajah mereka. Apa pun, persahabatan itu pasti akan kekal sehingga akhir hayat andai kita tidak memutuskannya. Kepada para sahabatku, andalah jiwa saya....Semoga kita semua diberkati.

Tuesday, September 29, 2009

SIAPA PENGKHIANAT DI KG EXPO, KEMUNTING?

Pada Hari Raya Aidilfitri 2009 iaitu ketika hari raya ke 2, aku telah berbasikal di sekitar kawasan Kampung Expo,Taiping semata-mata untuk menikmati keindahan kampung yang telah lama aku tinggalkan. Sebagai anak kampung yang asal, matlamat kayuhan aku selain dari menikmati keindahan adalah juga untuk meninjau perkembangan kampung yang telah banyak meninggalkan kenangan kepada aku ini.
Bertolak dari rumah aku, lot 7561, aku terus berkayuh sehingga ke hadapan Sekolah Menengah Kemunting. Aduh!!! Berderau darah aku apabila aku melihat sebuah tapak perumahan telah dibangunkan betul-betul di hadapan Sekolah Menengah Kemunting itu. Memang aku amat sensitif dalam isu ini kerana setahu aku semasa kampung ini mula dibuka, tapak tersebut bukanlah tapak perumahan tetapi adalah tapak sementara aku bermain dan tapak cadangan untuk pembangunan sebuah pasar.

Aku masih ingat lagi bahawa aku dan ramai anak-anak muda ketika itu bergotong royong dengan dibantu oleh para tentera dari Kemunting membersihkan hutan paya itu untuk dibuat padang bolasepak. Tahun itu kalau tidak salah aku ialah sekitaran tahun 1980an.

Keluarga aku adalah antara keluarga terawal yang menduduki Kampung Expo iaitu sejak tahun 1978. Tanah di kampung ini adalah tanah anugerah oleh pihak kerajaan kepada bekas-bekas anggota kerajaan terutamanya kepada bekas tentera, bekas polis, bekas bomba, posmen dan sebagainya. Pada asalnya tanah di sini kebanyakkannya adalah berpaya iaitu tanah bekas lombong. Semasa mula-mula dibangunkan hanya terdapat tidak sampai 20 rumah di kawasan ini. Malahan jalan masuk ke kampung ini juga masih lagi jalan tanah merah, berbecak semasa hujan dan berdebu semasa panas.

Tiba-tiba bagaimana boleh wujud sebuah tapak perumahan di atas tanah yang suatu masa dahulu direzabkan kepada orang ramai untuk faedah orang ramai? Timbul persoalan siapakah dalang disebalik pembinaan Taman Kamunting Setia? Bagaimanakah tanah ini boleh bertukar milik? Siapakah yang bertanggungjawab?
Aku pasti mungkin ada cerita di sebalik pembangunan Taman Kamunting Setia ini. Aku tidak akan membantah kalaulah tanah rezab ini dibangunkan dengan kawasan riadah untuk kepentingan semua. Tetapi aku membantah jika kawasan tanah rezab ini dibangunkan dengan projek perumahan yang sudah pastinya syarikat yang membangunkannya bermotifkan keuntungan.

Aku ada berbincang dengan beberapa orang kenalanku bertanyakan siapakah pemilik projek ini? Yang dapat mereka beritahu ialah projrk ini dimiliki oleh seorang ahli politik UMNO. Entah betul entah tidak aku pun tak berapa pasti. Tetapi yang aku pasti ialah sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Aku membantah dan mahukan keadilan dalam isu ini.
Posted by Picasa

Monday, September 28, 2009

KAYUHAN PANGKOR

Pada 09/08/2009 group berbasikal KAKI KAYUH telah menganjurkan kayuhan ke Pulau Pangkor Perak. Aku turut sama pergi ke Lumut dan Pangkor walaupun aku baru sahaja mendapat berita dari klinik bahawa batuk dan demam yang aku alami masih belum pulih manakala aku juga disyaki mengalami masalah paru-paru berair. Alamak...ini adalah berita yang tidak menggembirakan buat aku aku kerana boleh membantutkan niatku untuk berkayuh di Pulau Pangkor.

Memang seperti yang diramalkan, apabila rakan-rakan dari KAKI KAYUH tiba di Jeti Lumut, aku turut meraikan mereka. Namun pagi itu aku mengalami masalah pernafasan yang agak pendek dan sukar untuk meneruskan kayuhan. Memang frust aku tidak terkata. Tapi kerana aku telah pun sampai di sana, mahu atau tidak aku berkayuh juga di sekitar Pekan Lumut.
Walaupun masih dalam keadaan yang lemah, aku kuatkan juga semangatku untuk berkayuh di sekitar Pekan Lumut. Alhamdulillah, nampaknya aku masih dapat meneruskan kayuhan walaupun dalam keadaan yang lemah. Kehadiran aku di Terminal Jeti Lumut juga sudah mencukupi untuk memuaskan hati sendiri.
Kalaulah aku diberi kekuatan, insyaallah aku akan tetap berkayuh di Pulau Pangkor. Dan pastinya group yang akan ke sana ialah group D9 MTB TEAM!!! Tunggulah...masanya pasti tiba.
Posted by Picasa

Sunday, September 27, 2009

HELANG DI KUALA GULA


Megah berterbangan engkau wahai si helang
Sayapmu gagah membelah angkasa
Matamu liar meninjau mangsa
Semua mahluk cemburu berdendam padamu
Kaulah mahluk penakluk angkasa

Namun aku masih tetap bertanya
Adakah kau akan terus dengan kemegahanmu
Walaupun hari perhitungan akan tiba
Paya bakau habitatmu pasti akan musnah
Dan kau mungkin pupus dengan keegoanmu
Posted by Picasa

KUALA KURAU, PEKAN KECIL YANG DILUPAKAN

Sudah lama aku tidak menjejakkan kakiku ke pekan Kuala Kurau, Perak. Seingat aku, inilah pekan yang menjadi tempat aku dan arwah ibuku lawati sebelum ibu meninggal dunia pada tahun 2006. Bermula dari saat itulah aku tidak lagi menjejaki pekan kecil ini.

Namun, pada 22/09/09, aku berkesempatan mengunjungi Kuala Kurau yang telah lama tidak aku pijak. Maka pada Hari Raya Ketiga, aku bersama dengan adikku Fairuz dan Zahara telah pergi ke Kuala Kurau dengan menaiki 'Si Black', Hilux kesayanganku.

Perjalanan dari Taiping ke Kuala Kurau melalui kawasan perkampungan yang aman damai. Tiada kesesakan jalanraya yang berlaku, berkemungkinan kerana ramai orang menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan. Oleh itu keputusan aku menggunakan jalan dalam melalui Selinsing ke Kuala Gula adalah amat tepat sekali.
Selepas habis sahaja melawat ke Kuala Gula, aku terus memandu ke Kuala Kurau. Memang aku ini agak ketinggalan sedikit kerana masih menyangka perkhidmatan feri di Kuala Kurau masih lagi wujud. Namun sangkaan aku merosot. Rupa-rupanya telah pun ada sebuah jambatan dibina untuk menggantikan perkhidmatan feri tersebut. Inilah pertama kalinya aku melalui jambatan baru di Kuala Kurau. Syabas...akhirnya dapatlah juga penduduk kampung di Kuala Kurau menikmati pembangunan yang telah lama mereka idamkan.
Sebaik memasuki Pekan Kuala Kurau, kita akan terasa umpama berada di tahun 60an. Ini adalah kerana bangunan-bangunan lama yang digunakan dahulu masih gagah tersergam indah. Malahan kehidupan rakyat di sekitar Kuala Krau juga tidak banyak berubah. Memang sukar menggambarakan keadaan di sini. Sesuatu yang harus diingat ialah, di Kuala Kurau juga boleh diperhatikan kawanan helang berterbangan bebas mencari makanan. Oohhhh betapa indahnya pemandangan di Kuala Kurau.
Bagi yang belum pernah menjejakkan kaki di pekan ini, ringan-ringankanlah tulang berkunjung ke sana. Dan jangan lupa bawa basikal agar dapat berkayuh di sana.
Posted by Picasa

MOH KITA KAYUH YEOP..!!!!

Hari Raya Aidilfitri 20099 baru sahaja berlalu pada 20/09/2009. Sepanjang tempoh beraya ni, boleh dikatakan, soal makan minum langsung tidak terkawal...maklumlah balas dendam sepanjang Ramadhan yang lalu. Aku sendiri berasa amat berat untuk meneruskan kayuhan kerana badan yang semakin bertambah berat.

Walau bagaimana pun, demi menjaga stamina, jangan tunggu lama-lama. Moh kita ramai-ramai pakat berkayuh di mana sahaja kita ada kesempatan. Selamat berkayuh.!!! Tunggu apa lagi...Moh Kita Kayuh Yeop!!!!

Posted by Picasa