Salam Aidil Adha. Catatan aku pada pagi ini tidak lain hanyalah sebagai memenuhkan masa di pagi yang dihiasi dengan rintikan hujan ini.Semalam aku ke Jeti Koperasi Kuala Lukut untuk memancing,tapi hampeh...hanya dapat memancing ketam bunga, itu pun hanya seekor sahaja yang dapat.
Cadangan aku pada pagi ini sebenarnya untuk mengayuh selepas solat sunat Hari Raya tapi kerana cuaca tidak mengizinkan, terpaksalah aku membatalkannya.Petang ini kalulah cuaca mengizinkan, aku akan melaksanakan dua aktiviti, mengayuh dan memancing. Tetapi keutamaan aku berikan untuk mengayuh basikal dan kemudiannya barulah memancing.
Semalam semasa aku dalam perjalaan dari Klang ke Port Dickson melalui jalan lama Banting-Sg Pelek, banyak akli aku terserempak dengan warga Indonesia yang berbasikal, bukan perlumbaan tetapi basikal digunakan sebagai elemen pengangkutan. Memang aku akui bahawa mungkin kerana jimat belanja@murah tetapi yang aku respek ialah tidak kira lelaki atau perempuan , tua atau muda, mereka kelihatan bersahaja berbasikal dalam mengharungi kehidupan seharian mereka.
Di sepanjang perjalanan itulahg juga aku bertemu dengan 2 kumpulan berbasikal iaitu kumpulan pertama 3 lelaki melayan road bike di Bukit Tinggi , Klang dan 1 kumpulan 3 lelaki dengan mountainbike di Banting. Aku tabik kepada mereka.
Aku juga seronok melihat warga Indonesia di Setia Alam, Shah Alam berbasikal ke sana ke sini tanpa masalah. Kadang-kadang aku kerinduan juga ingin melihat rakyat tempatan berbasikal seperti mereka, tetapi mungkin hanya tinggal harapan sahaja kerana mungkin rakyat tempatan sudah berada dalam kemewahan lantas tidak lagi mahu membuang tenaga mengayuh basikal!
Namun begitu, aku tetap akan berbasikal, kerana bagiku aktiviti berbasikal adalah keperluan untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Ayoh, mari berbasikal......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment