Wednesday, December 10, 2008

Hujan gugat aktiviti berbasikal group aku

Sejak seminggu ini, hujan begitu lebat mencurah-curah di Lembah Klang tempat kediamanku ini. Pagi ke petang, siang ke malam hujan begitu rancak mencurah turun di bumi bertuah ini. Bagi sesetengah orang, keadaan cuaca yanbeg berterusan begini memang tidak selesa bagi mereka. Namun bagi aku, inilah satu daripada nikmat Ilahi yang perlu disyukuri.

Memang aku ini seorang insan yang amat mencintai hujan. Malahan kalau hujan benar-benar lebat, aku akan mengambil kesempatan bermain dengan anugerah tuhan ini bersendirian. Malahan aku ada mengumpulkan gambar-gambar yang berkaitan dengan hujan.

Sudah hampir seminggu lebih aku tidak berbasikal kerana rakan-rakan yang lain mungkin tidak selesa berbasikal di dalam hujan. Oleh kerana itu aku teruskan sahaja berbasikal berseorangan diri dalam hujan lebat di Setia Alam.

Memang aku ada memerhatikan beberapa orang yang memandang aku dengan penuh kehairanan. Tapi ah, jangan perdulikan itu semua, kayuh tetap kayuh. Walaupun tanpa teman-teman lain, namun aku tetap puas. Mungkin kalau keadaan mengizinkan, aku akan berkayuh sekali lagi dalam hujan lebat hujung minggu ini.

Ya Allah, berikanlah hujan pada hujung minggu ini......

No comments: