Wednesday, October 14, 2009

KEMBALI TERDENGAR SUARA RAKANKU

Semalam, 14/10/2009 aku menghadiri jamuan makan malam di Port Dickson. Entah macam mana aku telah menghubungi rakanku Asri untuk bertanyakan khabar berita kerana aku tidak sempat bertemunya semasa Hari Raya Aidilfitri lalu.

Dalam kerancakan kami berdua berbual menerusi telefon, aku ada bertanya tentang rakan-rakan lama kami semasa di Kelantan. Mujur beliau ada menyimpan nombor telefon seorang daripada kenalanku bernama Ismail.

Sebaik sahaja selesai jamuan, aku terus menghubungi Cikgu Ismail. Aku tidak perlu menunggu panjang kereana panggilan aku telah dijawab oleh satu suara yang memang aku kenal dan tidak banyak berubah. Ah! Begitu seronok aku dapat berbual dengan rakanku itu bertanya khabar tentang keluarga dan sebagainya. Memang inilah saat yang amat menggembirarkan setelah tidak bersua lebih kurang 22 tahun!!!

Aku amat berbangga kerana mendapat tahu bahawa 2 orang anak rakanku itu sedang mengikuti pengajian di kolej dan akan bergelar guru tidak lama lagi. Aku tumpang gembira kerana walaupun tidak mengenali anak-anak beliau , tetapi aku dapat bayangkan satu kegembiraan yang luar biasa kerana mereka itu ialah anak kepada rakanku.

Setelah mengucapkan salam kepada Cikgu Ismail, aku menghubungi pula Cikgu Hassim yang juga berada di Johor. Apabila panggilanku dijawab, aku tidak memberitahu siapa diriku ini sebaliknya hanya memberikan hint supaya dia sendiri yang dapat menangkap siapa diriku. Memang agak sukar untuknmya mengingati diriku sehinggalah aku bertanyakan soalah, INGAT TAK PEMAIN TRUMPET SEMASA DI KOLEJ?

Sebaik mendengar soalan itu, dia lantas terus menyebut nama aku. Wah!!! Tergambar kegembiraan dari nada suaranya. Maklumlah sudah lebih kurang 20 tahun aku tidak bersua dengan Cikgu Hassim. Seronok juga aku mendengar berita dia telah mempunyai 4 orang anak.

Sesuatu yang menjadi pengajaran untuk kita semua, jangan putuskan persahabatan. Cubalah sedaya upaya untuk menjejaki rakan-rakan lama kita yang telah lama tidak kita temui. Memang ada kemanisannya jika kita dapat menghubungi mereka malahan lebih manis lagi kalau dapat menatap wajah mereka. Apa pun, persahabatan itu pasti akan kekal sehingga akhir hayat andai kita tidak memutuskannya. Kepada para sahabatku, andalah jiwa saya....Semoga kita semua diberkati.

No comments: