Saturday, November 28, 2009

ADAKAH KITA PRIHATIN DENGAN KEJADIAN JENAYAH DI SEKELILING KITA?

Setiap hari kita mendengar berita-berita tentang jenayah yang berlaku di sekeliling kita tanpa tanda-tanda reda. Malahan boleh dikatakan penjenayah yang terlibat amat sukar untuk ditangkap tambahan pula dengan sikap masyarakat yang dingin untuk membantu pihak Polis menangani isu ini. Rata-rata masyarakat kita amat lemah dalam asspek ini.
Seperti mana biasa amat jarang sekali kita lihat ada orang-orang perseorangan atau pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang bangkit berkempen supaya masyarakat sedar dan bertindak terhadap isu-isu yang berkaitan dengan jenayah ini. Memburukkan lagi keadaan ialah bila ada individu-individu tertentu menggunakan platfom politik untuk menyelar Polis dan cuba menanamkan perasaan simpati dalam diri masyarakat untuk bersimpati kepada penjenayah dari kaum tertentu. Bila ada penjenayah dari kaum lain, contohnya Melayu yang ditembak polis, mereka ini tiada langsung akan menyentuh hal ini di media-media. Inilah sikap 'dajal' ahli politik tertentu yang menjadi ancaman terhadap kestabilan negara ini.
Oleh kerana menyedari betapi penting dan seriusnya keadaan jenayah hari ini, kita sebgai masyarakat yang sayangkan negara dan mahukan keamanan yang berkekalan, langkah sepatutnya sudah bermula. Kita perlu menggembelingkan tenaga dan apa sahaja yang termampu untuk mula memerangi dan mengisytiharkan perang kepada penjenayah. Jangan biarkan rasa simpati terhadap penjenayah ini menjadi halangan kepada kita untuk terus mensejahterakan negara yang kita sayangi. Bantulah Polis dalam memerangi jenayah.

Thursday, November 26, 2009

MENGAPA PERLU SIMPATI PADA PENJENAYAH?

Pertama sekali saya ingin ucapkan sejuta tahniah kepada anggota Polis yang telah sanggup bekerja keras dan berkorban nyawa sehingga berjaya menembak mati PCO Boy dan konco-konconya di Klang pada 09 November 2009 yang lalu. Syabas dan tahniah! Saya angkat topi kepada keberanian anda berhadapan dengan 5 penjenayah 'sampah masyarakat' itu. Saya ulangi anda berjaya menghapuskan 'sampah masyarakat' itu dari terus bermaharajalela seperti tiada batasan undang-undang.
Umum mengetahui bahawa penjenayah hanya berani bertindah terhadap orang awam yang tidak bersenjata dan sudah tentu tidak berani melawan. Hanya Polislah satu-satunya harapan rakyat untuk melawan penjenayah. Kegagalan Polis untuk mengekang jenayah dan penjenayah akan meranapkan harapan rakyat untuk hidup dalam harmoni dan aman.
Saya amat marah apabila membaca banyak komen-komen yang menyokong penjenayah terutamanya apabila yang mati itu ialah orang India. Mlahan Polis kita telah sewenang wenangnya dituduh Polis UMNO. Bagi saya, penyokong-penyokong yang bersimpati dengan penjenayah ini tidak ubah seperti payung yang memayungi penjenayah. Apa perlu kita bersimpati dengan penjenayah. Saya ingin bertanya kepada mereka BERAPA RAMAIKAH PENJENAYAH YANG DITEMBAK MATI OLEH POLIS BERBANDING DENGAN MANGSA YANG MENJADI KORBAN PENJENAYAH?
Salah satu artikel yang amat berat saya pandang ialah daripada http://www.mpkapar.com/, sebuah laman daripada Ahli Parlimen Kapar, YB Manikavasagam. Antara petikannya ialah;
"It seems Royal Malaysian Police changed their strategy after Kugan’s brutal murder while under their custody. Along with Home Ministry KPI to reduce street crime by 20% , the police now keep firing towards those they suspect as Criminals. The latest in Kapar Parlimentary where 5 suspected robbers was shoot killed around 1230-0100am.
What puzzle me why do we need Parliament and Court then? How do Police ascertain their are criminals that need to be killed? And why do , those shot killed has to be Indians, are all Street Criminals are from this category of people? And knowing well Kapar , why there isn’t Police beats like elsewhere
especially in Iskandar region? Busy protecting the rich probably."

Apakah maksud YB Manikavasagam yang mengaitkan kematian Kugan sebagai kezaliman Polis? Siapakah yang lebih zalim, Polis yang membelasah penjenayah atau penjenayah yang membelasah harta benda rakyat yang dicari dengan titik peluh sendiri? Adakah anda amat bersimpati dengan seorang penjenayah yang mati dibelasah oleh Polis daripada simpati terhadap seorang rakyat yang dirampas haknya oleh penjenayah?Poooraaaah lah YB!!!! Lu punya tempat sendiri pun tak boleh jaga, ini lu mau jaga penjenayah??? Chhhiiittt.
Syabas PDRM. Jangan takut dengan kebenaran. Jutaan rakyat yang menjadi mangsa penjenayah sentiasa dibelakang anda berbanding beberapa kerat bahlul yang bersimpati dengan penjenayah.

Monday, October 19, 2009

WHY MAMAK RESTAURANT?

When I'm in lepak mood, mamak stall or mamak restaurant is always the place to go. This is because the atmosphere here and in fact, these mamaks are very innovative. You can find roti pisang, roti tisu, roti naan and also tom yam!!! Haa ha ha... Aku memang tidak berapa suka dengan gerai atau restoran Melayu kerana beberapa sebab. Aku rasa mungkin ramai antara kita pernah "terkena" semasa berada di gerai-gerai kepunyaan Melayu. Ini bukan bermaksu aku anti Melayu. Aku ni anak Melayu...tetapi aku juga rasa geram terhadap peniaga-peniaga Melayu kerana masih gagal membuat pembaharuan dalam perniagaan mereka.

Antara masalah digerai Melayu adalah lambat melaksanakan servis. Kalau ke gerai atau restoran Melayu, aku kerap melihat pinggan mangkuk yang telah digunakan masih bergelimpang di atas meja. Pekerja-pekerja kedai pula seolah-olah tidak melihat pinggan mangkuk yang bergelimpangan itu. Apabila pelaqnggan duduk sahaja di keja tersebut, maka akan datang pelayan kedai bertanyakan order terlebih dahulu sedangkan sepatutnya mereka perlu mengemaskan meja dan barulah mengambil order.

Kekadang, pelanggan sendiri terpaksa memanggil pekerja untuk membersihkan meja dan memesan makanan yang mana sepatutnya pekerja kedai sendiri yang patut mendekati pelanggan untuk memberikan servis. Namun rata-rata masalah ini masih tidak dapat diperbetulkan oleh peniaga-peniaga makanan Melayu.

Setelah selesai makan, satu lagi masalah timbl, untuk membayar. Memang agak sukar untuk menyuruh seorang pelayan kedai Melayu mengira harga makanan. Malahan anda antara pekerja yang tolak menolak antara satu sama lain untuk mengira harga makanan. Apa masalahnya di sini? Adakah kerana kelemahan mereka dalam matematik atau memang mereka tidak diberi kuasa oleh taukeh kedai untuk mengira harga makanan?


Satu lagi masalah di kedai Melayu ialah untuk memesan makanan ketika waktu puncak atau ketika pelanggan kedai begitu ramai sekali. Kelam kabut dibuatnya. Keadaan ini menyebabkan lain yang dipesan, lain yang dapat, malahan pelanggan yang terlebih dahulu memesan makanan akan mendapat pesanan lewat daripada orang yang datang terkemudian daripada mereka.

Ini hanyalah sekelumit masalah daripada kedai-kedai makanan Melayu pada hari ini. Sememangnya banyak lagi masalah yang masih membelenggu kedai-kedai makanan Melayu tetapi apa yang diutarakan ini hanyalah beberapa masalah biasa sahaja. Correct me if I'm wrong....

Wednesday, October 14, 2009

KEMBALI TERDENGAR SUARA RAKANKU

Semalam, 14/10/2009 aku menghadiri jamuan makan malam di Port Dickson. Entah macam mana aku telah menghubungi rakanku Asri untuk bertanyakan khabar berita kerana aku tidak sempat bertemunya semasa Hari Raya Aidilfitri lalu.

Dalam kerancakan kami berdua berbual menerusi telefon, aku ada bertanya tentang rakan-rakan lama kami semasa di Kelantan. Mujur beliau ada menyimpan nombor telefon seorang daripada kenalanku bernama Ismail.

Sebaik sahaja selesai jamuan, aku terus menghubungi Cikgu Ismail. Aku tidak perlu menunggu panjang kereana panggilan aku telah dijawab oleh satu suara yang memang aku kenal dan tidak banyak berubah. Ah! Begitu seronok aku dapat berbual dengan rakanku itu bertanya khabar tentang keluarga dan sebagainya. Memang inilah saat yang amat menggembirarkan setelah tidak bersua lebih kurang 22 tahun!!!

Aku amat berbangga kerana mendapat tahu bahawa 2 orang anak rakanku itu sedang mengikuti pengajian di kolej dan akan bergelar guru tidak lama lagi. Aku tumpang gembira kerana walaupun tidak mengenali anak-anak beliau , tetapi aku dapat bayangkan satu kegembiraan yang luar biasa kerana mereka itu ialah anak kepada rakanku.

Setelah mengucapkan salam kepada Cikgu Ismail, aku menghubungi pula Cikgu Hassim yang juga berada di Johor. Apabila panggilanku dijawab, aku tidak memberitahu siapa diriku ini sebaliknya hanya memberikan hint supaya dia sendiri yang dapat menangkap siapa diriku. Memang agak sukar untuknmya mengingati diriku sehinggalah aku bertanyakan soalah, INGAT TAK PEMAIN TRUMPET SEMASA DI KOLEJ?

Sebaik mendengar soalan itu, dia lantas terus menyebut nama aku. Wah!!! Tergambar kegembiraan dari nada suaranya. Maklumlah sudah lebih kurang 20 tahun aku tidak bersua dengan Cikgu Hassim. Seronok juga aku mendengar berita dia telah mempunyai 4 orang anak.

Sesuatu yang menjadi pengajaran untuk kita semua, jangan putuskan persahabatan. Cubalah sedaya upaya untuk menjejaki rakan-rakan lama kita yang telah lama tidak kita temui. Memang ada kemanisannya jika kita dapat menghubungi mereka malahan lebih manis lagi kalau dapat menatap wajah mereka. Apa pun, persahabatan itu pasti akan kekal sehingga akhir hayat andai kita tidak memutuskannya. Kepada para sahabatku, andalah jiwa saya....Semoga kita semua diberkati.

Tuesday, September 29, 2009

SIAPA PENGKHIANAT DI KG EXPO, KEMUNTING?

Pada Hari Raya Aidilfitri 2009 iaitu ketika hari raya ke 2, aku telah berbasikal di sekitar kawasan Kampung Expo,Taiping semata-mata untuk menikmati keindahan kampung yang telah lama aku tinggalkan. Sebagai anak kampung yang asal, matlamat kayuhan aku selain dari menikmati keindahan adalah juga untuk meninjau perkembangan kampung yang telah banyak meninggalkan kenangan kepada aku ini.
Bertolak dari rumah aku, lot 7561, aku terus berkayuh sehingga ke hadapan Sekolah Menengah Kemunting. Aduh!!! Berderau darah aku apabila aku melihat sebuah tapak perumahan telah dibangunkan betul-betul di hadapan Sekolah Menengah Kemunting itu. Memang aku amat sensitif dalam isu ini kerana setahu aku semasa kampung ini mula dibuka, tapak tersebut bukanlah tapak perumahan tetapi adalah tapak sementara aku bermain dan tapak cadangan untuk pembangunan sebuah pasar.

Aku masih ingat lagi bahawa aku dan ramai anak-anak muda ketika itu bergotong royong dengan dibantu oleh para tentera dari Kemunting membersihkan hutan paya itu untuk dibuat padang bolasepak. Tahun itu kalau tidak salah aku ialah sekitaran tahun 1980an.

Keluarga aku adalah antara keluarga terawal yang menduduki Kampung Expo iaitu sejak tahun 1978. Tanah di kampung ini adalah tanah anugerah oleh pihak kerajaan kepada bekas-bekas anggota kerajaan terutamanya kepada bekas tentera, bekas polis, bekas bomba, posmen dan sebagainya. Pada asalnya tanah di sini kebanyakkannya adalah berpaya iaitu tanah bekas lombong. Semasa mula-mula dibangunkan hanya terdapat tidak sampai 20 rumah di kawasan ini. Malahan jalan masuk ke kampung ini juga masih lagi jalan tanah merah, berbecak semasa hujan dan berdebu semasa panas.

Tiba-tiba bagaimana boleh wujud sebuah tapak perumahan di atas tanah yang suatu masa dahulu direzabkan kepada orang ramai untuk faedah orang ramai? Timbul persoalan siapakah dalang disebalik pembinaan Taman Kamunting Setia? Bagaimanakah tanah ini boleh bertukar milik? Siapakah yang bertanggungjawab?
Aku pasti mungkin ada cerita di sebalik pembangunan Taman Kamunting Setia ini. Aku tidak akan membantah kalaulah tanah rezab ini dibangunkan dengan kawasan riadah untuk kepentingan semua. Tetapi aku membantah jika kawasan tanah rezab ini dibangunkan dengan projek perumahan yang sudah pastinya syarikat yang membangunkannya bermotifkan keuntungan.

Aku ada berbincang dengan beberapa orang kenalanku bertanyakan siapakah pemilik projek ini? Yang dapat mereka beritahu ialah projrk ini dimiliki oleh seorang ahli politik UMNO. Entah betul entah tidak aku pun tak berapa pasti. Tetapi yang aku pasti ialah sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Aku membantah dan mahukan keadilan dalam isu ini.
Posted by Picasa

Monday, September 28, 2009

KAYUHAN PANGKOR

Pada 09/08/2009 group berbasikal KAKI KAYUH telah menganjurkan kayuhan ke Pulau Pangkor Perak. Aku turut sama pergi ke Lumut dan Pangkor walaupun aku baru sahaja mendapat berita dari klinik bahawa batuk dan demam yang aku alami masih belum pulih manakala aku juga disyaki mengalami masalah paru-paru berair. Alamak...ini adalah berita yang tidak menggembirakan buat aku aku kerana boleh membantutkan niatku untuk berkayuh di Pulau Pangkor.

Memang seperti yang diramalkan, apabila rakan-rakan dari KAKI KAYUH tiba di Jeti Lumut, aku turut meraikan mereka. Namun pagi itu aku mengalami masalah pernafasan yang agak pendek dan sukar untuk meneruskan kayuhan. Memang frust aku tidak terkata. Tapi kerana aku telah pun sampai di sana, mahu atau tidak aku berkayuh juga di sekitar Pekan Lumut.
Walaupun masih dalam keadaan yang lemah, aku kuatkan juga semangatku untuk berkayuh di sekitar Pekan Lumut. Alhamdulillah, nampaknya aku masih dapat meneruskan kayuhan walaupun dalam keadaan yang lemah. Kehadiran aku di Terminal Jeti Lumut juga sudah mencukupi untuk memuaskan hati sendiri.
Kalaulah aku diberi kekuatan, insyaallah aku akan tetap berkayuh di Pulau Pangkor. Dan pastinya group yang akan ke sana ialah group D9 MTB TEAM!!! Tunggulah...masanya pasti tiba.
Posted by Picasa

Sunday, September 27, 2009

HELANG DI KUALA GULA


Megah berterbangan engkau wahai si helang
Sayapmu gagah membelah angkasa
Matamu liar meninjau mangsa
Semua mahluk cemburu berdendam padamu
Kaulah mahluk penakluk angkasa

Namun aku masih tetap bertanya
Adakah kau akan terus dengan kemegahanmu
Walaupun hari perhitungan akan tiba
Paya bakau habitatmu pasti akan musnah
Dan kau mungkin pupus dengan keegoanmu
Posted by Picasa