Tuesday, August 18, 2009

TERTUBUHNYA TEAM MTB D9



Detik bersejarah, 03/08/2009 tidak akan dapat aku lupakan kerana pada tarikh itulah gabungan beberapa orang anak buah aku telah berjaga mewujudkan team MTB D9. Tidak ramai, hanya kami berempat sahaja. Namun walaupun demikian, langkah yang kecil ini adalah satu langkah permulaan untuk melangkah lebih jauh lagi ke hadapan.

Aku, Hammer, Ah Chong dan Misai adalah pelopor team ini. Sebagai orang yang telah lama bergiat dalam kayuhan, aku merasa bertanggungjawab untuk meneruskan hayat team ini. Insyaallah, jika kesihatanku baik, aku pasti akan terus berkayuh sehingga yang termampu.

Semoga akan ada lagi rakan-rakan yang akan menyertai team ini di masa yang akan datang....jom berkayuh....
Posted by Picasa

2 comments:

Anonymous said...

Boleh aku join?

theriderinblack said...

Kalau nak join, no problem...Kita orang ni baru belajar berjinak-jinak dgn basikal.