Tuesday, September 22, 2009

Hari Raya di Kuala Gula






















Pada 22/09/09 iaitu pada Hari Raya ke 3, aku berkesempatan membawa 2 orang adikku ke Kuala Gula, Perak. Tujuan aku pada kali ini hanyalah untuk membuat tinjaun kalau-kalau pada suatu hari nanti aku mungkin akan ke sana dengan membawa rakan-rakan ku membuat ekspedisi di sana.

Sepertimana biasa, aku turut membawa basikal kesayanganku, Cannondale...semata-mata untuk mencari spot yang baik untuk menunggang basikal. Basikal kesayanganku itu diletakkan di bahagian kargo Toyota Hilux 'si black' yang comel dan cun
Perjalanan dari Kemunting, Taiping ke Kuala Gula tidaklah begitu sengsara kerana jalanraya iaitu jalan lama ke utara tidak begitu sibuk. Aku membelok masuk melalui Selinsing dan bermulalah perjalanan yang indah di mana kiri kanan jalan dihiasi dengan sawah padi dan kampung-kampung tradisional Melayu.
Tidak sampai sejam aku tiba di Kuala Gula dan terus menuju ke kompleks chalet bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Kuala Gula. Alamak nampaknya chalet di sini masih lagi dalam pembinaan dan terdapat beberapa orang pengunjung menikmati keindahan di sekitar kawasan chalet.
Memang sesuai kawasan Kuala Gula dijadikan sebagai kawan santuari burung kerana di sini aku dapati terdapat banyak beburung yang bebas berterbangan tanpa gangguan manusia. Antara burung yang dapat aku spot ialah burung lelayang, helang, camar dan puchong.
Aku harap di masa depan kawasan Kuala Gula ini akan terus dimajukan dengan lebih serius lagi oleh pihak berwajib. Mungkin inilah antara aset terpenting pelancongan negarea di masa hadapan....siapa tahu..!!!

1 comment:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya!!!!!!!!!