Pada hari Jumaat 12/12/2008 yang lalu, aku dan geng telah ke Lukut untuk mencuba nasib memancing di Sungai Lukut. Maklumlah sekarang ini musim hujan, agak menyukarkan sedikit untuk mengayuh tambahan pula geng-geng basikal tidak kudengar berita membuat kayuhan.
Kebetulan pula pada hari Jumaat air pasang penuh lebih kurang jam 6.00pm. Setelah semua persediaan dilakukan, aku dan geng telah membeli perumpun sebagai umpan untuk pertarungan kami nanti. Seperti biasa, aku membeli sedikit bekalan iaitu kuih muih di Pekan Lukut dan tepat jam 5.45pm barulah kami sampai ke lokasi memancing.
Semasa kami tiba di sana, telah pun terdapat 2 group pemancing mengambil tempat. Tanpa menghiraukan mereka, group aku telah memilih port yang dirasakan ada kemungkinan rezeki akan memuncak pada petang ini.
Dalam temph 15minit pertama, rakanku telah berjaya menaikkan ikan semilang dan sekali gus meerupakan orang pertama yang mendapat 'lesen' pada petang itu. Kemudian seorang lagi rakanku mendapat anak kerapu hantu yang kecil dan dilepaskan kembali.
Akhirnya aku sendiri telah berjaya menaikkan tetanda kecil,dan melepaskan kembali ke habitat asalnya kerana masih agak kecil.
Apabila hari mula mencecah maghrib, aku telah berjaya mendapat seekor senangin! Wah, memang aku happy betul kerana sudah lama tidak menaikkan senangin. Dengan hanya berbekalkan joran Daiwa dan kekili Daiwa, aku melayan tarikan senangin tersebut. Namun memang takdir telah menentukan bahawa aku telah berjaya memenangi pertarungan dengan senangin tersebut.
Sementara itu, aku terpaksa menghidupkan api dengan menggunakan bekas telur memandangkan kawasan tempat aku memancing ini memang terkenal dengan nyamuk dan agas. Mujur pada kali ini aku ada membawa jeket wind breaker adidas kesayanganku. Dengan jeket itu, dapaatlah sedikit aku menghadapi serangan nyamuk dan agak yang memang menggila.
Aktiviti aku pada hari ini ditamatkan jam 8.45pm apabila tarikan ikan telah mula kurang. Aku sendiri telah mula merasa bosan apabila tiada getuan ikan langsung. Namun apa yang amat gembira ialah aktiviti kali ini memang tidak menghampakan. Mungkin minggu hadapan, aku akan kembali bertarung di sini dengan umpan yang lebih menarik lagi.
Saturday, December 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam uncle Suran..saya ezzudden.Anak Dalela-Zul.tgh surf2..terjumpe blog nih..tak tau plak uncle suran blogger gak..;)
berbasikal di tahun baru asyik juga lho...
Haaa...suka-suka aje. Kekadang kita perlu mencurahkan sesuatu pandangan,idea atau apa-apa sahaja coretan sebagai suatu escapeism atau pun hanya sekadar luahan rasa dalam bentuk yang positif. Yanag pentingnya kita tidak menyusahkan orang lain, betul tak?
Post a Comment