Tarikh 28/12/2008, satu lagi hari bersejarah dalam catatan perjalanan sejarah warisan Lebai Kemala di Malaysia. Pada hari bersejarah ini pertemuan kedua semua waris Lebai Kemala telah diadakan di tempat yang sama sepertimana yang telah diadakan untuk kali pertama dahulu iaitu di Resort Tasik Raban, Lenggong Perak.
Pertemuan kali ini mempunyai erti yang tersendiri apabila waris Lebai Kemala dari Thailand dan Indonesia telah turut hadir untuk bersama-sama mengeratkan lagi perpaduan kekeluargaan yang semakin terpisah akibat dari perkembangan masa dan perubahan sosialogi semasa.
Aku sendiri merasa amat bangga sebaik sahaja sampai di laluan jalan masuk ke Resort Tasik Raban apabila terpandang sahaja kain rentang yang memaparkan wajah Lebai Kemala yang amat aku sanjungi. Terima kasih kepada mereka yang bersusah payah menganjurkan pertemuan bersejarah untuk kali ini.
Secara peribadi, aku dapat merasakan bertapa ruginya diri ini kalau aku gagal hadir dalam pertemuan bersejarah ini kerana kemungkinan aku tidak akan sempat untuk hadir di perhimpunan keluarga untuk kali ke III nanti...mana tahu jika umurku tidak panjang....
Walau demikian, aku amat bersyukur kepada Allah yang telah memberikan peluang kepada aku untuk turut serta dalam pertemuan kali ini. Allah telah memberikan aku kekuatan dan khususnya kepada semua waris keluarga yang dapat hadir, hanya kesyukuran yang dapat ku panjatkan ke hadrat Allah s.w.t. atas peluang yang telah diberikan kepada semua ahli waris yang dapat hadir pada kali ini.
Aku begitu terharu dapat berjumpa dengan waris dari Singapura terdiri daripada Abang Fadil, Abang Johari dan beberapa nama lagi kerana inilah kali pertama setelah hampir 32 tahun tidak bertemu muka! 36 tahun bermaksud kali terakhir aku bertemu muka dengan Abang Fadil ialah pada tahun 1976 ketika aku masih lagi bersekolah menengah di Taiping yang mana aku telah ditanya apakah alat muzik yang aku mainkan semasa mewakili brass band sekolahku. Aku masih ingat soalan itu. Turut hadir pada masa itu ialah Kak Bedah. Dan kenangan itu semakin bermain lagi di kepalaku.....persoalan seperti dalam lirik lagu Kumpulan Kopratasa, "Masihkah Kau Ingat."
Phuuhh...seronoknya bertemu para waris keluarga, dan semoga anda semua akan diberkati Allah s.w.t. ...insyaallah.
Thursday, January 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam..
sy cicit kpd pek teh, kakak kpd opah yang zaleha...
leh tnye...ade x blogspot yang khusus utk kumpulkan smua kturunan lebai kemala?
Setakat ni anda boleh layari http://warisanlebaikemala.blogspot.com.Boleh gunakan enjin pencarian Google. Hanya itu yang ada berkaitan dengan blog waris Lebai Kemala. Memang saya sendiri pun agak terhad masa untuk menumpukan sepenuh perhatian pada blog berkenaan. Anyway,amat gembira dapat berkenalan dengan seorang lagi waris Lebai Kemala.
Kalau anda mempunyai apa-apa cerita menarik atau artikel yang boleh dikongsi bersama oleh waris,sila emailkan kepada saya di theriderinblack@yahoo.com.my atau oscar2delta9@yahoo.com. Insyaallah bahan-bahan artikel itu nanti bakal menjadi rujukan khusus untuk semua ahli waris mengenalpasti identiti keturunan kita.
Post a Comment