Saturday, January 26, 2008
Life As The River Flows
Baru-baru ini, semasa membelek-belek buku di sebuah kedai buku yang terkenal di Seremban, aku telah terpandang sebuah buku yang bertajuk 'Life As The River Flows' karangan Agnes Khoo. Tanpa berlengah-lengah lagi aku terus membeli buku tersebut sebagai sebahagian daripada koleksi peribadi aku.
Buku ini bukanlah sebuah buku yang 'berat' untuk difahami sebaliknya ia hanya memaparkan kisan beberapa wanita di Singapura, Malaysia dan Thailand yang menentang kolonial British pada masa lalu. Tokoh-tokoh wanita yang menentang penjajah Inggeris itu semuanya memilih jalan dengan menganggotai Parti Komunis sebagai wadah perjuangan mereka.
Cerita-cerita yang diperolehi oleh pengarang buku ini adalah daripada temubual beliau sendiri dengan wanita-wanita terbabit. Sesuatu yang menarik ialah untuk kita menyelami hati setiap tokoh wanita terbabit mengapa mereka memilih jalan komunis sebagai wadah perjuangan mereka. Tokoh-tokoh wanita yang diceritakan pula pula bukan hanya berbangsa Cina, tetapi juga Melayu.
Kalau ingin mengetahu cerita lanjut tentang perjuangan wanita-wanita ini, silalah beli buku tersebut...hanya RM50.00 sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment