Thursday, May 29, 2008

WIRA YANG TERBILANG



South Korean boxer Choi Yo Sam declared dead
The Associated Press
Published: January 3, 2008

South Korean boxer Choi Yo Sam, who fell into a coma after winning his WBO intercontinental flyweight title fight last week, was declared officially dead early Thursday, a hospital spokesman said.


The declaration was made at 12:18 a.m. (1518 GMT Wednesday) as doctors stopped the flow of blood to Choi's heart and took him off life support, said Shin Dae Sung, a spokesman at Asan Hospital in Seoul, which received approval from Choi's family.


His heart, liver, both kidneys and both corneas were removed for donation to six patients awaiting transplants, Shin said.


A 58-year-old woman received Choi's liver in an operation Thursday at a hospital in Jeonju, 243 kilometers (151 miles) south of Seoul, her son said.
"I am very grateful to Choi and his family for making the hard decision," said Seol Dong Mok, the woman's son.


Choi's funeral was scheduled to be held Saturday, according to the Korea Boxing Commission.
On Wednesday, a hospital committee pronounced Choi brain dead after conducting a series of tests. He had been in a coma since shortly after winning the fight against Indonesian opponent Heri Amol in Seoul on Dec. 25.


The 33-year-old South Korean, a former world champion, was knocked down just before the end of the 12th and final round of the bout but got back up and was declared the winner on points before collapsing.
"He has lived a hard life," South Korea's Yonhap news agency quoted Oh Soon Hui, Choi's 65-year-old mother, as saying Wednesday after the declaration that he was brain dead. "I hope he has gone to a peaceful place."


Choi was the WBC light flyweight world champion from Oct. 1999 to July 2002, and fought for the WBA light flyweight world title in Sept. 2004.
The South Korean government said Thursday it would award a medal to Choi in recognition of the organ donation and victory in his last fight.


Kim Jong Min, South Korea's culture minister, was to deliver the award - given to people who develop sports in the country - to Choi's family members.


In 1982, South Korean lightweight Kim Duk Koo died four days after being knocked out by Ray "Boom Boom" Mancini in a WBA lightweight world title fight in Las Vegas. Kim was knocked out in the 14th round, prompting the WBC to reduce the length of its bouts from 15 to 12 rounds, with the other major sanctioning bodies following later.


Another South Korean fighter, bantamweight Lee Tong Choon, died of acute swelling of the brain in 1995, four days after losing consciousness following a Japanese title fight against Setsuo Kawamasu in Tokyo.


...............................................................


Seringkali kita mendengar kisah-kisah keperwiraan tentera di medan peperangan. Nama-nama tersohor seperti Rommel, Tomoyuki Yamashita, Gen. Collin Powell dan Salahuddin Al Ayyubi dikenang kerana keberanian dan sikap luarbiasa yang mereka pamerkan dalam setiap peperangan yang mereka sertai.


Namun amat jarang sekali kita mendengar tentang pengorbanan ahli sukan sehingga sanggup berkorban nyawa demi maruah negara mereka. Dalam hal ini banyak yang boleh kita pelajari dari athlit negara Korea Selatan.

Sepertimana petikan berita di atas, antara mereka yang terkenal kerana keberanian, sifat melawan dan atas nama maruah negara mereka, athlit Korea Selatan seperti Kim Duk Koo dan Choi Yo Sam telah sanggup berkorban nyawa demi maruah mereka. Kim Duk Koo adalah antara athlit yang saya sanjungi sejak dari bangku sekolah.

Saya masih teringat peristiwa pertarungan mendiang dengan peninju Amerika Syarikat, Ray "Boom Boom" Mancini. Sebelum pertarungan ini bermula pelbagai cara telah digunakan oleh peninju Korea Selatan ini untuk menurunkan berat badannya bagi membolehkan dia layak bertarung dalam kategori lightweight.

Pertarungan 15 pusingan dengan Mancini adalah pertarungan pertama dan terakhir Kim yang tidak pernah mengharungi pertarungan sebanyak 15 pusingan. Malahan sebelum pertarungan bermula dan beliau keluar dari bilik hotelnya, beliau telah menulis perkataan "membunuh atau dibunuh" di dinding biliknya.

Sebaik bermula sahaja pertarungan, Kim telah mengasak Mancini. Namun mungkin kerana kekurangan strategi dan sistem perlawanan, maka Mancini dapat melakukan tindakan-tindakan merbahaya yang boleh menewaskan Kim. Namun atas semangat ingin mempertahankan maruah negaranya, Kim tidak sanggup mengaku kalah. Dia tetap melawan seperti seekor harimau yang cedera.

Akhirnya pada pusingan ke 14, Kim telah rebah dan koma tidak sedarkan diri. Beliau kemudiannya telah menerima rawatan daripada pakar perubatan di Amerika Syarikat namun gagal. Keluarga Kim akhirnya telah membuat keputusan untuk membawa balik Kim untuk menerima rawatan di Korea Selatan. Namun akhirnya setelah 5 hari koma, ibu Kim terpaksa akur dan membenarkan para doktor membuka alat bantuan hayat dan seterusnya menamatkan hayat seorang wira yang dtangisi oleh ribuan rakyat Korea Selatan.


Nasib yang sama turut menimpa Choi Yo Sam. Wira ini juga telah meninggal dunia akibat pertarungan ketika bertemu dengan peninju Indonesia Heri Amol. Beliau telah rebah sebaik sahaja tamat perlawanan 12 pusingan yang diadakan di Korea Selatan itu.

Pada penilaian saya, saya masih tidak nampak lagi ahli sukan negara kita mempunyai semangat melawan sepertimana athlit sukan dari negara Korea Selatan. Semangat melawan dan semangat juang mereka begitu tinggi. Memang agak luar biasa sekali apabila melihat kepada semangat juang yang dipunyai oleh mereka.

Saya juga masih terkenang tentang athlit taekwon do Malaysia yang pernah dihantar berlatih di Korea Selatan pada era 90an dahulu telah merungut dan akhirnya dihantar balik ke tanah air kerana tidak tahan dirotan dan dibelasah semasa menjalani latihan di negara tersebut. Rasanya akhbar di negara kita pernah menjadikan topik ini sebagai topik utama dan menerima reaksi yang pelbagai dari masyarakat pembaca pada masa itu.

Sukan badminton negara yang beraksi di Piala Thomas baru-baru ini juga telah gagal mempamerkan semangan melawan dan semangat juang yang tinggi semasa kejohanan itu berlangsung di Indonesia. Saya amat kecewa dengan apa yang telah dipamerkan oleh mereka. Mengapakan masalah yang sama masih berulang kali berlaku....lemah dari segi mental!

Pasukan bola sepak negara kita juga menghadapi masalah yang sama malahan antara sukan yang paling nazak di negara kita pada hari ini. Saya telah menjadi bosan dengan apa yang telah mereka pamerkan. Malahan saya tidak dapat menerima hakikat kekalahan pasukan kita dengan pasukan bola sepak Maldives semasa kunjungan pasukan tersebut ke negara kita sebelum bermulanya temasya Sukan SEA di Chiang Mai tahun lalu.

Oleh itu, kita perlu menukar minda kita dan persepsi kita terhadap sukan di masa kini. Sudah lama maruah kita tercalar kerana prestasi kurang cemerlang athlit yang ada di negara kita. Belajarlah semangat dan daya juang dari negara Korea Selatan untuk kebaikan semua dan kembalikanlah maruah kita dalam bidang sukan di peringkat antarabansa. Janganlah kita asyik menjadi mangsa belasahan ahli sukan negara lain.



Posted by Picasa

Monday, May 12, 2008

BIGFOOT DAN INDUSTRI PELANCONGAN NEGARA

Bigfoot memang wujud - Abdul GhaniUtusan Malaysia, 12 Feb 2006

JOHOR BAHRU 11 Feb. - Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman hari ini mengesahkan, Bigfoot atau mawas memang wujud di dalam hutan negeri ini seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan.
Menurut beliau, pengesahan itu dibuat berdasarkan kepada sumber maklumat yang diperoleh daripada Orang Asli.
``Laporan tentang adanya Bigfoot di Johor memang betul. Ini berdasarkan sumber maklumat Orang Asli. Jadi laporan akhbar itu memang betul.
``Bigfoot ada di Johor dan Kosmo! ada di Johor,'' katanya memulakan ucapan pelancaran akhbar Kosmo! edisi Johor terbitan Kumpulan Utusan di Danga Bay, di sini hari ini.
Akhbar kompak edisi Johor itu menggunakan maskot Bigfoot sebagai gimik pelancarannya.
Menteri Besar berkata, beliau yakin dengan sumber Orang Asli itu memandangkan mereka mempunyai kebolehan untuk mengesan binatang termasuk Bigfoot berdasarkan jejak dan bau.
Kisah Bigfoot mula menjadi bahan percakapan umum apabila Penasihat Persatuan Alam Malaysia (MNS) Johor, Vincent Chow percaya haiwan yang selama ini dianggap mitos, benar-benar wujud ekoran beberapa insiden orang ramai
terserempak dengan makhluk itu.
Menurut beliau, antara kawasan hutan yang diyakini didiami binatang itu ialah di Tanjung Piai, Mersing, Kahang, Taman Negara Endau-Rompin dan Kota Tinggi.
Ekoran pendedahan itu, Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) telah mengadakan satu ekspedisi menjejaki haiwan gergasi itu di Hutan Simpan Sungai Madik, Kahang tetapi gagal menemui sebarang kesan kewujudannya.
Sejak itu, kisah kewujudan Bigfoot di negeri ini mula mendapat perhatian akhbar-akhbar tempatan dan luar negara malahan menjadi salah satu topik paling tinggi pencariannya di Internet.
Beberapa agensi berita asing mendakwa kerajaan Johor sengaja memperbesarkan isu kewujudan Bigfoot bagi menarik perhatian pelancong mengunjungi negeri itu dan mendakwa ia sebagai gimik ketika filem King Kong ditayangkan di seluruh dunia.
Baru-baru ini, Abdul Ghani mengumumkan cadangan penubuhan pasukan yang terdiri daripada para pakar binatang tersebut untuk menjalankan penyelidikan, pengesanan dan penjejakan Bigfoot.
``Pasukan tersebut bertujuan mencari lokasi sebenar Bigfoot berada dan kemudian menghantar satu lagi pasukan untuk mengesan dan menjejakinya,'' kata beliau.


Begitulah antara berita menarik berhubung dengan penemuan bigfoot di Johor. Saya bukan hendak mengulas tentang benar atau tidaknya wujud bigfoot di Johor tetapi apa yang hendak saya ketengahkan ialah apakah kita benar -benar dapat mempergunakan kesempatan berita penemuan bigfoot itu untuk menyebarkan kepada dunia tentang peluang mengembangkan industri pelancongan di negara kita.

Sehingga ke hari ini saya masih tidak lagi mendengar berita dari Johor tentang bigfoot. Bukan hendak merendahkan sesiapa, tetapi kalaulah perkara ini berlaku di Thailand, sudah lama pihak mereka akan memanipulasikan keadaan ini untuk menarik lebih ramai lagi pelancong terutamanya dari barat untuk datang melancong di sana. Saya pasti mereka akan berhabis habisan mempromosi pelancongan di tempat mereka termasuklah dengan mengadakan apa-apa infrastruktur yang perlu yang mempunyai perkaitan dengan bigfoot itu. Di sinilah kita tertewas dengan negara jiran kita itu.

Saya pernah ke Thailand dan mendapati industri pelancongan di sana amat advance dan jauh meninggalkan kita kebelakang. Sebagai contohnya kalau kita lihat di pantai-pantai peranginan mereka seperti sepanjang jalan dari Songkhla hingga ke Prachuan Khiri Khan di Selatan, terlalu banyak resort telah didirikan semata-mata untuk memenuhi keperluan pelancong-pelancong terutamanya dari barat. Perkara ini tidak kedapatan di negara kita.

Malahan di setiap resort itu, telah dibangunkan industri sampingan seperti kraftangan, sukan dan rekreasi, kesenian, kebudayaan dan sebagainya. Inilah yang perlu kita contohi agar negara kita akan maju dalam bidang pelancongan. Sewajarnya kita semua berbangga dengan anugerah alam kepada kita semua, pergunakan anugerah itu untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Semasa kunjungan saya ke Cameron Highlang awal tahun ini, saya amat tertarik dengan saranan rakan saya yang saya sendiri pun tidak pernah terfikir. Saya dan rakan telah masuk ke hutan untuk jungle trekking. Sesampai sahaja saya di kemuncak satu bukit yang telah saya lupa namanya, saya bertanya kepada rakan saya itu adakah tempat ini cantik dan menarik? Rakan saya itu bersetuju bahawa memang tempat yang kami sampai itu amat menarik pendangannya. Saya kemudiannya bertanya kepada rakan saya itu tadi apakah perkara yang boleh dilaksanakan di kemuncak itu untuk tarikan pelancong. Dengan selamba beliau menjawab kita boleh mengusahakan jualan kopi panas untuk pelancong!

Saya terasa hendak ketawa kerana idea yang dibawa oleh rakan saya itu nampak amat tidak lojik dan melucukan. Namun apabila rakan saya itu memberitahu bahawa semasa lawatannya ke banjaran Himalaya beberapa tahun dahulu, ia telah berjumpa dengan penduduk yang berniaga kopi panas di kemuncak gunung yang jauh dari perkampungan. Malahan kopi panas tersebut diniagakan dengan menggunakan US Dollar! Wah ini sudah dikira satu idea yang menarik. Cuba bayangkan seorang penduduk kampung yang tidak berpelajaran boleh menjual kopi panas di kemuncak Himalaya, menarik bukan.

Itulah sebabnya saya suka kepada mereka yang banyak mengembara kerana mereka ini telah berjumpa dengan pelbagai pengalaman yang tidak pernah dialamai oleh kita. Saya tabik kepada mereka ini dan atas hormat saya kepada mereka inilah , saya mempunyai keazaman untuk menggunakan masa yang saya ada untuk menjelajahi negara-negara yang belum pernah saya pergi.

MEREKA YANG BERHATI WAJA-AMELIA EARHART


Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang wanita yang lahir pada 24 Julai, 1898 ini. Wanita ini adalah Amelia Earhart, seorang wanita lulusan dari Chicago's Hyde Park High School pada tahun 1916. Earhart adalah wanita pertama lulus dari Curtiss School of Aviation dan kemudiannya telah melakukan penerbangan solonya yang pertama pada 1921.

Pada tahun 1922, dengan bantuan daripada bapanya, beliau telah membeli sebuah sport biplane (kapalterbang sayap kembar) dan menggunakan pesawat itu mencipta sejarah dalam dunia aviation dengan mencipta rekod ketinggian 14,000 kaki iaitu wanita pertama yang terbang dengan ketinggian tersebut.

Pada tahun 1932 beliau telah memecahkan rekod penerbangan jelajah benua tanpa henti iaitu dari Los Angeles, California ke Newark, New Jersey sejauh 2448 batu dalam masa 19 jam, 7 minit dan 3 saat! Pada tahun 1935 pula beliau menjadi orang pertama yang melakukan penerbangan solo dari Hawaii ke California.

Earhart kemudiannya telah dilantik sebagai Kaunselor Jemputan oleh Universiti Purdue. Pihak universiti kemudiannya telah melancarkan satu tabung khas untuk membuat penyelidikan dalam bidang aeronautical. 50,000 dollar telah disumbangkan kepadanya untuk membuat pengubahsuaian terhadap pesawat Lockheed Electra bagi membolehkan pesawat ini mengisi bahan bakar sebanyak 1204 gelen dan boleh melakukan penerbangan sejauh 4,500 batu.

Pesawat Lockheed Electra inilah merupakah pesawat terakhir yang dinaiki oleh Earhart dalam misi mengelilingi dunianya apabila pesawat ini telah hilang dalam penerbangan dan menjadi misteri sehingga ke hari ini. Di manakah pesawat ini mengalami kecelakaan masih disiasat sehingga kini. Namun yang pastinya , kejadian ini telah meletakkan nama Amelia Earhart sebagai wanita berani yang berhati waja.




Posted by Picasa

KITA PERLU BERHATI WAJA

Melihat kepada foto di bawah, kita tabik dan angkat topi kepada wanita bernama Amanda itu. Saya angkat topi tanda hormat kerana seorang wanita barat sanggup berbasikal beribu-ribu batu jauh dari tanah tumpah darahnya untuk mengembara dan mencari pengalaman hidup. Cuba bayangkan kesusahan yang terpaksa dihadapi oleh wanita ini untuk meredah perjalanan yang jauh dengan hanya berbasikal.

Apakah kita mampu melakukan sertimana yang dilakukan oleh wanita ini? Saya amay mengkagumi orang -orang seperti ini. Mereka inilah yang sepatutnya menjadi idola anak muda kita, bukan hanya meniru membabi buta terhadap budaya-budaya tidak sihat yang berada di sekeliling mereka.
Aku juga mempunyai rakan bernama MAN yang aku rasakan adalah seorang gadis yang amat berani. Aku angkat topi kepada dia kerana keberaniannya mengembara di Nepal, Indo-China, Indonesia dan Eropah. Kecekalan gadis itu membuatkan aku rasa tercabar. Bagaimana seorang gadis boleh mengembara ke sana ke sini berbekalkan keazaman yang kuat dan semangat yang membara.
Atas perasaan seperti dicabar itulah aku nekad akan melakukan pengembaraan sepertimana yang mereka lakukan bagi mencari pengalaman yang kelak akan membantu aku menjadi seorang manusia yang tabah dan berani. Aku sanggup menyerahkan diriku kepada takdir agar diriku bisa berjalan seiring dengan takdirku. Adakah kita hanya bergantung kepada takdir semata-mata untuk berjaya? Fikirkanlah....
Posted by Picasa

WANITA UMPAMA RAMA RAMA

Memang tuhan menjadikan wanita itu cantik. Cantiknya umpama rama-rama. Siapalah yang tidak terpegun dengan kecantikkan rama-rama. Jika ada taman-taman bunga yang tidak dihiasi oleh rama-rama, maka akan muramlah taman itu, hilang seri, hilang cerianya. Walaupun bertubuh kecil, namun rama-rama tetap menarik perhatian.
Tidak kira tua, muda, kecil atau besar, semua manusia tetap kagum dengan keindahan rama-rama. Paling romantis jika keindahan rama-rama itu dinikmati oleh pasangan yang bercinta. Keasyikan dalam bercinta menambah khayalan si uda dan dara. Rama-rama yang riang berterbangan umpama permata di udara, terbang bebas tanpa batasan.
Namun jika diusik si rama-rama itu, dipegang dan diawet untuk dipertontonkan dalam frem kaca, maka akan hilanglah pesona indahnya.Tiada lagi ceria. Lenyaplah keriangan. Begitulah juga wanita muda jelita, jika telah ternoda diusik oleh tangan-tangan yang rakus, akan hilanglah nilai sebenar kejelitaan wanita itu.
Wanita yang hilang kewanitaannya adalah umpama rama-rama yang telah patah sayapnya. Oleh itu , peliharalah kewanitaan itu agar ia telah menceriakan alam ciptaan tuhan ini.
Posted by Picasa

Sunday, May 11, 2008

HARGAILAH NIKMAT KURNIAAN TUHAN


walaupun nikmat itu hanyalah beberapa titisan air
namun ia tetap anugerah besar dari Ilahi
yang tidak terperi untuk kesinambungan kehidupan
terima kasih tuhan....untuk nikmat kurniaanmu itu

(foto dari sahabatku MAN )
Posted by Picasa

SELAMAT HARI JADI MIMI

Kasih seorang ayah kepada anaknya. Inilah buah hatiku Emyly Nadia Syafinaz, 10 tahun. Pada 10/05/2008 yang lalu, aku mengambil kesempatan membawa anakku Emyly ke pasir Penambang, Kuala Selangor untuk meraikan sambutan harijadinya yang ke 10. Walaupun hari jadi Mimi sepatutnya jatuh pada 14/05/2008, namun aku terpaksa mempercepatkannya kerana aku tidak pasti bolehkah aku menghadiri harijadinya pada tarikh 14/05/2008 nanti. Maklumlah kami tidak tinggal bersama, aku di Seremban dan Mimi di Klang.

Namun walaupun begitu, kasih sayangku yang amat mendalam menjadikan jarak kami berdua bukanlah penghalang yang besar. Semoga Mimi akan menjadi manusia yang berguna apabila besar kelak. Selamat hari jadimu sayang....
Posted by Picasa

BERAKSI DI BAGAN LALANG

Pada 11/05/2008 yang lalu, aku bersama dengan sahabatku Ari telah mencuba jentera kami iaitu Aprilia Pegaso Strada dan Kawasaki Versys dari Klang ke Bagan Lalang, Sepang Selangor. Tujuan aku ke sana bukanlah hanya untuk bersuka-suka sahaja tetapi adalah sebagai persediaan untuk aku dan sahabatku itu memanaskan badan sebelum kami memulakan perjalanan bermotosiakl ke Thailand yang dijangkakan pada bulan Jun 2008 ini nanti.

Perjalanan dimulakan pada jam 0730 hrs dari stesyen Petronas Johan Setia, Jalan Banting, Klang dan sampai pada jam 0800hrs pada jarak lebih kurang 80km. Sepanjang perjalanan, aku dan Ari tidak banyak memecut sebab tujuan kami hanyalah untuk memanaskan badan sahaja.

Apa yang menyenangkan ialah perjalanan ini menjadi lancar dan tidak banyak kenderaan yang lalu lalang semasa perjalanan aku ini bermula. Cuma di beberapa lokasi sekitar dari Pantai Morib ke Bagan Lalang terdapat beberapa kawasan yang mempunyai bau busuk dari pusat peliharaan babi yang terdapat di sepanjang jalan yang kami lalui.
Sebaik sahaja sampai di Bagan Lalang, aku dan sahabatku lantas mencari 'port' untuk kami menjamu selera. Mujur ada gerai di tepi pantai yang menjual sarapan pagi. Aku dan Ari lantas memesan makanan dan minuman kegemaran kami, roti telur dan teh tarik kurang manis. Beberapa orang pengunjung gerai asyik memerhatikan kami berdua sahaja. Mungkin mereka tertarik dengan motosikal dan pakaian yang kami pakai. Maklumlah bukan selalu ada manusia yang datang dengan bermotosikal besar seperti yang aku dan Ari lakukan.

Aku amat berharap agar perjalanan ini akan menjadi satu panduan berguna untuk kami berdua apabila memulakan perjalanan ke Thailand dan Indonesia dengan bermotosikal nanti. Keadaan motosikal kami yang tip-top memungkinkan perjalanan akan datang menjadi lebih licin dan sempurna. Thailand....kami akan mengunjungimu di sana....
Posted by Picasa

KEINDAHAN MENCENGKAM KALBU

Ku dedikasikan keindahan ini buat sahabatku MAN yang berada di perantauan...Aberdeen, Scotland

Ah....sesekali aku menatap gambar ini
terasa jiwaku terubat
kreativiti manusia bergabung dengan anugerah Tuhan
bersatu dalam sebuah lukisan alam
di persada maya memukau jiwa
keindahan itu bukan milik sesiapa
hak itu adalah untuk semua
tanpa mengira batas bangsa, ugama, usia
atas nama kemanusiaan sejagat
ia milik kita bersama
bicara alam pada keindahan
adalah rayuan umpama sang kekasih
mencintai dan dicintai
dalam satu suara dan satu nada
untuk keabadian selamanya


(Moga tuhan sentiasa melindungi MAN dan aku ucapkan terima kasih atas foto indah darimu semasa kembaramu di Bali, Indonesia pada tanggal April 2008)
Posted by Picasa

Friday, May 9, 2008

KEKANG JENAYAH...MASYARAKAT PERLU BERUBAH

Saban hari di dada akhbar dan berita tv memaparkan kejadian jenayah semasa yang berlaku baik di dalam mahupun di luar negara. Malahan paparan yang pertontonkan kepada masyarakat banyak memberikan kita ruang untuk berfikir ke arah manakah hala tuju masyarakat Malaysia pada hari ini. Adakah sistem pendidikan dan sistem masyarakat kita pada hari ini telah menunjukkan kegagalan?

Sebagai seorang rakyat yang prihatin terhadap isu-isu keselamatan, saya berpendapat sudah sampai masanya kita kita semua menggembeling tenaga ke arah mewujudkan suasana selamat bukan sahaja untuk diri kita dan keluarga kita sahaja tetapi juga untuk keseluruhan masyarakat yang tinggal di bumi Malaysia ini.

Persoalannya sekarang adakah masyarakat kita benar-benar serius dalam usaha ke arah memerangi jenayah? Kalau ada pun perasaan benci kepada jenayah dan penjenayah, adakah apa-apa usaha proaktif diambil ke arah itu ?

Berdasarkan kepada pengalaman saya, saya berpendapat penjenayah hanya akan melakukan jenayah seandainya mereka diberi peluang atau kesempatan ke arah itu. Kita tidak menyedari bahawa ada tindakan-tindakan kita yang boleh mengundang penjenayah melakukan jenayah. Contohnya salah satu daripada kes jenayah harta benda yang paling banyak berlaku adalah kecurian kenderaan. Cuba kita pergi ke tempat letak motosikal di pusat-pusat beli belah yang bertaburan di bandar-bandar besar. Adakah semua motosikal yang diletakkan itu mempunyai kunci tambahan? Mengapa motosikal yang dibeli dengan harga ribuan ringgit tidak dikunci dengan sempurna dengan menggunakan kunci tambahan yang beharga tidak sampai RM100?

Demikianlah juga dengan bantuan kita dari segi penyaluran maklumat kepada pihak Polis. Berapa ramaikah di antara kita yang benar-benar rasa bertanggungjawab untuk menyalurkan maklumat kepada pihak Polis bagi membantu mereka memerangi jenayah? Saya amat memahami tugas dan tanggungjawab pihak Polis amat berat untuk menangani masalah jenayah ini. Tetapi dengan adanya anggota masyarakat yang membantu siasatan seperti memberikan maklumat -maklumat terperinci, saya rasa tugas Polis aka menjadi lebih senang dan berkesan.


Saya juga amat tertarik dengan beberapa perkara yang diamalkan di Eropah. Kanak-kanak kecil sentiasa dididik agar berhati-haati terhadap orang-orang yang tidak dikenali.Malahan anak-anak kecil di Amerika juga telah tahu untuk mendail nombor talian kecemasan sekiranya ada berlaku apa-apa perkara yang mencurigakan. Sedangkan kita di negara ini saya rasa masih tertinggal aspek seperti yang telah saya katakan tadi.

Memandangkan bilangan penduduk semakin bertambah dari hari ke sehari, ini secara langsung juga akan memberikan kita isyarat bahawa bilangan jenayah juga akan terus meningkat dari masa ke semasa. Oleh yang demikian itu, sudah sampai masanya untuk kita bersama-sama sedar dan mula bekerja sama dengan polis sekiranya kita tahu apa - apa maklumat yang boleh membantu ke arah penyelesaian kes. Simpanlah nombor telefon balai polis berhampiran untuk memudahkan kita menghubungi polis sekiranya ada berlaku sesuatu kejadian jenayah di depan mata kita.

Mulakanlah kerjasama kita memerangi jenayah dari komuniti yang kecil seperti kawasan perumahan atau sektor-sektor rukun tetangga. Jalinlah hubungan baik sesama jiran agar keakraban itu akan dapat melahirkan masyarat Malaysia yang lebih prihatin dalam isu-isu keselamatan dan kesejahteraan kita semua.
Posted by Picasa