Sunday, May 11, 2008

BERAKSI DI BAGAN LALANG

Pada 11/05/2008 yang lalu, aku bersama dengan sahabatku Ari telah mencuba jentera kami iaitu Aprilia Pegaso Strada dan Kawasaki Versys dari Klang ke Bagan Lalang, Sepang Selangor. Tujuan aku ke sana bukanlah hanya untuk bersuka-suka sahaja tetapi adalah sebagai persediaan untuk aku dan sahabatku itu memanaskan badan sebelum kami memulakan perjalanan bermotosiakl ke Thailand yang dijangkakan pada bulan Jun 2008 ini nanti.

Perjalanan dimulakan pada jam 0730 hrs dari stesyen Petronas Johan Setia, Jalan Banting, Klang dan sampai pada jam 0800hrs pada jarak lebih kurang 80km. Sepanjang perjalanan, aku dan Ari tidak banyak memecut sebab tujuan kami hanyalah untuk memanaskan badan sahaja.

Apa yang menyenangkan ialah perjalanan ini menjadi lancar dan tidak banyak kenderaan yang lalu lalang semasa perjalanan aku ini bermula. Cuma di beberapa lokasi sekitar dari Pantai Morib ke Bagan Lalang terdapat beberapa kawasan yang mempunyai bau busuk dari pusat peliharaan babi yang terdapat di sepanjang jalan yang kami lalui.
Sebaik sahaja sampai di Bagan Lalang, aku dan sahabatku lantas mencari 'port' untuk kami menjamu selera. Mujur ada gerai di tepi pantai yang menjual sarapan pagi. Aku dan Ari lantas memesan makanan dan minuman kegemaran kami, roti telur dan teh tarik kurang manis. Beberapa orang pengunjung gerai asyik memerhatikan kami berdua sahaja. Mungkin mereka tertarik dengan motosikal dan pakaian yang kami pakai. Maklumlah bukan selalu ada manusia yang datang dengan bermotosikal besar seperti yang aku dan Ari lakukan.

Aku amat berharap agar perjalanan ini akan menjadi satu panduan berguna untuk kami berdua apabila memulakan perjalanan ke Thailand dan Indonesia dengan bermotosikal nanti. Keadaan motosikal kami yang tip-top memungkinkan perjalanan akan datang menjadi lebih licin dan sempurna. Thailand....kami akan mengunjungimu di sana....
Posted by Picasa

No comments: