Hari ini 17 Januari 2009 merupakan hari penting dalam kalendar politik Malaysia kerana pada tarikh inilah berlangsungnya PRK P36 Kuala Terengganu. Banyak pihak terutamanya media akanbertumpu bertumpu di Kuala Terengganu untuk mendapatkan berita terkini Ppilihanraya kecil itu.
Sebagai seorang yang meminati hal ehwal semasa, saya dapat melihat trend kempen yang telah dipamerkan oleh kedua-dua pihak, BN dan Pakatan Rakyat. Seperti biasa, BN nampaknya telah mula berani melaksanakan perubahan dengan meniru gaya Pakatan Rakyat iaitu menggunakan media internet sama ada untuk membalas serangan PR khususnya PAS disamping melaksanakan peperangan siber terhadap PR.
Inilah yang dikatakan sebagai perubahan dalam strategi peperangan di zaman yang serba canggih ini. Nampaknya sebelum ini ramai pemimpin-pemimpin BN yang telah tidue lena dan tidak sedar atau mungkin juga tidak memperdulikan kaedah peperangan cara ini mungkin kerana sibuk dengan krisis dalaman, lalai, leka atau mungkin sengaja malas hendak berubah. Kerana ketinggalan dari segi kempen menerusi internetlah 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum 2008.
Dalam keadaan kekalahan PRU 2008 itu, Perdana Menteri dalam wawancara dengan RTM di malam keputusan pengundian tersebut menyatakan bahawa BN telah menang besar sedangkan hakikatnya tidak! Bagi saya ini adalah kekalahan sepertimana kita kalah dalam perebutan Pulau Batu Putih! Terima hakikat kekalahan itu! Bukannya "Win-Win Situation."
Berbalik semula kepada persoalan perubahan itu, memang tidak dinafikan bahawa negara kita masih dibelenggu oleh pemimpin-pemimpin yang "beku" dan tidak mahu mengakui kelemahan dan tidak ingin berubah. Mereka mungkin lupa bahawa mereka telah gagal berubah lantas menyebabkan golongan muda yang menjadi angkatan penentu hala tuju negara bosan terhadap pemimpin-pemimpin ini.
Kita perlu menerima hakikat bahawa perubahan itu tetap datang dan pergi sepertimana pemimpin itu juga. Perubahan datang walau tak diundang dan perubahan juga pergi walau tak dihalau. Fahami hakikat ini. Mahu atau tidak mahu, perubahan tetap akan datang. Tiada satu pun di dunia ini yang kekal. Semuanya akan berubah. Hanya mereka yang jahil sahaja tidak mahu berubah.
Al-Quran dahulunya ditulis atas daun, tulang belulang dan kulit. Kemudiannya barulah ia ditulis di dalam buku sepertimana yang didapati sekarang dan dalam dekad ini Al-Quran telah memasuki era baru apabila ia boleh didapati dalam bentuk CD atau boleh diperolehi terus menerusi internet. Itu juga menunjukkan perubahan itu tetap akan datang!
Berbalik semula kepada PRK Kuala Terengganu, saya dapati trend serangan media arus perdana terhadap Pakatan Rakyat benar-benar menggila dan masih seperti dahulu juga. Ini menjadikan saya muak untuk membaca atau mendengar berita dari sumber tersebut. Beberapa org kawan yang berjumpa saya ketika sesi teh tarik di kedai mamak juga menyatakan perkara yang sama. Mereka meluahkan bahawa mereka terasa hilang semangat dan meluat dengan tindakan melampau media arus perdana berkempen secara bergitu.
Ini seharusnya disedari oleh pelbagai pihak bahawa kempen keterlaluan ini akan menyebabkan masyarakat meluat dan objektif sebenar untuk memancing undi pengundi di Kuala Terengganu akan gagal dan seterusnya akan mengagalkan BN untuk mengealkan kerusi Parlimen Kuala Terenganu.
Dalam hal berubah ini juga kita perlu menyeddari bahawa keadaan ekonomi global sekarang ini sedang memasuki zaman kemelesetan yang teruk. Di Eropah dan Amerika, ribuan pekerja telah hilang pekerjaan. Banyak industri telah ditutup ekoran kemelesetan ini. Ini amat berbeza sekali dengan keadaan di Malaysia sekarang ini. Pemimpin-pemimpin negara masih mendendangkan lagi palsu bahawa ekonomi negara kita masih stabil dan baik malahan dikatakan negara kita tidak menghadapi masalah ekonomi yang serius!
Masyaallah, terimalah hakikat dan realiti. Kuasa-kuasa ekonomi dunia sedang menghadapi masalah ekonomi yang kritikal tetapi negara kita Malaysia dikatakan tiada masalah ekonomi, betulkah begitu? Apakah petua atau apakah sihir yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin negara sehingga dikatakan negara kita langsung tidak menghadapi masalah ekonomi?
Saya suka memetik tulisan Saudara Kamal Amir dalam Malaysia Today pada 16 Januari 2009:
Tengahari tadi bertempat di Hotel Istana, mantan Menteri Kewangan dan Menteri Perdangan Antarabangsa Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi mendesak agar pimpinan kerajaan “bercakap benar” serta menginsafi bahawa gelombang “tsunami” ekonomi semakin menghampiri melanda negara ini.
Dalam nada penuh serious beliau mengungkapkan :-Marilah kita bermula dengan mengakui bahawa kita tidak akan terlepas daripada kesan krisis ekonomi global ini. Para pemimpin kita boleh merosakkan kredibiliti kerajaan apabila mereka cuba menggambarkan suatu realiti lain bagi kita. Saya sedar bahawa kita tidak mahu menakutkan atau menggemparkan pasaran kita dan para pengundi tetapi kita tidak hidup dalam dunia maklumat buih. Hanya orang yang benar-benar jahil akan berpura-pura bahawa keadaan kita di negara ini semuanya baik-baik belaka manakala dunia lain seluruhnya sedang menghadapi apa yang disebut oleh Jeffery Sachs “ekonomi dunia yang sedang berada di ambang malapetaka yang belum pernah berlaku sebelumnya”.
Para pemimpin yang tidak mengakui wujudnya krisis yang serius ini haya akan menimbulkan syak di kalangan rakyat bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyai apa-apa idea untuk menangani krisis itu. Mereka boleh merosakkan kredibiliti kerajaan sedangkan kredibiliti itu, yakni keyakinan, adalah merupakan isu utamanya. “Kita perlu memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi asas kita, terhadap kepimpinan kita, terhadap peraturan undang-undang dan terhadap Perlembagaan negara kita. Pendek kata, kita perlu memulihkan keyakinan orang terhadap Malaysia. Hal ini penting untuk kemajuan ekonomi negara.Keyakinan yang sebanarnya adalah harapan yang berdasarkan kesediaan dan kebolehan kita untuk memahami kebenaran.
Negara tidak lagi dapat bergantung pada politik yang terpisah daripada realiti dan pada kerajaan yang telah melupai tujuan dan matlamatnya. Kita perlu membaharui corak kepimpinan negara – ini merupakan langkah pertama dalam usaha kita untuk memulihkan keyakinan terhadap negara ini.Statistik ekonomi hanya merupakan petunjuk tentang kegiatan dan harapan masyarakat Malaysia yang sedang kita bina; ini bererti bahawa membina ekonomi and membina negara dan mewujudkan kerajaan yang baik dan jujur, bukanlah matlamat yang dapat dicapai secara terpisah-pisah tetapi hendakkah bersepadu. Membangkitkan keyakinan samalah ertinya dengan memberi tenaga baru kepada projek membina Malaysia.
YTM Tengku Razaleigh Hamzah dengan jelas telah menyentuh tentang keadaan sebenar yang berlaku ke atas pemimpin-pemimpin sedia ada sekarang. Kenapa mereka perlu takut mengakui hakikat sebenar yang berlaku. Kenapa perlu mereka menipu rakyat dengan fakta yang tidak betul.
Seperti yang telah saya sebutkan di awal tadi, kita semua perlu kembali ke realiti sebenar. Kita perlu terima hakikat supaya kita dapat menggembeling tenaga untuk menjadikan negara kita terus stabil dari segi ekonomi dan politik. Pemimpin perlu menghormati pandangan pihak-pihak lain. Lupakan tentang kepentingan diri dan konco-konco. Kembali semula ke pangkal jalan. Kita masih ada perjalanan yang amat jauh dan panjang
Ingatlah bahawa sejarah akan menjadi saksi atas apa yang pemimpin-pemimpin lakukan. Janganlah hendaknya ada pemimpin akan dihina, dicemuh dan dibenci sepanjang zaman kerana kegagalan membawa perubahan terhadap negara Malaysia. Mari kita bina negara yang lebih cemerlang.
Friday, January 16, 2009
Thursday, January 15, 2009
MAAFKAN AKU ANAK-ANAK PALESTINE
Selamat pagi wahai anak-anak Palestin
Adakah ayah ibu kamu masih bersama kamu?
Atau adakah saudara mara kamu masih bersama kamu?
Adakah kamu telah bersarapan pagi ini?
Atau adakah kamu masih menanggung kelaparan sejak semalam?
Maafkan aku anak-anak Palestine
Kerana sekarang jam 1150 pagi waktu Malaysia
Aku telah kelapran kerana belum bersarapan lagi
Izinkan aku bersarapan terlebih dahulu
Walaupun aku amat malu dan hina rasa
Kerana masih boleh bersarapan dengan aman
Maafkan aku anak-anak Palestin
Kerana aku sedang menghadap sarapan pagiku
Secawan mee segera bertulis SUPER INSTANT CUP NOODLES CURRY FLAVOUR
Atau Mee Segera Cawan Perisa Kari seberat 65 gram
Yang kandungannya ialah tepung, minyak sayuran,garam dan serbuk perisa
Maafkan aku anak-anak Palestine
Aku mahu berkongsi sarapan denganmu
Namun tiada aku terdaya kerna jarak memisahkan kita
Mungkin akan ada nanti kaum bangsa Arab
Akan berkongsi sarapan dengan mu
Sebelum peluru dan bom Zionis meragut hayat
Maafkan aku anak-anak Palestine
Kerana aku berada dalam pejabat berhawa dingin
Sedang kau di bawah runtuhan bangunan
Menanti nasib yang bakal tidak tentu
Maafkan aku....

DUA WAJAH DUNIA ARAB: PALESTINE DIPINGGIRKAN
Perhatikan gambar mewah di atas ini. Ini adalah pemandangan sebuah restoran mewah di Bandaraya Dubai, Vivaldi Italian Restaurant. Restoran ini menjadi tempat kunjungan Tok Sheikh Arab yang kaya raya menghabiskan masa mereka minum dan mabuk. Inilah dia lambang salah satu daripada kemegahan yang terdapat di Bandaraya Dubai.
Gambar di bawah ini pula adalah pemandangan dalam sebuah keluarga Palestine yang sedang makan malam dengan hanya bercahayakan lilin di atas lantai. Inilah realiti sebenar sebuah keluarga Palestine yang sedang dalam azab sengsara ditindas oleh regim Zionis di Gaza. Cuba bayangkan anak-kenal kecil yang masih tidak kenal dunia ini terpaksa makan dalam keadaan yang amat sukar kerana hanya pada bila-bila masa sahaja nyawa mereka boleh melayang.
Gambaran seperti ini memanglah sesuatu yang amat menyakitkan hati dan mengguris naluri kita kerana sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, rakyat kita mati-matian bersimpati dengan rakyat Palestine yang tinggal ribua kilometer dari negara kita. Tetapi alangkah malangnya kerana saudara seagama yang tinggal di kawasan yang hampir sama dengan bumi Palestine tergamak membiarkan saudara seagama mereka dalam keadaan yang daif dan azab menanggung kezaliman oleh kuasa-kuasa Zionis dan Amerika.
Jika kita perhatikan gambar pusat beli belah di bawah ini tyang terdapat di Dubai, cuba perhatian kain banting yang tergantung di sebelah kiri gambar. Tertera tulisan Banana Republic dan Old Navy. Inilah nama barang-barang yang perlu diboikot oleh umat Islam kerana mempunyai kaitan langsung dengan Israel. Tetapi umat Arab di Dubai sendiri pun tidak peka terhadap saranan untuk memboikot produk dan perkhidmatan dari negara Yahudi itu. Oleh itu amat jelas sekali bahawa umat Arab sendiri tiada mempunyai persepakatan untuk memerangi regim Zionis di bumi Arab!
Bukanlah sesuatu yang menghairankan jika kita perhatikan gambar keluarga Palestine seperti di bawah. Cuba perhatikan betapa mereka itu dalam keadaan yang amat memerlukan bantuan kita. Rumah perlindungan mereka telah dibom oleh tentera Zionis dan segala keperluan hidup mereka telah dimusnahkan. Inilah mangsa yang sepatutnya kita bantu.
Kita perlu bersyukur kerana Allah masih sayang kepada kita dan tidak menurunkan bala yang boleh menyebabkan kita berada dalam kedaifan. Andai Allah berkehendakkan bala diturunkan, dalam sekelip mata pun semuanya akan berlaku.
Ingatan kepada umat Arab, BANGUNLAH DARI LENA KAMU YANG PANJANG!!!

KUIZ PALESTINE 1
PERHATIAN:
KUIZ INI DITAJA OLEH RESIDEN GAZA CITY DAN HADIAH DITAJA OLEH SYARIKAT-SYARIKAT DALAM SENARAI BOIKOT!!! JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!!
Soalan 1.
Empat - banyak banyak
Tiga - sedikit sedikit
Dua - jarang jarang
Satu - kadang kadang...
Pilihan jawapan:
A. Pemimpin Arab
B. Unta
C. Korban rakyat Palestine
D. Tasbih Tok Arab
Soalan 2.
Ada 2 orang manusia. Kedua duanya pakai pakaian yang sama jenis, sama warna dan sama saiz. Soalannya yang manakah Arab dan yang manakah Yahudi Zionis?
...ha ha ha...ambik kau!!! Jawab, jangan tak jawab.
Soalan 3.
Ada dua batang kayu. Yang manakah kayu Arab dan yang manakah kayu Zionis Yahudi.
...debuk!!! sebijik lagi soalan maut.
JAWAPANNYA ADA DI DALAM KUIZ PALESTINE 2. NANTIKANNYA...JENG...JENG..JENG...

FREE PALESTINE - PERJALANAN YANG MASIH PANJANG
SELAMAT PAGI TOK SHEIKH-TOK SHEIKH ARAB YANG LENA!!!
Wahai pemimpin-pemimpin Arab yang masih lena
ketahui olehmu bahawa bumi Palestine masih basah
hujan darah dibumi itu masih tiada noktahnya
jeritan anak-anak dan wanita Palestine itukah lagu yang melenakan kamu?
atau deruan jet dan letupan bom Yahudi itu irama muzik mengasyikkan kamu?
bedebah kamu kalau masih lena dalam irama-irama jahanam
Allah bukan buta
Allah bukan pekak
Hari perhitungan kamu pasti akan sampai
cukuplah kamu dibuai dengan kekayaan kamu yang tidak akan kekal
peringatan terhadap kamu telah banyak
namun kelenaan masih menyelaputi kamu
Allah tidak zalim seperti zalimnya kamu terhadap Palestine
bangunlah wahai insan yang lena
Palestine merindui pembelaan dari mu.

BOIKOT ISRAEL DAN SEKUTUNYA SEKARANG!!!
Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:Syarikat :
Produk Phillip Morris :
Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince
Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI
Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC
Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.
Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Syarikat : Disney
Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem
Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.
Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour ,Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca
Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.
Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik
Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.
Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette
Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.
Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.
Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik
Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.
Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Syarikat : IBM
Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.
Syarikat : L'Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson
Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L'oreal dan menganggap mereka sahabat akrab.
Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan komputer
Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.
Syarikat : Est Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila
Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.
Syarikat : News Corporation
Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins
Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.
Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex
Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.
LAIN-LAIN SYARIKAT Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.
AYOH SEMUA. MULAKAN BOIKOT DARI SEKARANG.
HIDUP PALESTINE!!!
Wednesday, January 14, 2009
RENUNGAN - PEPERANGAN AIN JALUT:KITA PERLU MENGAMBIL IKTIBAR
Bila membicarakan tentang kezaliman Zionis dengan bantuan Amerika dan sekutu Barat, saya tertarik sekali untuk merenung semula sejarah silam yang berlaku pada 3 September 1268, iaitu Peperangan Ain Jalut yang berlaku di Ain Jalut atau lebih tepatnya Gaza pada hari ini.Peperangan yang berlaku pada bulan Ramadhan itu tercetus setelah kerajaan Hulagu iaitu cucu kepada Genghiz Khan berjaya merobekkan kerajaan Bani Abbasiyyah di Iraq.
Saya amat kagum dengan pejuang-pejuang Islam pada masa itu dimana hidup mereka penuh dengan amalan kebaikan dan tunduk patuh kepada perintah Allah. Mereka melakukan kewajipan jihad, sebagaimana mereka melaksanakan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan.
Apa yang ingin kami kongsikan disini kali ini ialah tentang satu peristiwa yang agung dalam peradaban Islam. Peristiwa di mana umat Islam bersatu menentang tentera Tartar dari Mongolia dan mengalahkan mereka. Kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahawa perang ini merupakan satu titik perubahan (turning point) bagi kebiadapan dan kerakusan tentera Mongol yang menghabisi segala apa yang mereka lalui dari timur ke barat dan akhirnya kemaraan mereka ditamatkan oleh tentera- tentera Allah di Ain Jalut.
Hulagu Khan, pewaris tahta Gengis KhanEmpayar Mongol diasaskan oleh Genghis Khan pada abad ke-13 M. Genghis Khan bercita- cita untuk meluaskan empayarnya dari timur ke barat dan meranapkan apa sahaja yang menghalang mereka dari mencapai cita- cita tersebut. Kempen invensi mereka bermula dengan menakluki beberapa negara di sekitar Mongolia dan mereka terus mara ke sebelah timur yang dikuasai oleh umat Islam. Malangnya cita- cita Genghis Khan untuk melihat empayarnya terbentang luas dari timur ke barat tidak kesampaian apabila nyawanya telah dicabut oleh Allah, setelah beliau jatuh dari kuda tunggangannya.
Namun begitu, pada 1251M, Hulagu Khan iaitu cucu kepada Genghis Khan setelah dilantik menjadi pewaris takhta empayar Mongol, berjanji untuk meneruskan cita- cita datuknya untuk menguasai seluruh penjuru dunia.Untuk merealisasikan impian ini, Hulagu Khan mengumpul kekuatan tenteranya di Asia Tengah selama 2 tahun sebelum melancarkan serangan ke atas umat Islam yang bernaung di bawah keKhilafahan Abasiyyah. Pada tahun 1253M, hulagu Khan mula melakukan ekspedisi penaklukan ke atas wilayah Khilafah Abasiyyah. Tentera yang telah menakluk 200 kota dalam masa hanya 2 tahun ini dan mampu bergerak sejauh 100 batu dalam masa satu hari serta memiliki peralatan peperangan yang canggih, hasil daripada invensi jurutera- jurutera perang mereka, akhirnya telah berjaya menusuk masuk ke jantung Khilafah Abasiyyah.
Akhirnya pada tahun 1258M, Baghdad, iaitu ibu kota Khilafah Abasiyyah jatuh ke tangan tentera Tartar.Kejatuhan Baghdad & Surat Hulagu KhanKejatuhan Baghdad merupakan satu peristiwa yang sangat tragis dalam sejarah umat manusia. Setelah berjaya mengalahkan tentera- tentera Khilafah, tentera Monggol dengan biadapnya membunuh seramai 1.8 juta kaum muslimin yang berada di kota Baghdad. Juga tidak ketinggalan, Khalifah umat Islam turut dibunuh dengan kejam. Selama 3 tahun setengah, umat Islam hidup tanpa Khalifah.
Ada ahli sejarah menukilkan bagaimana si Hulagu Khan ini melakukan pembunuhan terhadap khalifah dengan cara memasukkan khalifah di dalam gulungan permaidani dan memijak dengan kudanya. Tidak cukup dengan itu, tentera Tartar yang biadap ini memusnahkan banyak kitab- kitab karangan cendiakawan- cendiakawan di Baghdad dengan mencampakkannya ke dalam laut sehingga air laut bertukar kehitaman akibat banyaknya kitab- kitab tersebut.
Hulagu Khan tidak berhenti di sini sahaja. Setelah berjaya menakluki Baghdad, dia mengutuskan deligasi Mongol ke Mamluk Mesir, iaitu Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz. Deligasi ini datang dengan membawa surat dari Hulagu Khan.
Surat Hulagu Khan ini berbunyi :Dari Raja Segala Raja di Timur dan Di Barat, Khan Yang Agung Kepada Qutuz si Mamluk yang lari dari pedang-pedang kami!Kamu seharusnya berfikir mengenai apa yang telah berlaku ke atas negara-negara yang lain dan menyerah kepada kami. Kamu telahpun mendapat khabar berita bagaimana kami telah menawan empayar yang begitu besar, menyucikan bumi ini dari kerosakan yang mencacatkannya. Kami telah menawan kawasan yang luas dan membunuh semua manusia dengan kejam. Kamu tidak akan terlepas dari kerakusan dan kekejaman tentera kami!Ke mana lagi kamu ingin lari? Jalan mana lagi yang kamu akan gunakan untuk melepaskan diri dari kami? Kuda-kuda kami berlari kencang, anak-anak panah kami tajam, pedang-pedang kami bagaikan guruh yang menakutkan, hati-hati kami keras bagaikan gunung ganang, askar-askar kami banyak tak terbilang. Benteng-benteng kukuh tidak akan dapat menghalang kami, senjata-senjata tidak akan dapat membendung kami. Doa kamu tidak akan membawa apa-apa pengertian ke atas kami. Kesedihan dan ratapan tidak kami pedulikan. Hanya mereka yang merayu untuk perlindungan kami akan selamat.Bersegeralah dalam membalas surat ini sebelum api peperangan bermula. Jika kamu melawan, maka barang pasti kamu akan menderita dan tersiksa dengan kehancuran yang dahsyat. Kami akan menghancurkan masjid-masjid kamu dan mendedahkan kelemahan Tuhan kamu. Kemudian kami akan membunuh anak-anak kamu dan orang-orang tua di kalangan kamu.Kini, hanya kamulah satu-satunya musuh yang perlu kami hadapi.
Setelah menerima surat tersebut, Saifuddin Qutuz tidak gentar sedikitpun. Malah beliau dengan berani menempelak deligasi tersebut dan membunuh mereka dan kepala mereka di gantung di pintu kota Mesir. (Nota : Islam tidak membenarkan membunuh deligasi asing yang diutuskan. Kebanyakan ahli sejarah menyatakan bahawa tujuan kedatangan deligasi tersebut bukanlah sekadar menghantar surat Hulagu Khan semata- mata, tetapi telah bertindak sebagai mata- mata tentera Tartar).
Maranya Tentera- Tentera AllahSaifuddin Qutuz mula mengumpulkan tenteranya dan akhirnya tenteranya mencecah seramai 20 000 orang tentera. Mereka telah bermesyuarat dan akhirnya mereka memutuskan untuk meyerang tentera Mongol di luar kota Mesir iaitu melakukan tindakan offensif terhadap tentera Mongol. Tentera- tentera Allah ini mula bergerak ke luar kota Mesir menuju ke arah Palestin dan bertembung dengan tentera Tartar yang diketuai komandernya, Kitbuqa di Ain Jalut.
Maka berlakulah peperangan yang amat dahsyat antara kedua- dua belah pihak. Semasa peperangan sedang sengit berlaku, Saifuddin Qutuz membuka topeng besinya dan menunggang kuda menuju ke tengah medan pertempuran dan memberi motivasi kepada tenteranya agar berjuang habis- habisan dan memburu syurga Allah. Beliau bertakbir beberapa kali dan terus meluru ketengah- tengah musuh.Semasa perang Ain Jalut, isteri Sultan Saifudin Qutuz, iaitu Jullanar turut menyertainya. Ketika Jullanar sedang nazak, Saifudin Qutuz memapahnya dan berkata : ”Wahai Kekasihku”. Jullanar membalas dengan berkata : ”Wahai Saifuddin, lebihlah kasih kamu terhadap Islam”.
Setelah itu, Saifuddin Qutuz terus mara ke medan tempur dan akhirnya pada hari Jumaat, 25 Ramadhan 658H, bersamaan dengan 3 September 1260M tentera- tentera Allah ini telah memperoleh kemenangan ke atas tentera Tartar di Ain Jalut. Tentera Tartar yang tidak pernah terkalahkan ini (sekiranya kalah dibeberapa medan perang, mereka akan mampu menebus balik kekalahan mereka), akhirnya tersungkur dihadapan mata pedang kaum muslimin dan tidak mampu menebus kembali kekalahan mereka di Ain Jalut.
Apa yang ingin kami bingkiskan disini bukanlah hanya peristiwa sejarah semata- mata. Tetapi yang lebih utama ialah supaya kita semua mengambil ibrah (pengajaran) daripada peristiwa yang berlaku. Sekiranya Sultan Muzaffar Saifuddin Qutuz bersama- sama dengan tenteranya sejumlah 20 000 orang mara kehadapan menentang satu ketumbukan tentera yang tak pernah kalah di bulan Ramadhan, sepatutnya ia sudah cukup memberi isyarat kepada kita bahawa bulan Ramadhan bukanlah bulan yang hanya semata- mata bulan ruhiyyah semata- mata, tetapi juga merupakan bulan siyasah (politik). Ketaatan dan kepatuhan kita menunaikan ibadah puasa sepatutnya sama dengan kepada ketaatan dan kepatuhan kita untuk melaksanakan seluruh ajaran Islam, termasuklah jihad dalam menghadapi musuh- musuh Allah.
Dalam menghadapi musuh- musuh Allah ini, sudah pastinya kita memerlukan satu kekuatan yang amat padu dari segenap aspek dan satu perpaduan yang amat utuh yang lahir dari aqidah yang satu iaitu Islam. Umat Islam yang kira- kira seramai 1.6 billion merupakan sumber tenaga manusia yang sangat besar. Sekiranya sumber- sumber ini disatukan dan difokuskan oleh seorang Khalifah, pastinya akan menghasilkan satu kekuatan besar dan peradaban Islam yang sangat agung. Ini bukanlah satu dongengan dan omong- omong kosong semata- mata, tetapi sejarah telah membuktikan hasilnya. Umat yang satu ini, pastinya akan mampu memakmurkan muka bumi ini sekiranya Islam diterapkan ditengah- tengah kehidupan mereka. Islam dijadikan ideologi dan menjadi penggerak kepada seluruh tindak tanduk umat yang satu ini dan bukannya dengan ideologi selainnya.
PERINGATAN DAN PENGAJARAN
Wahai saudara-saudaraku. Ketahuilah bahawa peperangan yang berlaku di bumi Palestin sekarang ini bukanlah peperangan antara Palestin dan Irael tetapi lebih daripada itu. Peperangan yang sedang dihadapi oleh saudara mara kita di Palestin adalah peperangan antara Zionis Irael dan konco-konconya Amerika dan Barat. Apakah ini bukan Jihad?
Peperangan antara Palestin dan gabungan tentera Zionis di bumi Baitul Muqaddis adakah itu peperangan yang adil? Mana sokongan daripada negara-negara Islam? Mana pemimpin-pemimpin Islam? Adakah kita masih menganggap peperangan itu bukan Jihad?
Marilah kita sama-sama membantu Palestin menghadapi api peperangan yang sengit. Janganlah kita mengharap bantuan daripada PBB kerana PBB sendiri sudah dibeli oleh Israel dan sekutunya sekutunya.
Berita hari ini 15/1/2009 mengatakan bahawa kematian akibat daripada serangan Zionis itu telah melebihi 1000 orang. Dan apa yang paling menyakitkan hati ialah apabila bakal Presiden Amerika, Obama, menyebut bahawa Osama Laden masih menjadi musuh nombor 1 Amerika. Satu lagi laporan yang dipetik mengatakan kerajaan Palestin menganggarkan kerugian akibat serangan Zionis itu telah mencapai angka USD1.4 billion !
Sudah sampai masanya kita mengambil langkah membantu saudara kita di Palestin. Mulakan dari sekarang dan jangan tunggu hingga esok. Ayuh ubah persepsi kita terhadap peperangan menghadapi keganasan sebenarnya perlu memasukkan juga negara Zionis Israel sebagai salah satu ancaman global yang perlu diberi perhatian.

UMAT ISLAM MEMASUKI ERA PENUH KEHINAAN
Sekali lagi entah mengapa tiba-tiba aku terdorong untuk kembali menaip dalam blog ini. Bukan untuk tatapan orang lain, tetapi lebih kepada kepuasan hati sendiri. Pendek kata aku amat tidak puas hati terhadap tindakan berdiam diri oleh pemimpin dunia Islam apabila mereka hanya mampu melihat bumi Palestin dibakar oleh regim Zionis Israel. Apakah daya yang negara Islam ada untuk melawan Israel?
Inilah persoalan yang asyik bermain di kepala ku. Kalaulah aku ditakdir menjadi seorang menteri atau ketua negara mana-mana negara Islam, sudah lama aku akan membuat perubahan agar imej dan moral Islam tidak lagi dicemar dan dipijak-pijak seperti mana yang berlaku pada hari ini.
Umat Islam sekarang amat lemah, lebih lemah daripada zaman kejatuhan Islam di Baghdad akibat dari taklukan oleh regim Mongol!!! Aku berani berkata begitu kerana ketika zaman tersebut, walaupun kerajaan Islam Baghdad telah tewas kepada Mongol, namun kekecewaan itu tertebus kembali dengan kemenangan Islam menewaskan kekuasaan tentera Mongol di Ain Jalut, iaitu Semenanjung Gaza sekarang ini!!!
Ya, Ain Jalut telah menjadi kubur kepada keangkuhan Mongol. Tetapi sekarang ini Ain Jalut sekali lagi bermandikan darah akibat dijijak-jijak dan ditindas oleh Zionis Israel dengan bantuan material dan moral daripada sekutu mereka Amerika dan Eropah. Jelasnya sekarang, rakyat Palestin bersendirian melawan kekuasaan Israel, Amerika dan Eropah!!! Memang tepat sekali, Palestin berjuang bersendirian untuk mempertahankan bumi mereka dengan hanya dipandang sahaja oleh lain-lain negara Islam. Daif dan amat memalukan.
APAKAH KEKUATAN ISLAM YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENENTANG ZIONIS?
Persoalan ini sebenarnya memerlukan percambahan fikiran untuk mencari jawapan yang sebenarnya. Bukan perkara atau isu kecil, sebaliknya persoalan ini ialah persoalan utama yang bermain di benak umat Islam sekarang.
Kita semua harus akui bahawa tiada suatu kuasa didunia pun yang gerun dan takut dengan negara Islam. Hatta negara Nepal pun aku rasa tidak gentar dengan mana-mana negara Islam di dunia pada masa sekarang. Yelah, apakah senjata utama Islam yang ditakutkan oleh negara Israel, Amerika atau Eropah. Jawapannya tiada!!! Tapi jangan kita lupa, negara Islam mempunyai minyak yang amat diperlukan oleh dunia sekarang ini. Adakah senjata ini boleh digunakan untuk menentang kebiadapan Zionis?
Secara peribadi aku rasakan memang boleh senjata ini digunakan. Bukan kita mahu negara Islam mengugut, tetapi kita mahu dunia tahu bahawa umat Islam tidak boleh diperlakukan seperti sekarang ini. Biar mereka tahu bahawa negara Islam boleh bersatu padu untuk menentang mana-mana kuasa dunia yang biadap terhadap umat Islam.
Sehubungan ini, negara Islam perlu memandang jauh ke hadapan untuk menggunakan senjata minyak ini bagi menaikkan kembali maruah umat yang amat hina. Sekurang-kurangnya pemimpin dunia Islam sekarang boleh memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan dunia hari ini. Biar kita semua dihormati kerana kita ada maruah dan kita juga ada kekuatan untuk bertindak. Ajar mereka yang kurang ajar.
Kita umat Islam tiada lagi wira-wira yang boleh memimpin ummah ke arah kecemerlangan. Kalau boleh biarlan kita dapat melahirkan kembali tokok-tokoh seperti Salahuddin al Ayyubi, Alib Arsalan atau Sultan Baybar. Insyaallah jika kita semua sedar dan ada keinginan untuk berubah, kita mampu lakukannya. Pemimpin dan rakyat kita perlu berubah mulai dari detik sekarang. Jangan tunggu esok untuk membawa perubahan. Ayoh kita mulakan sekarang.

KRISIS PALESTIN-UMAT ISLAM SEDUNIA PERLU BERTINDAK
Sehingga tarikh hari ini 15 Januari 2009, kebiadaban, kezaliman dan keangkuhan rejim Zionis di bumi Palestin masih belum reda. Angka korban setakat ini telah mencecah 900 orang di mana lebih kurang 400 adalah kanak-kanak, wanita dan orang tua.Di sana sini terdapat bantahan besar-besaran oleh masyarakat yang bersimpati dengan rakyat Palestin, dari segenap pelusuk dunia, dari Malaysia hingga ke Amerika sendiri, tunjuk-tunjuk perasaan tidak pernah reda. Namun apa yang jelas, segala bantahan dan tunjuk perasaan itu tidak lebih seperti anjing menyalak bukit sahaja. Sedikit pun tidak dirasai oleh pihak Yahudi Zionis atau Amerika sendiri.
Dalam keributan serangan Yahudi terhadap rakyat Palestin itu, rakyat kita di negara Malaysia ini masih belum mencapai tahap simpati yang sebenar. Manakan tidak, ribuan warga kita masih terjerit-jerit gila menyambut tahun baru 2009, dari Perdana Menteri sendiri sehinggalah kepada mat-mat rempit dan minah bohsia, terkinja-kinja terjerit-jerit histeria menyambut kedatangan tahun baru masehi 2009.Inikah kemegahan kita sebagai pembela nasb rakyat Palestin? Inikah cara simpati yang ditunjukkan oleh kita terhadap perjuangan mereka?Ayoh,fikirkan dengan keikhlasan hati, bukan dengan kebutaan hati!
DI MANA SUARA NEGARA-NEGARA ARAB?
Inilah persoalan yang ingin ditekankan dan difikirkan bersama. Di manakah suara negara-negara Islam khususnya negara Arab yang kaya raya? Langsung tidak terdengar suara-suara pembelaan dari pemimpin-pemimpin Arab, dan kalau ada pun tidak lebih dari suara-suara seorang pengecut yang takutkan musuh di hadapan mereka. Mana dia pemimpin-pemimpin yang mengaku sebagai pejuang-pejuang Islam? Nah sekarang telah terdedah sekali lagi kebaculan pemimpin-pemimpin negara Arab yang masih dalam lena dan lalai dibuai oleh hasil kekayaan bumi mereka.Mereka lupa bahawa kekayaan itu bukan hak mutlak mereka semata-mata. Allah jadikan bumi mereka kaya raya dengan hasil minyak bukan untuk dijoli di casino-casino di Las Vegas, Macau atau kotaraya Bangkok. Tetapi Allah jadikan mereka kaya adalah untuk mereka berfikir dan membelanjakan kekayaan itu untuk perkembangan syiar Islam sedunia. Kekayaan itu juga adalah untuk perjuangan agama. Kekayaan itu juga untuk peperangan melawan kezaliman.
Wahai pemimpin-pemimpin Arab, kenapakah kamu masih gentar, takut, dan bacul? Masih lenakah tidur kamu mendengar jeritan anak-anak kecil dan wanita dizalimi di bumi Palestin? Jangan kamu ingat Allah akan membiarkan kamu dalam kesenangan selama-lamanya. Ingatlah, sekiranya Allah mahu tarik kekayaan kamu itu, hanya tidak sampai sekelip mata, kamu akan jatuh sepertimana Firaun! Ingatlah wahai pemimpin-pemimpin Arab yang masih lena diulit mimpi. Mimpi ngeri kamu bakal akan sampai sekiranya kamu masih enggan berubah.
Sesekali apabila aku berfikir sendirian mengenangkan nasib rakyat Palestin, aku terfikir juga, mungkin ada sesuatu yang perlu diperbetulkan. Ya, maksud aku selama ini kita menunjuk perasaan membantah kezaliman Yahudi Zionis dan Amerika. Kita sanggup membakar bendera dan patung pemimpin mereka. Dan sesekali aku terasa memang tindakan sebegi nampaknya agak bodoh! Tidak efektif!Apa kata sekarang masyarakat dunia yang cintakan keamanan mengubah strategi. Ya, kita semua mengubah strategi.
Kita terbalikkan segala tindakan yang kita ambil terhadap Israel dan Amerika diubah kepada negara-negara Arab yang kaya dan telah kita kenal pasti. Apa yang perlu kita lakukan?Di bawah ini adalah cadangan yang boleh kita buat untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin Arab yang masih lena itu.
1. Adakah bantahan terhadap kebodohan dan kealpaan pemimpin-pemimpin Arab. Jangan bakar bendera Israel dan Amerika, sebaliknya bakar bendera negara-negara Arab yang masih tidur lena dan takut terhadap kebenaran.
2. Selain dari boikot barangan Israel, kita sepatutnya boikot juga barangan dari negara-negara Arab itu. Biarlah kita tidak makan kurma untuk tahun ini. Kita ganti dengan kurma dari Iran atau China.
3. Selain dari mendesak PBB untuk mengadakan sidang tergempar membincangkan isu Palestin, desak juga PBB untuk membuat resolusi sampingan terhadap negara-negara Arab yang kaya raya itu. Kalau ada usul boikot Israel, masukkan juga usul boikot negara Arab!
4. Hadkan jumlah jemaah haji yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
5. Hentikan semua urusniaga dengan syarikat dari negara-negara Arab. Biarlah kita berkorban demi kesinambuangan perjuangan melawan keganasan Israel dan konco Amerikanya.
6. Adakan sidang khas negara-negara Islam untuk mengeluarkan resolusi mengutuk kebaculan negara-negara Arab dalam menangani krisis Palestin.
Secara peribadi saya merasakan memang gesaan seperti di atas itu tadi nampaknya agak lucu dan bodoh, tetapi lebih baik kita berfikiran agak bodoh daripada kita diperbodohkan! Memang kita rakyat biasa boleh bertindak. Ya, memang kita ada kuasa bertindak secara bersendirian. Ini adalah kerana mungkin kita sukar untuk bertindak secara berkumpulan, tetapi kita boleh bertindak secara individu atau diperingkat keluarga.Kita boleh mulakan sekarang. Kita boleh boikot barangan dari negara-negara Israel, Amerika dan Arab. Benar kita boleh boikot semua barnagan dan perkhidmatan dari negara Arab. Tetapi yang kita tidak boikot dari negara Arab ialah Al Quran dan Islam!
ARAB TIDAK LEMAH TETAPI DILEMAHKAN!
Saya menganggap bahawa negara-negara Arab masih lemah longlai akibat mereka telah dilemahkan dan dilonglaikan. Kenapa boleh jadi sebegitu? Tidak lain-tidak bukan ialah kerana pemimpin-pemimpin Arab masih tidak mahu mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya. Islam amenyuruh kita berbaik-baik sesama saudara, tetapi bangsa Arab tidak mahu mengikut saranan tersebut. Al Quran menyuruh kita menggunakan kekayanan ke jalan Allah tetapi pemimpin-pemimpin Arab membelanjakan kekayaan mereka ke jalan syaitan, masyaallah!
Memang jelas sekali, jika Allah tiba-tiba mengeringkan semua telaga minyak dibumi Arab secara tiba-tiba, maka akan rebahlah mereka seperti anjing yang ditembak di tepi jalan!Memang negara Arab kaya-raya. Tetapi kekayaan bukanlah sifat yang kekal. Tiada yang kekal dalam dunia ini kecuali amal kebajikan yang kita laksanakan semasa hidup di dunia. Oleh itu jelaslah, kekayaan itu termasuk dalam senarai sesuatu yang tidak kekal.Kekayaan bila-bila masa sahaja akan terhakis.
Oleh yang demikian, sementara kekayaan masih berada dalam tangan negara-negara Arab yang kaya itu, maka perlulah mereka berbelanja ke arah jalan yang diredhai. Kekayaan itu boleh dihulurkan untuk kebajikan saudara seagama di Palestin.Wahai rakyat Palestin,Walaupun aku tidak mampu bersamamu memikul senjata di bumimu;Walaupun aku tiada wang ringgit seperti bapak-bapak Arab di tanah gersang itu;Namun hatiku dan doaku adalah untuk kamu.Hidup Palestin!!!!

Thursday, January 1, 2009
PERTEMUAN KALI KE II WARIS LEBAI KEMALA
Tarikh 28/12/2008, satu lagi hari bersejarah dalam catatan perjalanan sejarah warisan Lebai Kemala di Malaysia. Pada hari bersejarah ini pertemuan kedua semua waris Lebai Kemala telah diadakan di tempat yang sama sepertimana yang telah diadakan untuk kali pertama dahulu iaitu di Resort Tasik Raban, Lenggong Perak.
Pertemuan kali ini mempunyai erti yang tersendiri apabila waris Lebai Kemala dari Thailand dan Indonesia telah turut hadir untuk bersama-sama mengeratkan lagi perpaduan kekeluargaan yang semakin terpisah akibat dari perkembangan masa dan perubahan sosialogi semasa.
Aku sendiri merasa amat bangga sebaik sahaja sampai di laluan jalan masuk ke Resort Tasik Raban apabila terpandang sahaja kain rentang yang memaparkan wajah Lebai Kemala yang amat aku sanjungi. Terima kasih kepada mereka yang bersusah payah menganjurkan pertemuan bersejarah untuk kali ini.
Secara peribadi, aku dapat merasakan bertapa ruginya diri ini kalau aku gagal hadir dalam pertemuan bersejarah ini kerana kemungkinan aku tidak akan sempat untuk hadir di perhimpunan keluarga untuk kali ke III nanti...mana tahu jika umurku tidak panjang....
Walau demikian, aku amat bersyukur kepada Allah yang telah memberikan peluang kepada aku untuk turut serta dalam pertemuan kali ini. Allah telah memberikan aku kekuatan dan khususnya kepada semua waris keluarga yang dapat hadir, hanya kesyukuran yang dapat ku panjatkan ke hadrat Allah s.w.t. atas peluang yang telah diberikan kepada semua ahli waris yang dapat hadir pada kali ini.
Aku begitu terharu dapat berjumpa dengan waris dari Singapura terdiri daripada Abang Fadil, Abang Johari dan beberapa nama lagi kerana inilah kali pertama setelah hampir 32 tahun tidak bertemu muka! 36 tahun bermaksud kali terakhir aku bertemu muka dengan Abang Fadil ialah pada tahun 1976 ketika aku masih lagi bersekolah menengah di Taiping yang mana aku telah ditanya apakah alat muzik yang aku mainkan semasa mewakili brass band sekolahku. Aku masih ingat soalan itu. Turut hadir pada masa itu ialah Kak Bedah. Dan kenangan itu semakin bermain lagi di kepalaku.....persoalan seperti dalam lirik lagu Kumpulan Kopratasa, "Masihkah Kau Ingat."
Phuuhh...seronoknya bertemu para waris keluarga, dan semoga anda semua akan diberkati Allah s.w.t. ...insyaallah.

Subscribe to:
Posts (Atom)