Hari ini 17 Januari 2009 merupakan hari penting dalam kalendar politik Malaysia kerana pada tarikh inilah berlangsungnya PRK P36 Kuala Terengganu. Banyak pihak terutamanya media akanbertumpu bertumpu di Kuala Terengganu untuk mendapatkan berita terkini Ppilihanraya kecil itu.
Sebagai seorang yang meminati hal ehwal semasa, saya dapat melihat trend kempen yang telah dipamerkan oleh kedua-dua pihak, BN dan Pakatan Rakyat. Seperti biasa, BN nampaknya telah mula berani melaksanakan perubahan dengan meniru gaya Pakatan Rakyat iaitu menggunakan media internet sama ada untuk membalas serangan PR khususnya PAS disamping melaksanakan peperangan siber terhadap PR.
Inilah yang dikatakan sebagai perubahan dalam strategi peperangan di zaman yang serba canggih ini. Nampaknya sebelum ini ramai pemimpin-pemimpin BN yang telah tidue lena dan tidak sedar atau mungkin juga tidak memperdulikan kaedah peperangan cara ini mungkin kerana sibuk dengan krisis dalaman, lalai, leka atau mungkin sengaja malas hendak berubah. Kerana ketinggalan dari segi kempen menerusi internetlah 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum 2008.
Dalam keadaan kekalahan PRU 2008 itu, Perdana Menteri dalam wawancara dengan RTM di malam keputusan pengundian tersebut menyatakan bahawa BN telah menang besar sedangkan hakikatnya tidak! Bagi saya ini adalah kekalahan sepertimana kita kalah dalam perebutan Pulau Batu Putih! Terima hakikat kekalahan itu! Bukannya "Win-Win Situation."
Berbalik semula kepada persoalan perubahan itu, memang tidak dinafikan bahawa negara kita masih dibelenggu oleh pemimpin-pemimpin yang "beku" dan tidak mahu mengakui kelemahan dan tidak ingin berubah. Mereka mungkin lupa bahawa mereka telah gagal berubah lantas menyebabkan golongan muda yang menjadi angkatan penentu hala tuju negara bosan terhadap pemimpin-pemimpin ini.
Kita perlu menerima hakikat bahawa perubahan itu tetap datang dan pergi sepertimana pemimpin itu juga. Perubahan datang walau tak diundang dan perubahan juga pergi walau tak dihalau. Fahami hakikat ini. Mahu atau tidak mahu, perubahan tetap akan datang. Tiada satu pun di dunia ini yang kekal. Semuanya akan berubah. Hanya mereka yang jahil sahaja tidak mahu berubah.
Al-Quran dahulunya ditulis atas daun, tulang belulang dan kulit. Kemudiannya barulah ia ditulis di dalam buku sepertimana yang didapati sekarang dan dalam dekad ini Al-Quran telah memasuki era baru apabila ia boleh didapati dalam bentuk CD atau boleh diperolehi terus menerusi internet. Itu juga menunjukkan perubahan itu tetap akan datang!
Berbalik semula kepada PRK Kuala Terengganu, saya dapati trend serangan media arus perdana terhadap Pakatan Rakyat benar-benar menggila dan masih seperti dahulu juga. Ini menjadikan saya muak untuk membaca atau mendengar berita dari sumber tersebut. Beberapa org kawan yang berjumpa saya ketika sesi teh tarik di kedai mamak juga menyatakan perkara yang sama. Mereka meluahkan bahawa mereka terasa hilang semangat dan meluat dengan tindakan melampau media arus perdana berkempen secara bergitu.
Ini seharusnya disedari oleh pelbagai pihak bahawa kempen keterlaluan ini akan menyebabkan masyarakat meluat dan objektif sebenar untuk memancing undi pengundi di Kuala Terengganu akan gagal dan seterusnya akan mengagalkan BN untuk mengealkan kerusi Parlimen Kuala Terenganu.
Dalam hal berubah ini juga kita perlu menyeddari bahawa keadaan ekonomi global sekarang ini sedang memasuki zaman kemelesetan yang teruk. Di Eropah dan Amerika, ribuan pekerja telah hilang pekerjaan. Banyak industri telah ditutup ekoran kemelesetan ini. Ini amat berbeza sekali dengan keadaan di Malaysia sekarang ini. Pemimpin-pemimpin negara masih mendendangkan lagi palsu bahawa ekonomi negara kita masih stabil dan baik malahan dikatakan negara kita tidak menghadapi masalah ekonomi yang serius!
Masyaallah, terimalah hakikat dan realiti. Kuasa-kuasa ekonomi dunia sedang menghadapi masalah ekonomi yang kritikal tetapi negara kita Malaysia dikatakan tiada masalah ekonomi, betulkah begitu? Apakah petua atau apakah sihir yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin negara sehingga dikatakan negara kita langsung tidak menghadapi masalah ekonomi?
Saya suka memetik tulisan Saudara Kamal Amir dalam Malaysia Today pada 16 Januari 2009:
Tengahari tadi bertempat di Hotel Istana, mantan Menteri Kewangan dan Menteri Perdangan Antarabangsa Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi mendesak agar pimpinan kerajaan “bercakap benar” serta menginsafi bahawa gelombang “tsunami” ekonomi semakin menghampiri melanda negara ini.
Dalam nada penuh serious beliau mengungkapkan :-Marilah kita bermula dengan mengakui bahawa kita tidak akan terlepas daripada kesan krisis ekonomi global ini. Para pemimpin kita boleh merosakkan kredibiliti kerajaan apabila mereka cuba menggambarkan suatu realiti lain bagi kita. Saya sedar bahawa kita tidak mahu menakutkan atau menggemparkan pasaran kita dan para pengundi tetapi kita tidak hidup dalam dunia maklumat buih. Hanya orang yang benar-benar jahil akan berpura-pura bahawa keadaan kita di negara ini semuanya baik-baik belaka manakala dunia lain seluruhnya sedang menghadapi apa yang disebut oleh Jeffery Sachs “ekonomi dunia yang sedang berada di ambang malapetaka yang belum pernah berlaku sebelumnya”.
Para pemimpin yang tidak mengakui wujudnya krisis yang serius ini haya akan menimbulkan syak di kalangan rakyat bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyai apa-apa idea untuk menangani krisis itu. Mereka boleh merosakkan kredibiliti kerajaan sedangkan kredibiliti itu, yakni keyakinan, adalah merupakan isu utamanya. “Kita perlu memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi asas kita, terhadap kepimpinan kita, terhadap peraturan undang-undang dan terhadap Perlembagaan negara kita. Pendek kata, kita perlu memulihkan keyakinan orang terhadap Malaysia. Hal ini penting untuk kemajuan ekonomi negara.Keyakinan yang sebanarnya adalah harapan yang berdasarkan kesediaan dan kebolehan kita untuk memahami kebenaran.
Negara tidak lagi dapat bergantung pada politik yang terpisah daripada realiti dan pada kerajaan yang telah melupai tujuan dan matlamatnya. Kita perlu membaharui corak kepimpinan negara – ini merupakan langkah pertama dalam usaha kita untuk memulihkan keyakinan terhadap negara ini.Statistik ekonomi hanya merupakan petunjuk tentang kegiatan dan harapan masyarakat Malaysia yang sedang kita bina; ini bererti bahawa membina ekonomi and membina negara dan mewujudkan kerajaan yang baik dan jujur, bukanlah matlamat yang dapat dicapai secara terpisah-pisah tetapi hendakkah bersepadu. Membangkitkan keyakinan samalah ertinya dengan memberi tenaga baru kepada projek membina Malaysia.
YTM Tengku Razaleigh Hamzah dengan jelas telah menyentuh tentang keadaan sebenar yang berlaku ke atas pemimpin-pemimpin sedia ada sekarang. Kenapa mereka perlu takut mengakui hakikat sebenar yang berlaku. Kenapa perlu mereka menipu rakyat dengan fakta yang tidak betul.
Seperti yang telah saya sebutkan di awal tadi, kita semua perlu kembali ke realiti sebenar. Kita perlu terima hakikat supaya kita dapat menggembeling tenaga untuk menjadikan negara kita terus stabil dari segi ekonomi dan politik. Pemimpin perlu menghormati pandangan pihak-pihak lain. Lupakan tentang kepentingan diri dan konco-konco. Kembali semula ke pangkal jalan. Kita masih ada perjalanan yang amat jauh dan panjang
Ingatlah bahawa sejarah akan menjadi saksi atas apa yang pemimpin-pemimpin lakukan. Janganlah hendaknya ada pemimpin akan dihina, dicemuh dan dibenci sepanjang zaman kerana kegagalan membawa perubahan terhadap negara Malaysia. Mari kita bina negara yang lebih cemerlang.
Friday, January 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment