Wednesday, January 14, 2009

UMAT ISLAM MEMASUKI ERA PENUH KEHINAAN

Sekali lagi entah mengapa tiba-tiba aku terdorong untuk kembali menaip dalam blog ini. Bukan untuk tatapan orang lain, tetapi lebih kepada kepuasan hati sendiri. Pendek kata aku amat tidak puas hati terhadap tindakan berdiam diri oleh pemimpin dunia Islam apabila mereka hanya mampu melihat bumi Palestin dibakar oleh regim Zionis Israel. Apakah daya yang negara Islam ada untuk melawan Israel?

Inilah persoalan yang asyik bermain di kepala ku. Kalaulah aku ditakdir menjadi seorang menteri atau ketua negara mana-mana negara Islam, sudah lama aku akan membuat perubahan agar imej dan moral Islam tidak lagi dicemar dan dipijak-pijak seperti mana yang berlaku pada hari ini.

Umat Islam sekarang amat lemah, lebih lemah daripada zaman kejatuhan Islam di Baghdad akibat dari taklukan oleh regim Mongol!!! Aku berani berkata begitu kerana ketika zaman tersebut, walaupun kerajaan Islam Baghdad telah tewas kepada Mongol, namun kekecewaan itu tertebus kembali dengan kemenangan Islam menewaskan kekuasaan tentera Mongol di Ain Jalut, iaitu Semenanjung Gaza sekarang ini!!!

Ya, Ain Jalut telah menjadi kubur kepada keangkuhan Mongol. Tetapi sekarang ini Ain Jalut sekali lagi bermandikan darah akibat dijijak-jijak dan ditindas oleh Zionis Israel dengan bantuan material dan moral daripada sekutu mereka Amerika dan Eropah. Jelasnya sekarang, rakyat Palestin bersendirian melawan kekuasaan Israel, Amerika dan Eropah!!! Memang tepat sekali, Palestin berjuang bersendirian untuk mempertahankan bumi mereka dengan hanya dipandang sahaja oleh lain-lain negara Islam. Daif dan amat memalukan.

APAKAH KEKUATAN ISLAM YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENENTANG ZIONIS?

Persoalan ini sebenarnya memerlukan percambahan fikiran untuk mencari jawapan yang sebenarnya. Bukan perkara atau isu kecil, sebaliknya persoalan ini ialah persoalan utama yang bermain di benak umat Islam sekarang.

Kita semua harus akui bahawa tiada suatu kuasa didunia pun yang gerun dan takut dengan negara Islam. Hatta negara Nepal pun aku rasa tidak gentar dengan mana-mana negara Islam di dunia pada masa sekarang. Yelah, apakah senjata utama Islam yang ditakutkan oleh negara Israel, Amerika atau Eropah. Jawapannya tiada!!! Tapi jangan kita lupa, negara Islam mempunyai minyak yang amat diperlukan oleh dunia sekarang ini. Adakah senjata ini boleh digunakan untuk menentang kebiadapan Zionis?

Secara peribadi aku rasakan memang boleh senjata ini digunakan. Bukan kita mahu negara Islam mengugut, tetapi kita mahu dunia tahu bahawa umat Islam tidak boleh diperlakukan seperti sekarang ini. Biar mereka tahu bahawa negara Islam boleh bersatu padu untuk menentang mana-mana kuasa dunia yang biadap terhadap umat Islam.

Sehubungan ini, negara Islam perlu memandang jauh ke hadapan untuk menggunakan senjata minyak ini bagi menaikkan kembali maruah umat yang amat hina. Sekurang-kurangnya pemimpin dunia Islam sekarang boleh memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan dunia hari ini. Biar kita semua dihormati kerana kita ada maruah dan kita juga ada kekuatan untuk bertindak. Ajar mereka yang kurang ajar.

Kita umat Islam tiada lagi wira-wira yang boleh memimpin ummah ke arah kecemerlangan. Kalau boleh biarlan kita dapat melahirkan kembali tokok-tokoh seperti Salahuddin al Ayyubi, Alib Arsalan atau Sultan Baybar. Insyaallah jika kita semua sedar dan ada keinginan untuk berubah, kita mampu lakukannya. Pemimpin dan rakyat kita perlu berubah mulai dari detik sekarang. Jangan tunggu esok untuk membawa perubahan. Ayoh kita mulakan sekarang.

No comments: