Sehingga tarikh hari ini 15 Januari 2009, kebiadaban, kezaliman dan keangkuhan rejim Zionis di bumi Palestin masih belum reda. Angka korban setakat ini telah mencecah 900 orang di mana lebih kurang 400 adalah kanak-kanak, wanita dan orang tua.Di sana sini terdapat bantahan besar-besaran oleh masyarakat yang bersimpati dengan rakyat Palestin, dari segenap pelusuk dunia, dari Malaysia hingga ke Amerika sendiri, tunjuk-tunjuk perasaan tidak pernah reda. Namun apa yang jelas, segala bantahan dan tunjuk perasaan itu tidak lebih seperti anjing menyalak bukit sahaja. Sedikit pun tidak dirasai oleh pihak Yahudi Zionis atau Amerika sendiri.
Dalam keributan serangan Yahudi terhadap rakyat Palestin itu, rakyat kita di negara Malaysia ini masih belum mencapai tahap simpati yang sebenar. Manakan tidak, ribuan warga kita masih terjerit-jerit gila menyambut tahun baru 2009, dari Perdana Menteri sendiri sehinggalah kepada mat-mat rempit dan minah bohsia, terkinja-kinja terjerit-jerit histeria menyambut kedatangan tahun baru masehi 2009.Inikah kemegahan kita sebagai pembela nasb rakyat Palestin? Inikah cara simpati yang ditunjukkan oleh kita terhadap perjuangan mereka?Ayoh,fikirkan dengan keikhlasan hati, bukan dengan kebutaan hati!
DI MANA SUARA NEGARA-NEGARA ARAB?
Inilah persoalan yang ingin ditekankan dan difikirkan bersama. Di manakah suara negara-negara Islam khususnya negara Arab yang kaya raya? Langsung tidak terdengar suara-suara pembelaan dari pemimpin-pemimpin Arab, dan kalau ada pun tidak lebih dari suara-suara seorang pengecut yang takutkan musuh di hadapan mereka. Mana dia pemimpin-pemimpin yang mengaku sebagai pejuang-pejuang Islam? Nah sekarang telah terdedah sekali lagi kebaculan pemimpin-pemimpin negara Arab yang masih dalam lena dan lalai dibuai oleh hasil kekayaan bumi mereka.Mereka lupa bahawa kekayaan itu bukan hak mutlak mereka semata-mata. Allah jadikan bumi mereka kaya raya dengan hasil minyak bukan untuk dijoli di casino-casino di Las Vegas, Macau atau kotaraya Bangkok. Tetapi Allah jadikan mereka kaya adalah untuk mereka berfikir dan membelanjakan kekayaan itu untuk perkembangan syiar Islam sedunia. Kekayaan itu juga adalah untuk perjuangan agama. Kekayaan itu juga untuk peperangan melawan kezaliman.
Wahai pemimpin-pemimpin Arab, kenapakah kamu masih gentar, takut, dan bacul? Masih lenakah tidur kamu mendengar jeritan anak-anak kecil dan wanita dizalimi di bumi Palestin? Jangan kamu ingat Allah akan membiarkan kamu dalam kesenangan selama-lamanya. Ingatlah, sekiranya Allah mahu tarik kekayaan kamu itu, hanya tidak sampai sekelip mata, kamu akan jatuh sepertimana Firaun! Ingatlah wahai pemimpin-pemimpin Arab yang masih lena diulit mimpi. Mimpi ngeri kamu bakal akan sampai sekiranya kamu masih enggan berubah.
Sesekali apabila aku berfikir sendirian mengenangkan nasib rakyat Palestin, aku terfikir juga, mungkin ada sesuatu yang perlu diperbetulkan. Ya, maksud aku selama ini kita menunjuk perasaan membantah kezaliman Yahudi Zionis dan Amerika. Kita sanggup membakar bendera dan patung pemimpin mereka. Dan sesekali aku terasa memang tindakan sebegi nampaknya agak bodoh! Tidak efektif!Apa kata sekarang masyarakat dunia yang cintakan keamanan mengubah strategi. Ya, kita semua mengubah strategi.
Kita terbalikkan segala tindakan yang kita ambil terhadap Israel dan Amerika diubah kepada negara-negara Arab yang kaya dan telah kita kenal pasti. Apa yang perlu kita lakukan?Di bawah ini adalah cadangan yang boleh kita buat untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin Arab yang masih lena itu.
1. Adakah bantahan terhadap kebodohan dan kealpaan pemimpin-pemimpin Arab. Jangan bakar bendera Israel dan Amerika, sebaliknya bakar bendera negara-negara Arab yang masih tidur lena dan takut terhadap kebenaran.
2. Selain dari boikot barangan Israel, kita sepatutnya boikot juga barangan dari negara-negara Arab itu. Biarlah kita tidak makan kurma untuk tahun ini. Kita ganti dengan kurma dari Iran atau China.
3. Selain dari mendesak PBB untuk mengadakan sidang tergempar membincangkan isu Palestin, desak juga PBB untuk membuat resolusi sampingan terhadap negara-negara Arab yang kaya raya itu. Kalau ada usul boikot Israel, masukkan juga usul boikot negara Arab!
4. Hadkan jumlah jemaah haji yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.
5. Hentikan semua urusniaga dengan syarikat dari negara-negara Arab. Biarlah kita berkorban demi kesinambuangan perjuangan melawan keganasan Israel dan konco Amerikanya.
6. Adakan sidang khas negara-negara Islam untuk mengeluarkan resolusi mengutuk kebaculan negara-negara Arab dalam menangani krisis Palestin.
Secara peribadi saya merasakan memang gesaan seperti di atas itu tadi nampaknya agak lucu dan bodoh, tetapi lebih baik kita berfikiran agak bodoh daripada kita diperbodohkan! Memang kita rakyat biasa boleh bertindak. Ya, memang kita ada kuasa bertindak secara bersendirian. Ini adalah kerana mungkin kita sukar untuk bertindak secara berkumpulan, tetapi kita boleh bertindak secara individu atau diperingkat keluarga.Kita boleh mulakan sekarang. Kita boleh boikot barangan dari negara-negara Israel, Amerika dan Arab. Benar kita boleh boikot semua barnagan dan perkhidmatan dari negara Arab. Tetapi yang kita tidak boikot dari negara Arab ialah Al Quran dan Islam!
ARAB TIDAK LEMAH TETAPI DILEMAHKAN!
Saya menganggap bahawa negara-negara Arab masih lemah longlai akibat mereka telah dilemahkan dan dilonglaikan. Kenapa boleh jadi sebegitu? Tidak lain-tidak bukan ialah kerana pemimpin-pemimpin Arab masih tidak mahu mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya. Islam amenyuruh kita berbaik-baik sesama saudara, tetapi bangsa Arab tidak mahu mengikut saranan tersebut. Al Quran menyuruh kita menggunakan kekayanan ke jalan Allah tetapi pemimpin-pemimpin Arab membelanjakan kekayaan mereka ke jalan syaitan, masyaallah!
Memang jelas sekali, jika Allah tiba-tiba mengeringkan semua telaga minyak dibumi Arab secara tiba-tiba, maka akan rebahlah mereka seperti anjing yang ditembak di tepi jalan!Memang negara Arab kaya-raya. Tetapi kekayaan bukanlah sifat yang kekal. Tiada yang kekal dalam dunia ini kecuali amal kebajikan yang kita laksanakan semasa hidup di dunia. Oleh itu jelaslah, kekayaan itu termasuk dalam senarai sesuatu yang tidak kekal.Kekayaan bila-bila masa sahaja akan terhakis.
Oleh yang demikian, sementara kekayaan masih berada dalam tangan negara-negara Arab yang kaya itu, maka perlulah mereka berbelanja ke arah jalan yang diredhai. Kekayaan itu boleh dihulurkan untuk kebajikan saudara seagama di Palestin.Wahai rakyat Palestin,Walaupun aku tidak mampu bersamamu memikul senjata di bumimu;Walaupun aku tiada wang ringgit seperti bapak-bapak Arab di tanah gersang itu;Namun hatiku dan doaku adalah untuk kamu.Hidup Palestin!!!!
Wednesday, January 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment