Thursday, January 15, 2009

FREE PALESTINE - PERJALANAN YANG MASIH PANJANG

SELAMAT PAGI TOK SHEIKH-TOK SHEIKH ARAB YANG LENA!!!

Wahai pemimpin-pemimpin Arab yang masih lena
ketahui olehmu bahawa bumi Palestine masih basah
hujan darah dibumi itu masih tiada noktahnya
jeritan anak-anak dan wanita Palestine itukah lagu yang melenakan kamu?
atau deruan jet dan letupan bom Yahudi itu irama muzik mengasyikkan kamu?
bedebah kamu kalau masih lena dalam irama-irama jahanam
Allah bukan buta
Allah bukan pekak
Hari perhitungan kamu pasti akan sampai
cukuplah kamu dibuai dengan kekayaan kamu yang tidak akan kekal
peringatan terhadap kamu telah banyak
namun kelenaan masih menyelaputi kamu
Allah tidak zalim seperti zalimnya kamu terhadap Palestine
bangunlah wahai insan yang lena
Palestine merindui pembelaan dari mu.
Posted by Picasa

No comments: