Thursday, January 15, 2009

DUA WAJAH DUNIA ARAB: PALESTINE DIPINGGIRKAN

Perhatikan gambar mewah di atas ini. Ini adalah pemandangan sebuah restoran mewah di Bandaraya Dubai, Vivaldi Italian Restaurant. Restoran ini menjadi tempat kunjungan Tok Sheikh Arab yang kaya raya menghabiskan masa mereka minum dan mabuk. Inilah dia lambang salah satu daripada kemegahan yang terdapat di Bandaraya Dubai.

Gambar di bawah ini pula adalah pemandangan dalam sebuah keluarga Palestine yang sedang makan malam dengan hanya bercahayakan lilin di atas lantai. Inilah realiti sebenar sebuah keluarga Palestine yang sedang dalam azab sengsara ditindas oleh regim Zionis di Gaza. Cuba bayangkan anak-kenal kecil yang masih tidak kenal dunia ini terpaksa makan dalam keadaan yang amat sukar kerana hanya pada bila-bila masa sahaja nyawa mereka boleh melayang.

Gambaran seperti ini memanglah sesuatu yang amat menyakitkan hati dan mengguris naluri kita kerana sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, rakyat kita mati-matian bersimpati dengan rakyat Palestine yang tinggal ribua kilometer dari negara kita. Tetapi alangkah malangnya kerana saudara seagama yang tinggal di kawasan yang hampir sama dengan bumi Palestine tergamak membiarkan saudara seagama mereka dalam keadaan yang daif dan azab menanggung kezaliman oleh kuasa-kuasa Zionis dan Amerika.
Jika kita perhatikan gambar pusat beli belah di bawah ini tyang terdapat di Dubai, cuba perhatian kain banting yang tergantung di sebelah kiri gambar. Tertera tulisan Banana Republic dan Old Navy. Inilah nama barang-barang yang perlu diboikot oleh umat Islam kerana mempunyai kaitan langsung dengan Israel. Tetapi umat Arab di Dubai sendiri pun tidak peka terhadap saranan untuk memboikot produk dan perkhidmatan dari negara Yahudi itu. Oleh itu amat jelas sekali bahawa umat Arab sendiri tiada mempunyai persepakatan untuk memerangi regim Zionis di bumi Arab!
Bukanlah sesuatu yang menghairankan jika kita perhatikan gambar keluarga Palestine seperti di bawah. Cuba perhatikan betapa mereka itu dalam keadaan yang amat memerlukan bantuan kita. Rumah perlindungan mereka telah dibom oleh tentera Zionis dan segala keperluan hidup mereka telah dimusnahkan. Inilah mangsa yang sepatutnya kita bantu.

Kita perlu bersyukur kerana Allah masih sayang kepada kita dan tidak menurunkan bala yang boleh menyebabkan kita berada dalam kedaifan. Andai Allah berkehendakkan bala diturunkan, dalam sekelip mata pun semuanya akan berlaku.

Ingatan kepada umat Arab, BANGUNLAH DARI LENA KAMU YANG PANJANG!!!
Posted by Picasa

No comments: