Thursday, December 13, 2007

Berek Tentera Salerno Line...Nostalgia Menyentuh Perasaan




Kunjunganku dan adik beradikku ke Kamunting, Taiping semasa cuti baru-baru ini amat bermakna sekali kepda kami sekeluarga. Maklumlah kerana inilah tempatnya kami dilahir dan dibesarkan. Kenangan ini menggembalikan ingatan kami kepada kedua orang tua yang telah meninggal dunia...dan juga kepada rakan-rakan semasa kecil dahulu dari tahun 1960an hingga penghujung 1970an.

Rumah nombor 4, Blok 6606 kekal dalam ingatan yang masih segar hingga ke hari ini. Di rumah inilah aku dan adik beradikku membesar dengan penuh disiplin dari orang tuaku. Kami belajar erti kesusahan dari rumah kecil ini. Di sinilah juga kami mula belajar bersosial dengan rakan-rakan seperti Cili, Cidin (2 beradik orang Negeri Sembilan) Azizan (orang Johor, ayahnya dari Kor Jurutera), Pak Itam dan adiknya Zahid @Zaid (bapanya dari Kor Jurutera, Zahid kalau tak salah aku kakinya cedera teruk akibat termasuk dalam crank basikal yang dikayuhnya tahun 1970). Juga tidak lupa ialah Adi (meninggal dunia kerana barah pada 1974...kalau tak salah)Keluarga Makcik Yah dan Pak Wan (Anaknya Ana telah menolak mukaku terkena ekzos mesin parut kelapa dan kesannya kekal hingga hari ini), Pakcik Man dan isterinya Makcik Mah (Anaknya Anuar, Pazli, Azu, Ita), Makcik Nah Temelong, Pak Rahman Medical (Anaknya Lan, Rosli, Ana, Rasul) dan beberapa nama lagi yang tak sempat dimasukkan.

Kenangan di sini juga mencakupi kenangan hitam di mana beberapa kematian telah berlaku terutama akibat operasi semasa memerangi pengganas komunis di tahun 1960an hingga 1970an. Setiap kali helikopter Nuri mendarat berhampiran Kem Woksyop di tepi berek ini, maka akan adalah mayat kaku diusung dengan pengusung. Entah siapalah yang dijemput kematian itu. Tapi yang pastinya adalah dikalangan jiran-jiranku atau setidak tidaknya mereka yang tinggal bersebelahan dengan berek Salerno Line ini seperti berek Denaro Line, Kelapa Line, Sangro Circle atau Drummond Hill.

Di sini satu ketikan dahulu meriah dengan jeritan kanak-kanak anak tentera, tetapi sekarang ini agak sunyi dan aman tenteram, mungkin kerana bilangan anggota tentera yang sedikit tidak seperti zaman negara bergelumang dengan ancaman pengganas komunis. Bagi keluarga bekas tentera yang pernah tinggal di kem garisson Taiping, sekiranya ada antara anda yang membaca blog ini atau ada di kalangan anda yang mengetahui rakan-rakan anda pernah tinggal di sini, harap dapatlah berhubung melalui blog ini bagi menjalin kembali kenangan ketika kita bersama-sama hidup membesar dalam keluarga perwira-perwira negara. Juga tidak lupa al-fatihah untuk mereka yang telah pergi untuk selamanya....
Posted by Picasa

2 comments:

KakLong Niza said...

ter-nostalgia plak...sy pun prnh tinggal kt salerno line ni...tahun 80an.

theriderinblack said...

Kak Long Niza,
T/kasih krn sudi melawati blog saya. Utk pengetahuan Kak Long, suasana di Salerno Line@Salerno Circle tidak lagi sama seperti dahulu. Kali terakhir saya menjenguk kawasan itu ialah pada bulan Julai lalu.
Sesuatu yang amat ketara ialah suasana di sana sekarang sudah amat sunyi terutamanya waktu malam hari. Ini ada kemungkinan kerana jumlah anggota tentera sekarang ini tidak lagi seramai dahulu. Malahan terdapat banyak rumah yang telah dikosongkan.
Hutan belukar berhampiran juga telah tidak secantik dahulu. Namun sesuatu yang menarik ialah berek tempa saya tinggal masih utuh berdiri.
Saya pun sedang mencari jiran-jiran dan rakan taulan yang pernah menghuni berek Salerno Line. Adalah juga beberapa kerat yang dapat saya jumpa.Seperti keluarga Mendiang Uncle Maniam (Ex Unit Probos)di mana anak-anak mereka ada di Selangor dan Australia,keluarga Allahyarham Pakcik Aziz (Ex MP)sekarang di Kemunting, keluarga Allahyarham Pakcik Othman (Ex KP),dan ramai lagi.
Kalau Kak Long nak tahu, Raja Azmi Raja Sulaiman (Isteri kepada Jalani Sidek) juga pernah tinggal di Salerno Line suatu ketika dahulu dari 60an hingga 70an.
Harap berek ini akan terus dikekalkan kerana banyak nostalgianya ....