Tuesday, June 17, 2008

CATATAN PERJALANAN KE THAILAND (DAY 1) Membelah Kedinginan Pagi



Bergambar di bawah jambatan berhampiran Taman Sejati, Gurun sementara menanti hujan reda
Date: 10/06/2008
Time: 0427hrs

Perjalanan ke Thailand dengan motosikal aku dan rakanku Ari bermula tepat pada masa jaringan gol ke 3 Holland mengatasi Itali 3-0 dalam pertandingan bolasepak EURO 2008.Aku menggunakan jenteraku Aprilia Pegaso Strada 650 manakala rakanku Ari menggunakan jentera Kawasaki Versys 650.
Perjalanan awal bermula dengan aku mengisi petrol di Stesyen minyak Esso di Jalan Meru, Klang , yang terletak lebih kurang setengan kilometer dari rumahku di Bandar Bukit Raja, Klang. Setelah mengisi minyak sebanyak RM25, aku terus memecut membelah keheningan pagi ini melalui NKVE dan seterusnya menuju utara.
Sebelum sampai ke Hentian rehat Tapah, aku melihat bacaan minyak motosikalku dan agak terkejut kerana minyak hanya tinggal 2 takuk sahaja. Memang motosikal Aprilia Pegasa Strada hanya mempunyai tangki minyak yang agak kecil dan mampu mengisi 36litre minyak sahaja. Tanpa membuang masa aku terus membelok keluar melalui Sungkai dengan harapan bertemu dengan stesyen minyak yang dibuka 24 jam. Memang nasib aku baik kerana bertemu dengan stesyen minyak Shell. Tanpa membuang masa aku terus mengisi penuh tangki minyak aku kerana tidak mahu terkandas di tengah jalan.
Setelah mengisi minyak di Sungkai, aku dan Ari meneruskan perjalanan ke Hentian Rehat Tapah.

Time: 0610hrs@10/06/2008
Distance: 157km (from Bandar Bukit Raja, Klang)
Loc: Hentian Rehat Tapah

Mungkin kerana agak sedikit mengantuk, aku mengambil keputusan bereehat untuk minum kopi di Hentian Rehat Tapah. Cuaca masih menyebelahi aku dan Ari. Namun perasaan mengantuk menghalang aku untuk meneruskan perjalanan. Hanya berhenti rehat sahaja cara yang terbaik agar perjalanan ini akan menjadi lebih selamat. Di hentian ini, aku minum segelas kopi O panas untuk menghilangkan rqaasa mengantuk manakala Ari memesan nasi campur dan makan dengan penuh berselera sekali.

Time: 0645hrs@10/06/2008
Perjalanan diteruskan setelah selesai aku dan rakanku berhenti rehat. Tiada banyak kenderaan yang lalu lalang pada pagi yang indah ini......ah .....satu perjalanan yang bakal memberikan penuh makna untuk kami berdua.

Time: 0758hrs@10/06/2008
Distance: 291 km
Loc: Hentian Rehat Semanggol, Taiping, Perak.

Kali ini aku dan rakanku berhenti untuk mengisi tangki minyak motosikal dan juga perut aku yang telah mulai kosong. Aku amat teringin minum teh tarik di hentian ini. Namun untuk menikmati teh tarik mestilah dengan roti canai yang panas dan harum! Aku kemudiannya pergi ke arah sebuah gerai paling hujung di hentian itu dan melihat pekerja gerai itu, kedua-duanya wanita. Aku kemudiannya memesan roti canai telur dari kakak yang sedang menebar roti canai. Aku amat terkejut apabila ia memberitahu bahawa dia tidak tahu membuat roti telur kerana tepung roti canai yang ia gunakan agak liat! Memang aku amat terkejut kerana aku sudah dapat meneka bahawa memang akan bermasalah jika makan di gerai Melayu kerana aku banyak mendapat masalah jika makan di gerai Melayu. Itulah sebabnya aku lebih suka makan di gerai mamak.

Aku dan rakanku kemudiannya pergi ke arah satu lagi gerai dan memesan telur separuh masak. Aduh! Sekali lagi kami terkejut kerana pembantu kedai itu memberitahu aku bahawa dia tidak berapa pandai membuat telur separuh masak!Akhirnya aku dan rakanku terpaksalah memesan roti bakar sahaja bersama kopi O panas.

Selesai makan, aku terus ke stesyen minyak dan mengisi minyak motorku sebanyak RM32.00. Selesai sahaja mengisi minyak, aku meneruskan perjalanan ke utara pada jam 0850hrs.

Time: 0918hrs@10/06/2008
Distance:340km
Loc: Tol Juru

Sekali lagi kerana rasa mengantuk yang tidak boleh ditahan, aku dan rakanku berhenti rehat di hentian ini. Aku dan Ari bukan tidur tetapi hanya berbual bual tentang perjalanan ini bagi menghilangkan rasa mengantuk. Selesai sahaja berehat, aku meneruskan perjalanan pada jam 0940hrs.

Time: 1005
Loc: Taman Sejati, Gurun.
Aku terpaksa berhenti kerana huja lebat menghalang perjalanan kami. Kami hanya berhenti rehat di bawah jambatan sementara menantikan hujan reda. Semasa berhenti rehat inilah kami bertemu dengan satu insiden di mana sebuah van buruk WBA9517 hampir terbakar kerana air dari radiatornya telah kering kontang. Aku dan rakanku tertawa melihat gelagat lelaki Cina dan Bangla kelam kabut keluar dari van buruk. Rakanku kemudiannya secara berseloroh mencadangkan agar van itu dijual sebagai besi buruk sahaja. Jam 1145hrs, barulah jujan reda dan aku terus meninggalkan jambatan di Taman Sejati itu dalam perjalanan menuju ke Thailand


Pemandangan hujan lebat dari tempat berteduh aku dan Ari di Taman Sejati, Gurun, Kedah. Cuba lihat bagaimana berkabusnya keadaan pada masa itu dengan kereta dan lori yang terpaksa menyalakan lampu bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku

Time: 1245hrs@10/06/2008
Loc: Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Perjalanan aku sampai di Kedah pada 1245hrs setelah banyak membuang masa kerana berlindung dari hujan. Namun aku lega kerana tiada sebarang insiden buruk berlaku. Sebaik sahaja sampai di sini, aku terus ke sebuah kedai insuran dan membeli insuran untuk motosikal aku.Aku terpaksa membayar RM22 untuk insuran sehingga tempoh 19/06/2008.
Selesai sahaja membeli insuran, aku dan sahabatku Ari terus mengemas kini dokumen untuk kami masuk ke negara Thai.

Time: 1340hrs
Distance: 486km
Loc: Danok, Thailand

Perjalanan tamat di Pekan Danok ketika hujan masih lagi renyai-renyai. Tanpa membuang masa, aku dan Ari terus ke restoran Melayu untuk makan tengah hari. Masakannya amboi...sedap sehingga menjilat jari...Selesai sahaja menjamu selera, aku terus ke Hotel Oliver untuk check-in. Sebaik sahaja sampai di bilik, tanpa membuang masa, aku terus mandi dan kemudiannya melelapkan mata untuk berehat
Posted by Picasa

No comments: