Time: 0130hrs@12/06/2008
Loc: Saneha Nu Soi Road
Event: Makan Lagi!
Kami meneruskan aktiviti rayau disekitar Saneha Road berhampiran dengan hotel penginapan kami. Akhirnya kami berdua kembali tewas apabila digoda oleh ketam segar dan udang galah sebesar lengan yang terdapat di sebuah gerai menjual makanan laut. Aku dan Ari terus memilih ketam segar dan udang galah hanya untuk diratah sebelum kami menamatkan aktiviti rayau kami.
Selesai sahaja makan makanan laut di gerai berkenaan, kami berdua terus merayau di hadapan Hotel Lee Garden. Sampai di sana aku dan Ari telah melepak berhampiran sebuah gerai menjual baju kepunyaan seorang wanita yang hanya mahu di kenali sebagai Mama San. Aku agak tertarik dengan telatah Mama San kerana mulutnya yang ramah. Menurut Mama San yang fasih berbahasa Inggeris, dia juga berkebolehan bertutur dalam bahasa Jepun. Menurut Mama San lagi dia hidup dengan bertemankan rakan-rakannya dan anjing-anjing yang berada berhampiran tempat jualannya. Memang aku sendiri nampak Mama San amat mesra dengan anjing-anjing jalanan yang berada di situ.
Akhirnya setelah jam menunjukkan hampir jam 0300hrs, aku telah meminta izin dari Mama San untuk kembali ke bilik hotelku untuk beradu kerana esok aku harus bergerak ke Nakhon Si Tammarat...perjalanan yang masih lagi panjang.
Sesuatu yang aku pelajari dari sini ialah kalau kita merantau ke tempat orang, kita haruslah belajar merendah diri dan tidak sombong. Pasti kita akan disenangi oleh orang lain dan mudah mendapat rakan-rakan kenalan yang sudi membantu jika kita berada dalam kesusahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment