Thursday, June 19, 2008

CATATAN PERJALANAN KE THAILAND (DAY 2) Selamat Tinggal Danok

Bergambar di hadapan Restoran Hamid di Hatyai sebelum menjamu selera
Day :2
Time: 1112 hrs @ 11/06/2008
Loc: Danok
Event: Sarapan Pagi
Pagi hari kedua ini bermula apabila aku bangun dari tidur dan kemudiannya turun ke coffee house untuk sarapan. Aku hanya makan bihun goreng dan minum kopi segera. Semasa sedang minum inilah aku sempat berkenalan dengan seorang rakyat Malaysia yang kebetulan sedang berada di Danok atas urusan perniagaan. Beliau aku kenali sebagai Haji Ismail , orang Melaka tetapi kini menetap di Taman Melati, Gombak. Beliau bersembang dengan aku dan rakanku Ari tentang kehebatan Kopi Cappucino Tongkat Ali. Secara berseloroh aku berkata agak bahaya minum kopi tersebut ketika ini kerana dikhuatiri aku tidak akn senang duduk memandangkan di sini ramai wanita jelita dan menggoda!

Time: 1146hrs@11/06/2008
Loc: Nimit Goldsmith, Thai-Janglon Soi 9, Danok.
Event: Tukar wang
Aku dan rakanku Ari ke kedai emas ini untuk menukar wang Malaysia kepada bath Thailand. Aku hanya menukarkan sebanyak RM1000 sahaja untuk peringkat permulaan kerana memikirkan agak bahaya membawa yang banyak ke Thailand. Tambahan pula aku mempunyai beberapa kredit kad. Jadi tidak perlu khuatir untuk menggunakan wang di Thailand. Selesai sahaja aku menukarkan wang, kami terus memulakan perjalanan ke Hatyai.

Cuaca pada hari ini menyebelahi kami. Amat selesa rasanya menunggang motosikal dalam keadaan cuaca yang nayaman seperti hari ini. Sepanjang perjalanan ini, apabila saja kami berhenti di traffic light, banyak mata memandang ke arah kami berdua kerana memang sukar untuk menemui pengembara yang menaiki motosikal datang ke daerah mereka. Kadang-kadang ada di antara rakyat tempatan yang bercakap cakap sambil menunjuk-nunjuk ke arah kami berdua. Aku kemudiannya berkata kepada rakanku Ari bahawa memang mereka ini respek kepada kita berdua kerana mengembara ke negara mereka dengan menaiki motosikal. Aku berasa sedikit bangga kerana menjadi salah seorang yang berada dalam kategori berani.....perasan sendiri aku ni!
Time: mailto:1256hrs@11/06/2008
Loc: Hatyai
Event: Sampai ke Bandar Hatyai
Distance: 60.4km from Danok.
Aku dan rakanku sampai di Danok ketika cuaca masih menyebelahi kami. Aku dan Ari kemudiannya mengambil keputusan untuk makan tengah hari di Restaurant Hamid di No 73-75, Prachatipat Road, Hatyai, Songkhla 90110 Thailand. Aku dan Ari kemudiannya bergambar terlebih dahulu di hadapan restaurant tersebut dan kemudiannya barulah memesan makanan daripada pelayan restaurant tersebut. Antara hidangan yang kami makan ialah ikan stim halia, sup tulang, telur dadar, udang dan sotong goreng. Setelah makan dengan sepuas puasnya kami berdua akhirnya mencari hotel penginapan.

Setelah berpusing beberapa kali di kawasan berhampiran, aku mengambil keputusan untuk menginap di hotel Mayflower Grande Hotel, 150, Songchan Road, Hatyai, Thailand 90110. Hotel ini menarik, selesa dan murah iaitu lebih kurang RM70 untuk satu malam. Aku menginap di bilik 611 hotel ini. Selesai sahaja check-in, aku dan Ari terus masuk ke dalam bilik dan mandi untuk membersihkan diri. Seterusnya kami terus tidur dengan amat selesa sementara menanti malam yang sudah tentu akan menjanjikan kemeriahan yang tidak terhingga.
Posted by Picasa

No comments: