Malam pertama aku di Danok sangt memberi makna yang besar kerana di sini aku dapat mempelajari beberapa perkataan baru dalam bahasa Thai. Memang agak sukar untuk belajar bahawa dalam tempoh yang singkat namun itu tidak menghalang aku daripada meneruskan pembelajaran bahasa walaupun ketika sedang mengadap hidangan.
Gambar di atas ini adalah PLA KAPONG PEK SAK iaitu ikan haruan masak stim bersama dengan umbut kelapa. cili api, asam, kacang panjang dan pucuk reman. Memang makanan ini amat menyegarkan dan dapat menyihatkan tubuh yang lemah. Ikan haruannya pula langsung tidak berbau hanyir atau berbau tanah, satu petunjuk bahawa tukang masak Thai adalah mereka yang pakar dalam bidang tersebut.
Sementara gambar di atas ini pula adalah YAM PU MA iaitu ketam mentah yang dicampur dengan daun pudina, serai,cili, air asam dan beberapa ramuan yang aku sendiri tidak pasti. Namun ianya amat mengiurkan dan susah untuk dilupakan. Aku juga memesan makanan PLA CHON iaitu ikan haruan goreng yang dicampurkan dengan daun limau, serai dan cili api.
Dengan pengetahuan inilah ia bakal menjadi modal kepada aku untuk meneruskan perjalanan yang seterusnya yang mana masih amat panjang lagi.
Sesuatu yang amat berguna kepada aku ialah senyuman adalah senjata paling ampuh untuk memertabatkan bangsa dan negara. Ini aku pelajari apabila aku sendiri melihat bagaimana orang-orang Thai amat murah dengan senyuman, tidak seperti kita rakyat Malaysia yang aku rasakan amat kedekut dengan senyuman. Inilah cabaran bidang tourism yang perlu difikirkan sekiranya kita mahu menandingi kehebatan negara Thai dalam bidang ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment