Monday, June 23, 2008

CATATAN PERJALANAN KE THAILAND (DAY 3) Diraikan OLeh Rakan Baru di KISS KARAOKE

Bergambar bersama rakan-rakan baru di hadapan Kiss Karaoke. 3 perempuan dalam gambar itu ialah dari kiri Pare, Kakak Noi dan Koi
Time: 2300hrs@12/06/2008
Loc: Kiss Karaoke
Event: Diraikan oleh rakan kenalan baru
Setelah aku dan Ari selesai manda dan berkemas, pada jam lebih kurang 2200hrs, kami berdua telah bermotosikal ke kedai Kakak Noi di Raj Uthip Road. Sampai sahaja kami berdua di kedai makan tersebut, kami telah disambut oleh Kakak Noi, Pare dan rakannya Koi. Mak oi senangnya menyebut nama mereka kerana ringkas. Setelah mereka selesai bersiap, kami semua telah ke karaoke tersebut yang terletak tidak sampai 1km dari kedai makan mereka.
Ketibaan kami berdua disambut oleh rakan -rakan mereka yang lain. Memang agak meriah juga sambutan yang diberikan kepdaa kami walupun kami hanya baru mengenali mereka tidak sampai 24 jam yang lalu. Memang kami tabik kepada mereka. Suasana di dalam bilik karaoke itu juga menyenangkan dengan dekorasi yang manarik.
Sepanjang tempoh berkaraoke, aku menyanyikan lagu-lagu Inggeris yang memang aku minati seperti Delilah, Lady, Knife, Soldier Of Fortune dan sebagainya. Aku juga tidak melepaskan peluang menyanyikan lagu Thai yang aku ketahui terutamanya lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Labanoon.
Mereka semua amat terhibur dengan nyanyian aku yang tak seperti mana tetapi kerana menghormati rakan-rakan baru, aku membuang segala rasa malu dan bergembira bersama mereka. Memang tidak aku sangka sama sekali bahawa pertemuan aku dengan rakan-rakan baruku itu amat bermakna dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Walau kami semua mempunyai masalah komunikasi tetapi itu bukan penghalang untuk kami berkawan.
Program kami pada malam itu berakhir hingga jam 2.00am waktu Thai atau 3.00am waktu Malaysia. Selesai sahaja kami berkaraoke, aku dan Ari terus menuju ke hotel penginapan kami untuk melelapkan mata dengan rasa gembira dan puas hati.

No comments: