Time: 2000hrs@11/06/2008
Loc : Hatyai
Event: Ronda-ronda
Tepat jam 2000hrs, aku terus membawa Ari pergi meronda di sekitar bandar Hatyai. Aku kemudiannya telah memberitahu Ari bahawa aku akan membawa dia melihat sebuah kedai yang menjual pelbagai peralatan kegunaan anggota polis dan tentera. Sebaik sahaja sampai di kedai berkenaan, rakanku agak terpegun melihat peralatan-peralatan yang dijual di kedai berkenaan daripada holster pistol, mask, teropong rifle, teropong night vision , pakaian tentera dan sebagainya.Dengan kebenaran taukeh kedai berkenaan, kami kemudiannya telah mencuba senjata mainan yang menggunakan gas untuk memuntahkan pelurunya.
Di Thailand, pelbagai jenama senjata mainan ada dijual dan tidak menjadi kesalahan memilikinya. Di negara kita, menyimpan atau menjual senjata seperti itu adalah satu kesalahan besar kecuala jika mempunyai lesen untuk berbuat demikian.Memang aku akui bahawa keadaan di Thailand berlainan seperti mana yang terdapat di negara kita.
Time: 2115hrs@11/06/2008
Event: Dinner di Tak Lay Tong Seafood Restaurant,Saneka Nu Soi Road.
Memang aku akui bahawa tempat makan terutamanya makanan yang berasaskan makanan laut memang banyak sekali di bandar Hatyai ini. Boleh di katakan, di ceruk manapun kita pergi, pasti akan bertemu dengan restoran makanan laut.Setelah meletak motosikal kami di tempat parking yang terlrtak di belakang hotel, kami terus berjalan kaki mencari restaurant untuk makan malam. Ari kemudiannya mencadangkan agar kami makan malam di sebuah restoran yang terletak betul-betul berhdapan dengan kompleks membeli belah Saeha.
Tempat duduk untuk makan di situ agak penuh. Oleh itu aku dan rakanku Ari kemudiannya telah duduk berhampiran dengan 2 orang wanita tempatan yang kebetulansedang makan di situ. Kedua-dua wanita tersebut sungguh ramah dan bercerita bahawa mereka ini datang dari Thailand untuk berjalan jalan sahaja dan kebetulan singgah di restaurant tersebut untuk makan malam. Ari kemudiannya memesan ketam stim, tiram, ikan siakap stim dan sotong goreng.
Sambil makan itu, sekali sekala aku sempat memerhatikan gelagat manusia yang lalu lalang di sekitar kawasan berkenaan.Memang sahlah terdapat banyak wanita muda yang berpakaian seksi mundar mandir bersama pasangan masing-masing. Umur mereka juga boleh dikatakan muda kerana rata - rata mereka berumur di bawah 27 tahun.
Setelah selesai makan, aku dan Ari telah berjalan kaki di kawasan berhampiran hanya untuk melihat tingkah laku manusia di sini. Pemandu-pemandu tut-tut juga tidak ketinggalan memeriahkan suasana di bandar Hatyai ini. Tambang Tut-Tut ini juga bergantung kepada driver untuk menentukannya. Untuk rakyat tempatan tut-tut telah banyak memberikan bantuan kepada mereka sebagai sumber pengangkutan yang cepat dan cekap.
Selain dari tut-tut, terdapat juga penunggang motosikal yang mengambil upah membawa pelanggan ke tempat mana yang mereka kehendaki. Bila melihat kepada keadaan ini, aku beranggapan, dalam keadaan kenaikan harga minyak yang semakin menekan ini, alangkah baiknya jika rakyat Malaysia mengurangkan penggunaan kenderaan peribadi sebaliknya lebih memberikan tumpuan kepada kenderaan pengangkutan awam yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment