Monday, June 23, 2008

CATATAN PERJALANAN KE THAILAND (DAY 4) Lawatan Ke Hatyai Shooting Sport Society

Bergambar kenangan di hadapan kelab
Time: 1124hrs
Loc: Hatyai Shooting Sport Society
Event: Latihan Tembak
Hari ini 13/06/2008. Sebaik sahaja kami check out daripada hotel penginapan kami, aku terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hatyai di Phetkasem Road. Bukanlah tujuan kami untuk bertemu sesiapa di balai polis berkenaan tetapi adalah kerana rakanku terlalu ingin mencuba nasib menembak di lapangsasar yang terletak di hadapan Balai Polis Hatyai. Di sini, lapang sasar berkenaan dibuka kepada orang awam atau sesiapa sahaja yang ingin mempelajari cara-cara menembak dan mengendalikan senjata api pistol atau revolver.

Kedatangan kami telah disambut oleh seorang jurulatih air pistol yang kebetulan sedang menjalani latihan tembak senjata .22. Setelah persiapan seperti papan sasaran diletakkan dan penerangan ringkas oleh jurulatih di lapang sasar tersebut, Ari telah diberikan sekotak peluru 9mm bersama senjata pistol Smith & Wesson Semi Auto.
Sepanjang tempoh latihan itu, rakanku telah berjaya menembak ke arah sasaran sejauh 15 metre dengan agak baik. Maklumlah ini kali pertama ia belajar menembak di Thailand. Setelah selesai melaksanakan latihan tembak tersebut kami terus keluar daripada lapang sasar itu dan menuju ke arah Hatyai Police Station untuk bergambar.
Selesai sahaja bergambar di hadapan Balai Polis Hatyai, kami berdua telah ke kedai makan Kakak Noi di Ban Home untuk makan tengah hari dan seterusnya mengucapkan selamat tinggal kepada mereka sebelum kami berlepas ke Phatthalung dan Nakhorn Si Thammarat. Kami meninggalkan bandar Hatyai tepat pada jam 1308hrs setelah selesai memenuhkan tangki minyak motosikal masing-masing. Selamat tinggal Hatyai.
Posted by Picasa

No comments: