Sunday, June 22, 2008

CATATAN PERJALANAN KE THAILAND (DAY 3) Hujan Rahmat

Berposing di hadapan kedai basikal di Sripoovanart Road, Hatyai.


Time: 1050hrs@12/06/2008
Loc: Sripoovanart Road, Hatyai.
Event: Pusing - pusing

Sebaik sahaja selesai check-out dari Hotel Mayflowe, aku dan sahabatku Ari meneruskan perjalanan untuk bersiar-siar sekitar bandar Hatyai sebelum kami ertolak ke Nakhorn Si Thammarat. Aku masih mendahului perjalanan ini dengan diikuti oleh sahabatku kerana aku ini mempunyai keistimewaan boleh mengingati laluan yang telah ditempohi.
Sepanjang melalui Sripoovanart Road, aku kemudiannya telah berhenti di hadapan sebuah kedai menjual basikal kerana inigin melihat mountain bike yang dijual di situ. Aku ini memang amat meminati mountain dan mempunyai sebuah basikal jenis Cannondale F7 yang kerap aku gunakan untuk ditunggang sebagai tungangan reakreasi di Shah Alam.
Semaa di kedai basikal inilah aku sempat berkenalan dengan seorang lelaki tua yang berumur dalam lingkungan 60an. Lelaki terwebut bertanya aku sesuatu dalam bahasa Thai. Apabila aku menjawab dalam bahasa Inggeris, beliau lantas lebih mesra denganku mungkin kerana repectnya kepada seorang pengembara sepertiku. Menurut lelaki ini beliau pernah berbasikal hingga ke China hanya atas dasar minatnya terhadap aktiviti berbasikal. Bagi aku, tauladan ini boleh dijadikan sebagai ikutan rakyat Malaysia memandangkan kenaikan harga minyak serta membantu dalam menyihatkan fizikal dan mental.
Daripada pemerhatian aku, aktiviti berbasikal mendapat tempat di hati rakyat Thai kerana beberapa kali aku bertembung dengan be berapa orang penunggang mountain bike yang sedang berkayuh di tengah bandar Hatyai yang sibuk.Hal ini tidak mungkin akan kita temui di negara kita.


Kedai makan tempat kami berlindung di Ban Home, berhadapan Hotel Marina, No 90, Raj Uthit Road, Hatyai.
Foto dirakamkan ketika hujan masih lebat melanda seluruh banda Hatyai.Manakala gambar bawah pula ialah tuan kedai bernama Noi bersama dengan pembantunya Pare yang banyak membantu dan ramah yang akhirnya menjadi teman baik kami di Hatyai.


Time: 1250hrs @ 12/06/2008
Loc: Raj Uthit Road
Event: Raining!Raining! Raining!
Sebaik sahaja selesai aku bergambar di hadapan kedai basikal di Sripoovanart Road, kami telah mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan kami ke Phattalung dan Nakhorn Si Thammarat. Aku terus menyusuri jalan untuk ke Phetkasem Road, namun secara tiba-tiba hujan telah turun seolah-oalah seperti mahu menghalang perjalanan kami pada hari tersebut. Aku kemudiannya telah mencari perlindungan di sebuah kedai makan di Raj Uthit Soi 8.
Sebaik sahaja memberhentikan motosikal, kami berdua telah masuk ke dalam kedai makan berkenaan dan meletakkan beg dan topi keledar kami di atas meja di dalam kedai berkenaan. Kami kemudiannya telah dihampiri oleh seorang anak gadis dan bertanyakan soalan dalam bahasa Thai. Kami tidak dapat menjawab dan aku memberitahu bahawa kami dari Kuala Lumpur dan tidak tahu berbahasa Thai. Kemudiannya gadis berkenaan terus menghidangkan sepinggan ulam dan 2 gelas air batu kosong. Aku dan sahabatku kemudiannya telah memilih beberapa lauk pauk untuk hidangan makan tengah hari kami.
Sambil kami menikmati hidangan tengah hari, aku sempat berbual dengan pemilik dan pembantu kedai tersebut dengan bahasa rojak kerana Pare boleh berbahasa broken English. Aku menceritakan tentang pengembaraan kami ke Thailand dan destinasi seterusnya yang akan kami tujui.
Sesuatu yang amat menarik tentang mereka ini tetamu ialah mereka amat berbudi bahasa dan ramah dengan tetamu seperti kami. Memang agak jarang kita temui di negara kita sendiri orang yang masih berbudi bahasa tinggi dan menghormati tetamu. Malahan rata-rata penduduk Thai yang kami temui sepanjang pengembaraan kami ini amat sopan dan muli budi pekerti mereka. Mereka sanggup membantu sekiranya kita meminta bantuan daripada mereka ini.
Inilah sesuatu yang perlu kita pelajari sekiranya kita mahu menandingi negara Thai dalam tourism. Mereka memang amat kaya dengan senyuman.Pergilah ke mana-mana di Thailand, anda pasti akan terpesona dengan senyuman dan budi bahasa mereka yang amat tinggi.
Sehingga ke jam 1615hrs, barulah hujan menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Aku mula berbincang dengan sahabatku samada kami mahu meneruskan perjalanan ke Phattalung dan Nakhorn Si Thammarat kerana keadaan hari telah petang dan agak tidak sesuai lagi untuk perjalanan jauh. Manalah tahu kalau-kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini, agak sukar mendapatkan bantuan jika hari telah pun gelap. Akhirnya aku membuat keputusan untuk bermalam sehari lagi di Hatyai.
Tuan kedai, Kakak Noi dan Pare kemudiannya mempelawa kami bersama-sama mereka berkaraoke di sebuah karoake milik sahabat mereka tidak jauh dari kedai tersebut pada malam ini anggaran jam 2300hrs. Aku dan rakanku Ari kemudiannya menyatakan persetujuan dan akan menemui mereka di kedai makan mereka malam ini.
Aku bersyukur kerana hujan pada hari ini benar-benar telah membantu kami berkenalan dengan rakan baru di Thailand yang bukan saja amat mesra dan ramah, tetapi juga terasa seperti adik dan kakak sendiri walaupun kami berlainan bangsa dan ugama. Ugama dan bangsa bukanlah penghalang sesuatu persahabatan. Hanya kita manusia sahaja yang sengaja mengadakan halangan untuk persahabatan berlandaskan kepada fahaman sempit dan tidak rasional sedangkan tiada mana-mana agama pun yang menghalang penganutnya daripada menjalinkan persahabatan sesama manusia yang berlainan ras dan fahaman keugamaannya.
Posted by Picasa

No comments: